Anda di halaman 1dari 6

MINIT

MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK &


TEKNOLOGI (SR)
DAERAH HILIR PERAK
BIL.1/2020

TARIKH : 13 Februari 2020 (KHAMIS)


MASA : 2.30 petang
TEMPAT : Dewan Cempaka,PPD Hilir Perak (CAW)

Mesyuarat Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (SR) Daerah Hilir Perak Bil.1 Tahun 202
SJKT LDG BATAK RABIT
MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI (SR)
DAERAH HILIR PERAK

BIL. MESYUARAT : 1/2020


TARIKH : 13 Februari 2020 (KHAMIS)
MASA : 2.30 petang
TEMPAT : Dewan Cempaka,PPD Hilir Perak (CAW)

Hadir:

1. En.Arumugam A/L Veloo - Pengerusi


Guru Besar, SJKT Ldg Batak Rabit
2. Pn. Kogilavani A/P Kumarasamy
GK Pentadbiran, SJKT Ldg Batak Rabit
3. KP SK KUMPULAN GANDA
4. KP SK SULTAN IDRIS 11
5. KP SK SERI INTAN
6. KP SK SELABAK
7. KP SK CHANGKAT JONG
8. KP SK AYER HITAM
9. KP SK TEBOK BANJAR
10. KP SK SUNGAI DURIAN
11. KP SK DATO’ LAKSAMANA
12. KP SK TELUK BIRAH
13. KP SK SUNGAI RUSA
14. KP SK SUNGAI JEJAWI
15. KP SK DATO’ YAHYA SUBBAN
16. KP SK SUNGAI TUNGKU
17. KP SK CHIKUS
18. KP SK PERMATANG
19. KP SK SUNGAI LAMPAN
20. KP SK SUNGAI TUKANG SIDIN
21. KP SK SERI LANGKAP
22. KP SK PEKAN BARU
23. KP SK PERMATANG PELANDOK
24. KP SK DEGONG
25. KP SK PENGKALAN ARA
26. KP SK SUNGKAI KERAWAI
27. KP SK KAMPUNG BAHARU REDANG PONGGOR
28. KP SK KAMPONG BAHAGIA
29. KP SERI SETIA
30. KP SK RAJA MUDA MUSA
31. KP SK PERWIRA
32. KP SK ST ANTHONY LANGKAP
33. KP SK SULTAN ABDUL AZIZ
34. KP SK HORLEY METHODIST
35. KP ST. ANTHONY
36. KP SK CONVENT
37. KP SK PEREMPUAN METHODIST
Mesyuarat Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (SR) Daerah Hilir Perak Bil.1 Tahun 202
SJKT LDG BATAK RABIT
38. KP SJKC WAH KEOW
39. KP SJKC PELAWAN
40. KP SJKC BATU DUA BELAS
41. KP SJKC CHUI CHAK
42. KP SJKC SAN MIN NO.1
43. KP SJKC SAN MIN NO.2
44. KP SJKC PHOOI YONG
45. KP SJKC CHONG MIN
46. KP SJKC CHUNG HWA
47. KP SJKT THIRUVALLUVAR
48. KP SJKT SITHAMBARAM PILLAY
49. KP SJKT LADANG SELABA
50. KP SJKT DATO’ SITHAMBARAM PILLAY
51. KP SJKT LADANG SUSSEX
52. KP SJKT NATESA PILLAY
53. KP SJKT LADANG SUNGAI TIMAH
54. KP SJKT LADANG SABRANG
55. KP SJKT LDG BATAK RABIT
56. KP SJKT LDG NOVA SCOTIA 1
57. KP SJKT LDG BOVA SCOTIA 2
58. KP SJKT LDG RUBANA

Tidak Hadir:

-Tiada-

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa panitia sesi
2020 ke mesyuarat panitia Reka Bentuk dan Teknologi.
1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran yang memberi
mandat kepada beliau untuk bertanggungjawab sebagai ketua panitia pada tahun
2020.
1.3 Mengucapakan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih dan guru-guru baru
untuk mengajar matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi pada tahun ini serta
mengharapkan guru-guru dapat berkongsi pengalaman dan idea untuk
memantapkan program-program yang bakal dilaksanakan.
Tindakan: Makluman

