Anda di halaman 1dari 1

3b1

Faktor tenaga dan halaju arus.Semakin laju pergerakan arus sungai semakin tinggi tenaga kinetic dan
dapat menggalakan proses pengangkutan dengan lebih giat.Beban sungai yang besar dan berat
seperti batuan besar dapat diangkut ke hilir sungai dengan lancar.Oleh itu faktor tenaga dan halaju
arus mempengaruhi pengangkutan beban sungai.

Faktor kecerunan.Kawasan yang bercerun curam menyebabkan air sungai mengalir dengan deras
berbanding dengan cerun yang landai di mana aliran sungai adalah perlahan.Sungai yang terletak di
cerun yang curam mempunyai tenaga yang tinggi untuk proses pengangkutan.Oleh itu,faktor
kecerunan mempengaruhi pengangkutan beban sungai.

Faktor halangan.Halangan seperti batuan keras dan akar-akar tumbuhan yang mengahalang aliran
sungai akan mengakibatkan arus sungai menjadi perlahan.Tenaga kinetik sungai akan berkurang dan
mengurangkan daya pengangkutan sungai seterusnya mengalakan proses pemendapan bahan
sungai.Oleh itu,faktor halangan mempengaruhi pengangkutan beban sungai.

Faktor kekerasan alur.Alur sungai yang kasar menyebabkan aliran sungai menjadi perlahan.Ini akan
mengurangkan keupayaan sungai untuk menjalankan proses pengangkutan.Kesanya,pengangkutan
sungai akan menjadi perlahan.Oleh itu,faktor kekerasan alur mempengaruhi pengangkutan beban
sungai.

Faktor bentuk alur.Alur yang lurus mempunyai aliran yang deras.Proses pengangkutan menjadi lebih
giat kerana sungai mempunyai tenaga kinetic yang tinggi dan menyebabkan pengangkutan beban
sungai menjadi lancar.Alur sungai yang berliku-liku pula menyebabkan aliran perlahan dan
mengurangkan proses pengangkutan bahan.Oleh itu,faktor bentuk alur mempengaruhi proses
pengangkutan beban sungai.

Faktor saiz bahan.Saiz beban yang kecil dan ringan seperti kelodak dan tanah liat mengalakkan
proses pengangkutan beban sungai kerana jisimnya yang ringan.Manakala saiz beban yang besar dan
berat memperlahankan proses pengangkutan beban sungai.Batuan yang besar boleh bergerak
secara golekan dan loncatan dan tenaga yang tinggi diperlukan untuk proses pengangkutan.Oleh
itu,faktor saiz bahan mempengaruhi pengangkutan beban sungai.

Kesimpulanya,faktor tenaga dan halaju arus mempengaruhi pengangkutan beban sungai yang paling
ketara kerana proses pengangkutan beban sungai bergantung kepada tenaga dan halaju arus.

6a

Nisbah tanggungan golongan dewasa adalah tinggi.Golongan muda yang ramai perlu ditanggung
oleh golongan dewasa.Sebagai contoh,golongan dewasa terpaksa menyediakan keperluan hidup
mereka,Pendidikan dan kesihatan.Oleh itu,nisbah tanggungan dewasa yang tinggi merupakan ciri
demografi yang dialami oleh negara lebihan penduduk di rantau Asia tenggara

Anda mungkin juga menyukai