Anda di halaman 1dari 1

58. Jelaskan sumbangan kegiatan pelancongan kepada pembangunan sosioekonomi Negara.

[12]

Meningkatkan KDNK dan pendapatan negara.Perbelanjaan yang dilakukan oleh para pelancong
terutamanya dari negara yang mempunyai nilai mata wang yang tinggi seperti Amerika Syarikat dan
jepun untuk penginapan,makanan,pengangkutan,dan sebagainya akan menambahkan pendapatan
dan KDNK kepada negara Malaysia.Kuasa beli yang tinggi menyebabkan kadar perbelanjaan
pelancong asing akan meningkat.Jadi,kegiatan pelancongan dapat meningkatkan KDNK dan
pendapatan negara.

Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak.Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak dalam
sektor pelancongan akan meningkatkan pendapatan per kapita penduduk.Peluang pekerjaan yang
tersedia dalam sektor perkhidmatan pelancongan seperti pemandu pelancong,sektor pengangkutan
dan sebagainya.Kesanya,pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk dapat ditingkatkan serta
mengurangkan kadar kemiskinan.Jadi, kegiatan pelancongan dapat mewujudkan peluang pekerjaan.

Kewujudan Kesan pengganda.Kegiatan ekonomi dapat dimajukan dan menggalakkan perkembangan


ekonomi yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti industri kraf
tangan,perniagaan,makanan dan sebagainya.Keadaan ini seterusnya akan menggalakan
perkembangan sektor lain secara tidak langsung seperti pembinaan
perhotelan,pengangkutan,kewangan dan bank yang akan berkembang pesat untuk memenuhi
permintaan pelancong dari dalam dan luar negara.Jadi, kegiatan pelancongan dapat mewujudkan
kesan pengganda.

Menggalakkan pembangunan infrastruktur.Pembangunan fizikal di kawasan yang berpotensi


dengan produk pelancongan menjadi lebih cepat seperti pembinaan infrastruktur iaitu jalan
raya,bekalan air,elektrik dan sebagainya.Pembangunan sumber alam akan berlaku dengan lebih
cepat seperti produk ekopelancongan dan agropelancongan.Jadi,kegiatan pelancongan dapat
menggalakkan pembagunan infrastruktur.

Membangunkan kawasan yang berpotensi menjadi tarikan pelancongan.Kedatangan pelancong


meningkatkan permintaan kepada produk pelancongan terutama di kawasan bebas cukai contohnya
Pulau Langkawi.Sektor pelancongan juga menggalakkan pertumbuhan pusat ekonomi yang baharu
berasaskan pelancongan seperti di kawasan tanah tinggi,pinggir pantai,pulau dan lain-lain.Jadi,
kegiatan pelancongan dapat membangunkan kawasan yang berpotensi menjadi tarikan
pelancongan.

Menggalakkan perkembangan teknologi R&D.Sektor pelancongan akan menggalakkan


perkembangan teknologi,penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam negara khususnya yang
berkaitan dengan produk pelancongan baharu seperti teknologi pemeliharaan dan pemuliharaan
sumber alam untuk mengekalkanya sebagai daya tarikan pelancong.Kemahiran menguasai pelbagai
bahasa asing diperoleh menerusi Latihan dan kemahiran lanjutan kepada pengusaha dan pekerja
yang terlibat dengan industri pelancongan.Jadi,kegiatan pelancongan dapat menggalakkan
perkembangan teknologi R&D.

Anda mungkin juga menyukai