Anda di halaman 1dari 2

3Kdihatiku2021 1

SYARAT PERTANDINGAN
ANEKDOT 3K DI HATIKU

1. PENGENALAN
Pengamalan budaya 3K (kebersihan, kesihatan dan keselamatan) boleh
diaplikasikan dalam pelbagai kaedah bagi menarik minat murid. Pengamalan ini penting
bagi memastikan kelansungan amalan positif ini dapat diaplikasikan dalam pelbagai
situasi dan tempat keberadaan murid. Proses mendidik untuk dijadikan amalan
merupakan satu tingkah yang berterusan dalam pelbagai situasi.
Penulisan kreatif melalui catatan anekdot merupakan salah satu bentuk saluran
menyampaikan pengalaman sebenar mereka. Ini merupakan satu wadah untuk
meningkatkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kreatif. Ini menyokong nilai tambah
bagi penilaian dan pentaksiran di sekolah setelah UPSR dimasuhkan dan PT3
dibatalkan. Aktiviti ini juga menyokong 6 aspirasi murid iaitu meningkatkan kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin dan berpengetahuan.
Jika diperhalusi pengamalan 3K turut terkandung dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). PBD, PBL, STEM, KBAT, PAK21, HIP, DLP dan
amalan baik telah terangkum di dalam semua pengamalan 3K ini.
Atas keprihatinan tersebut, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri Perak menganjurkan ANEKDOT 3K DI HATIKU bagi menghargai semua
penjelmaan amalan 3K melalui tinta kreatif.

2. OBJEKTIF
2.1 Menyebarkan pengetahuan dan pengamalan 3K dalam kalangan murid;
2.2 Menggalakkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif;
2.3 Melahirkan murid yang faham konsep 3K dan boleh menjadi duta kepada
masyarakat di sekelilingnya.
2.4 Menyuburkan kemahiran menulis.

3. PENERANGAN KARYA
3.1 Fokus penulisan: catatan amalan 3K bagi murid ketika musim pandemik
3.2 Font Arial, saiz 12 dan 1.5 spacing.
3.3 Penulisan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
3.4 Had jumlah perkataan:
3.4.1 Sekolah rendah: 300 patah perkataan
3.4.2 Sekolah menengah: 500 patah perkataan
3.5 Pilihan tema:
1
3Kdihatiku2021 2

3.5.1 Kebersihan Diri Dalam Norma Baharu


3.5.2 Penggunaan Tandas Yang Bijak
3.5.3 Pengalaman Sebagai Pesakit COVID-19
3.5.4 My Healthy Garden
3.5.5 3R (reduse, reuse & recycle)
3.5.6 Kantin Saya Bersih
3.5.7 Peranan Bilik Isolasi Sekolah Saya
3.5.8 Sekolah Saya Bersih, Ceria dan Selamat
3.5.9 Pemakanan Sihat dan Berkualiti
3.5.10 Persekitaran Bersih, Basmi Denggi.
3.5.11 SOP Norma Baharu

4. LINK PERTANDINGAN

http://gg.gg/A3KDH-PENYERTAAN
5. PENUTUP
Adalah diharap aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat merealiasasikan hasrat sebagai
pemangkin untuk kemenjadian murid. Pengiktirafan aktiviti yang dijalankan melalui
ANEKDOT 3K DI HATIKU menjadi pemangkin kepada kerjasama yang berterusan
dalam mencapai matlamat program.

Anda mungkin juga menyukai