Anda di halaman 1dari 2

PANDANGAN SAYA MENGENAI

PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA


Pada pandangan saya, pandemik Covid-19 memberi impak yang amat besar
pada diri saya dan juga masyarakat secara amnya. Kita perlu berhadapan
dengan pandemik Covid-19 bagi suatu masa yang panjang dan perlu melalui
kehidupan dengan norma baru. Namun begitu, pandemik Covid-19 juga
mengajar kita supaya lebih menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Contohnya
seperti, 3W iaitu ‘Wash’ (cuci), ‘Warn’ ( memberi amaran ), dan ‘Wear’ (pakai).
Kini, kes positif yang dilaporkan setiap hari di Malaysia sudah mencapai
angka melebihi seribu kes dan angka kematian juga meningkat. Walaupun
kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi masih
ramai masyarajat yang mengabaikan dan mengingkari SOP tersebut. Virus ini
menular di dalam masyarakat dengan cara yang serupa dengan influenza,
melalui titisan daripada batuk atau bersin. Masa antara pendedahan dan
permulaan gejala biasanya lima hari, tetapi mungkin di antara dua hingga
empat belas hari. Orang dengan COVID‐19 ringan mungkin mengalami batuk,
sakit tekak, suhu tinggi, cirit‐birit, sakit kepala, sakit otot atau sendi, keletihan,
dan hilang deria bau dan rasa. Simptom pneumonia COVID‐19 termasuklah
sesak nafas, hilang selera makan, kekeliruan, sakit atau tekanan di dada, dan
suhu tinggi (melebihi 38 °C). Covid-19 adalah wabak yang sangat serius dan
telah terbukti bileh menyebabjan kematian.
Oleh yang demikian ,kita sebagai rakyat Malaysia perlu mematuhi S.O.P
seperti yang telah ditetapkan oleh KKM demi keselamatan dan kesejahteraan.

Disediakan oleh,

BADRUL HAZIQ HAKIMI BIN BAKHTIAR


1 AMANAH

Anda mungkin juga menyukai