Anda di halaman 1dari 2

Jawab Soalan Berikut

1. Maksud ayat berikut

-‫ولنبلونكم بشيء‬

Kami pasti akan menguji kamu dengan sesuatu

- ‫من الخوف والجوع‬

Daripada ketakutan dan kelaparan


ٰ ‫الذين إذا‬
-‫أصبتهم‬

Iaitu orang yang apabila ditimpa

2- Nyatakan maksud 'Sunnatullah'

Peraturan dan ketetapan allah kepada semua makhluknya

3-Apakah maksud ujian Allah?

Ujian merupakan sunnatullah yang berlaku kepada manusia. Ujian boleh datang dalam bentuk
perintah dan larangan Allah, perkara yang halal dan haram, kesihatan dan kesakitan atau hidayah
dan kesesatan. Dalam bentuk Musibah atau Nikmat.

4-Nyatakan 2 cara menhadapi ujian/musibah

i)Yakin dengan sepenuh hati bahawa musibah yang dihadapi adalah ketentuan Allah

ii) Berbaik sangka dengan Allah bahawa setiap ujian pasti ada hikmahnya.

5-Berikan 3 hikmah disebalik sesuatu musibah

i) Menguji tahap keimanan manusia


ii) Membezakan antara mukmin dan kafir
iii) Meningkatkan ketakwaan dan mengangkat darjat manusia

6-Senaraikan cara bersyukur dengan betul

DENGAN HATI-Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan yakin bahawa segala nikmat adalah
daripadaNya.

DENGAN LISAN-Sentiasa memuji Allah denghna berzikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir.

DENGAN PERBUATAN-Sentiasa melakukan perintah Allah dan berakhlak mulia serta melakukan
kebaikan dalam kehidupan.

7- Nyatakan 4 pengajaran ayat


i)Umat Islam hendaklah yakin bahawa setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmahnya.

ii)Orang yang beriman perlulah menghadapi musibah dengan sabar supaya hidup lebih diberkati
Allah.

Iii)Kita seharusnya tidak mudah berputus asa apabila menerima musibah kerana Allah lebih
mengetahui apa yang dilakukannya.

iv)Kita hendaklah melazimi diri dengan berdoa jika ditimpa musibah supaya mengelakkan sikap
berputus asa.

Anda mungkin juga menyukai