Mesyuarat Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (SR) Daerah Hilir Perak Bil.1 Tahun 202
SJKT LDG BATAK RABIT
2.0 UCAPAN WAKIL SEKTOR PEMBELAJARAN, PPD HILIR PERAK
2.1 Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru.
2.2 Memperkasakan panitia yang ada dalam sudut perancagan dan pelaksanaan mata
pelajaran.
2.2.1 Semua panitia memastikan penjamin kualiti PBD dijalankan
berpandukan 4P (Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan, Pengesanan,
Sumber Buku Panduan Penjaminan Kualiti Cetakan April 2014 KPM)
2.2.2 Memastikan kemenjadian murid dijalankan menyeluruh dan holistik.
2.2.3 Tanggungjawab guru dalam merancang pelaksanaan PDPC berkesan
dan akur dengan surat siaran dan pekeliling semasa yang berkaitan
dengan kurikulum.
2.2.4 Semua perbelanjaan pelaksanaan program panitia mestilah mendapat
kelulusan dan meminitkan di dalam mesyuarat panitia daerah.
Pemantauan berfokus ke atas PBD sekolah harus dijalankan.
Tindakan: Makluman

3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LALU
3.1 -Tiada-

4.0 MAKLUM BALAS/ PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


4.1 Mengadakan projek kecil reka cipta bagi murid.
Tindakan: Makluman

5.0 PERBINCANGAN PROGRAM PANITIA


5.1 Pengerusi panitia membuka kepada semua ketua panitia untuk memberi cadangan
mengenai aktiviti tahunan daerah untuk dijalankan bagi tahun 2020.
5.2 Guru RBT dari SK Raja Muda Musa mencadangkan aktiviti yang dijalankan
haruslah bergabung dengan STEM (inovasi)
5.3 Guru RBT dari SJKT LDG Nova Scotia 1 mencadangkan pertandingan reka cipta
dengan bahan buangan, bungkusan hadiah kreatif dan bengkel masakan bagi
murid-murid tahun 5.
Mesyuarat Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (SR) Daerah Hilir Perak Bil.1 Tahun 202
SJKT LDG BATAK RABIT
5.4 Guru RBT dari SJKC Chung Hwa mencadangkan mengadakan pameran
pembungkusan produk.
5.5 Guru-guru juga mencangkan untuk mengadakan lawatan penanda aras ke bengkel
RBT, sekolah-sekolah yang berpunyai bengkel kondusif untuk pembelajaran.
Tindakan: Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Pengerusi berharap agar pdpc dapat dijalankan dengan lancar dan sekiranya guru
mempunyai sebarang masalah atau persoalan berkaitan subjek RBT boleh
merujuk kepada Guru RBT yang mahir.
6.2 Pengerusi juga menekankan bahawa guru-guru wajib mempunyai Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi subjek Reka Bentuk dan
Teknologi berserta rekod transit untuk menilai murid semasa sesi Pdpc di dalam
kelas.
Tindakan: Makluman

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN


7.1 Pengerusi telah berkongsi pegalaman beliau pada waktu awal mengajar kemahiran
hidup pertama kali. Beliau telah belajar pelbagai ilmu dan ia juga dapat
mencungkil kemahiran murid untuk mencipta dan menggunakan kemahiran hidup
untuk penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan harian.
7.2 Bukan sahaja itu pembelajaran subjek RBT dengan sukatan baru memang akan
membantu murid-murid untuk menentukan kerjaya mereka pada masa akan
datang.
7.3 Semua ini akan berlaku dengan adanya pembelajaran yang sistematik dan
memberi pengajaran dan pembelajaran secara teliti dan lebih kepada pengajaran
berfikiran KBAT.
7.4 Pengerusi juga memaklumkan satu pertandingan akan dianjur oleh SJKT LDG
BATAK RABIT sebagai mencabar pentingnya matapelajaran RBT bagi
mencungkil bakat murid.
7.5 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Berharap semua
guru dapat menngkatkan lagi prestasi pencapaian murid-murid terutama untuk
mata pelaran RBT.
Mesyuarat Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (SR) Daerah Hilir Perak Bil.1 Tahun 202
SJKT LDG BATAK RABIT
7.6 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh:

VISHTNU KALA A/P SUBRAMANIAM


Setiausaha
Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi, Daerah Hilir Perak Bil. 1 Tahun 2020.
SJKT Ldg Batak Rabit
13 Februari 2020

Disemak oleh:

EN.ARUMUGAN A/L VELOO


Guru Besar
SJKT Ldg Batak Rabit
Merangkap Pengerusi Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (SR) Daerah Hilir Perak
Bilangan 1 Tahun 2020

Disahkan oleh

HAJI AHMAD FAISAL BIN ZAKARIA


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembelajaran,
PPD Hilir Perak.

Mesyuarat Panitia Reka Bentuk Dan Teknologi (SR) Daerah Hilir Perak Bil.1 Tahun 202
SJKT LDG BATAK RABIT

Anda mungkin juga menyukai