Anda di halaman 1dari 2

1-Nyatakan maksud petikan hadis berikut

-‫إنما األعمال بالنيات‬

Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung niatnya.

-‫وإنما لكل امرئ ما نوى‬

Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan apa yang ia niatkan

-‫ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها‬

maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnya (diterima dan diberi ganjaran) dan sesiapa yang
berhijrah kerana tujuan keduniaan yang ingin diperolehinya

2-Berikan maksud Ikhlas dari segi bahasa dan istilah

Bahasa-Bersih dan suci daripada kotoran yang mencemarkan.

Istilah-Semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah
SWT tanpa menyekutukannya dengan yang lain

3- Berikan 5 ciri-ciri orang yang ikhlas

i. Istiqamah melakukan kebaikan

ii. Tidak mengharapkan pujian manusia

iii. Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah

iv. Tidak mengingati kebaikan yang dilakukan

v. Sentiasa bersabar dalam kehidupan

4-Apakah sifat yang berlawanan dengan ikhlas?

Berikan maksud setiap darinya

RIYAK-Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain.

SUM’AH-Memberitahu manusia amalan yang dilakukannya untuk mendapat sesuatu ganjaran.

UJUB-Bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

5- Huraikan 5 kepentingan ikhlas

-Dapat keredhaan Allah

-Terhindar drpd hasutan syaitan

-Di angkat martabat oleh Allah

-Amal ibadat diterima Allah


-Doa akan dimakbulkan Allah

6- Senaraikan 3 pengajaran hadis

-Berniat kerana Allah SWT dalam setiap amalan AGAR mendapat keredhaan Allah.

-Menyakini bahawa Allah SWT akan memberikan ganjaran kepada hambanya yang ikhlas.

-Melakukan ibadat dengan niat ikhlas AGAR ibadat kita diterima Allah.

Anda mungkin juga menyukai