Anda di halaman 1dari 2

M1: Kepentingan Hubungan Antarabangsa

http://fikrahinsaniah.blogspot.com/2009/09/ada-apa-dengan-hubungan-
antarabangsa.html
Ada Apa dengan Hubungan Antarabangsa??

Apa yang dimaksudkan dengan Hubungan Antarabangsa??

Hubungan Antarabangsa merupakan jaringan antara negara/kerajaan di


seluruh dunia.Lebih memfokuskan kepada hubungan yang erat antara
'ACTOR' yang terlibat iaitu Organisasi Antarabangsa,Multinational
Corporation, Individu dengan struktur sosial,(ekonomi, budaya,politik
nasional) dan dengan pengaruh geografi dan sejarah. Bidang ilmu ini
merupakan
bidang ilmu yang berkait rapat dengan bidang sains sosial
contohnya,hubungan politik dan ekonomi,sejarah,sosiologi dan displin ilmu
yang lain.

Apakah pecahan kepada Hubungan Antarabangsa?

Jika disoroti sejarah dahulu, Hubungan Antarabangsa lebih memfokuskan


kepada persoalan berkaitan perang dan keamanan namun, sejak 1970,yang
mana ekonomi menjadi perkara pokok kepada hubungan Antarabangsa,
maka pecahan kedua bagi hubungan Antarabangsa ialah Politik Ekonomi
Antarabangsa. 

Teori dalam hubungan Antarabangsa??

Terdapat 3 teori yang besar dalam perspektif Hubungan Antarabangsa iaitu


Konsevertif, Liberalism,dan Revolusi. Apa yang dimaksudkan dengan
Konsevertif? Teori ini menekankan aspek mempertahankan status quo,
undang-undang kuasa politik, logik dari kuasa Askar(military)

Yang kedua, teori Liberalism yang mana bedasarkan teori ini, liberalist
membuat reformasi dai status quo melalui proses evolusi , keuntungan
bersama melalui kebergantungan bersama contohnya, kebebasan
perdagangan bebas dan kebebasan pertukaran ide dan pandangan.

Teori ketiga ialah Revolusi teori yang merupakan transformasi status quo
melalui revolusi dan perubahan pesat. Memfokuskan kepada ketidakadilan
dan eksploitasi aspek dalam hubungan Antarabangsa, nilai kesamarataan,
dan perang sebagai produk untuk mengeksploitasi hubungan ekonomi
serantau. Tetapi, dalam dunia realiti, politik dunia tercipta hasil dari
percampuran 3 perspektif dari pelbagai cara dan kaedah.

Tingkat Analisa

Terdapat 4 peringkat Analisa iaitu 1) Peringkat individu 2)Peringkat Negara


3)Peringkat Sistem dan 4)Peringkat Global.

Bagi Peringkat Individu, ia lebih memfokuskan kepada persepsi, pilihan, dan

1
M1: Kepentingan Hubungan Antarabangsa

aksi dari manusia,seterusnya, Peringkat Negara, di peringkat ini, negara


mengambil berat akan individu yang bersifat agresif terhadap kerajaan yang
mempengaruhi tindakan kerajaan dalam arena Antarabangsa.Di peringkat
sistem,ia mengambil kira pengaruh dari sistem yang diguna di peringkat
Antarabangsa dan kesannya dan lebih memfokuskan kepada hubungan
interaksi sesama negara. Dan yang terakhir ialah peringkat Global,pada
peringkat ini, ia mencari untuk menyampaikan kesan Antarabangsa dalam
aspek trend Global dan tekanan yang menghalang interaksi antara negara
berlaku.

seterusnya, timbang tarakan semula kekuatan negara kita, apakah perlu


hubungan Antarabangsa diteruskan?Apakah kepentingan yang akan
diperoleh jika negara kita masih mengamalkan Hubungan Antarabangsa ini,
apakah kesudahannya positif atau negatif. Sedikit komentar secara pribadi,
Benar, setiap negara perlu untuk melaksanakan dasar hubungan luar adalah
kerana beberapa aspek:

1)Geografi
~ Faktor geografi merupakan faktor penting bagi sesebuah ngara khususnya
untuk melaksanakan dasar hubungan Antarabangsa adalah kerana
kedudukan negara yang dekat dan sumber alam yang terhad bagi sesebuah
negara membuatkan setiap negara saling memerlukan antara satu sama lain
untuk menikmati sumber mentah dengan pertukaran sesama negara. Justeru,
adalah sangat perlu bagi sesebuah negara tidak hanya melaksanakan dasar
hubungan luar tetapi mempertahankannya agar kedamaian terus di capai.

2) Ancaman Luar
~ Ancaman luar juga merupakan salah satu faktor mengapa peri pentingnya
hubungan Antarabangsa ini terjalin, Ini berikutan aspek keselamatan negara
yang perlu dijaga dari sebarang ancaman luar agar negara bisa membangun
dan bebas dari cengkaman mana-mana pihak.

3) Ekonomi
~ Dengan sistem ekonomi dunia yang tidak menentu, adalah penting bagi
sesebuah negara untuk menjaga hubungan Antarabangsa sesama negara
agar negara bebas dari peperangan dan kedamaian dan keamanan terus
dapat dinikmati oleh manusia. Perdagangan bebas dan pertukaran matawang
merupakan kaedah terbaik untuk terus menerus berinteraksi dengan negara
lain dan mampu bersaing di peringkat global.

Terdapat banyak lagi faktor lain yang membuatkan Hubungan Antarabangsa


sesuatu yang penting pada sesebuah negara, namun, di sebalik semua ini,
masih belum kelihatan misi global secara kolektif terhasil dari Hubungan
Antarabangsa, Organisasi Antarabangsa misalnya masih lagi empuk dan
selesa di atas kerusi persidangan dan mesyuarat tanpa benar-benar mencari
resolusi atas permasalahan yang berlaku sebagai contoh, isu palestin, Burma
dan sebagainya. Tragedi akan terus berlaku terutama yang mengakibatkan
masyarakat islam namun, keprihatinan dan 1 ummah masih belum dicapai
secara menyeluruh dalammenyelesaikan masalah umat di dunia.