Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA CERAMAH MOTIVASI

UPSR DAN STAF DI


SK. SUNGAI NANGKA BELURAN
_______________________________________________________________________
_

1.0 PENGENALAN
Pencapaian akademik khususnya UPSR di sekolah ini agak merosok sejak
beberapa tahun yang lalu. Motivasi para pelajar tahun 5 & 6 juga menurun. Ini mungkin
kerana disebabkan masalah-masalah dari pelbagai aspek yang masih belum dapat diatasi.
Motivasi mengajar guru juga agak merundum beberapa waktu ini. Oleh itu, program ini
diharapkan dapat meningkatkan motivasi belajar serta mengajar dalam kalangan murid
serta staff amnya, dan guru khasnya di SK. Sungai Nangka Beluran ini.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan peratusan pencapaian UPSR 2011.
2.2 Meningkatkan motivasi UPSR dan staf di sekolah.

3.0 SASARAN
3.1 Murid Tahun 5 & 6.
3.2 Staf di SK. Sungai Nangka Beluran.

4.0 TEMPAT
4.1 Bagi motivasi murid di kelas Tahun 6.
4.2 Bagi motivasi staf di Makmal Komputer sekolah.

5.0 KOS
5.1 Makan dan minum penceramah = RM 5.00 (Masuk buku kantin)
5.2 Sumbangan ikhlas daripada staf sebanyak RM 5.00 seorang untuk
diberikan kepada penceramah.

6.0 MASA
Jam 10.30 pagi.

7.0 TARIKH
28 Februari 2011
8.0 PENCERAMAH
Dr. Laurence John William.
- PhD (UPM), MSc (USM), BSc (UM), Dip (MTC)
- Penyelaras / Juru Perunding Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Sarjana (Master &
PhD) di Borneo (Sabah dan Sarawak) dengan kerjasama UKM dan kini di UUM.
- Konsultant perniagaan dalam Education Traning Centre di Selangor.

9.0 PENGISIAN PROGRAM


9.1 Ceramah motivasi
9.2 Sesi soal jawab
9.3 Sesi bergambar

10.0 PENUTUP
Pihak sekolah amat berbangga jika dapat mendengar ceramah motivasi UPSR dan
staf yang ulung kalinya daripada seorang tetamu dari Semenanjung Malaysia dengan
kepakaran beliau dalam motivasi belajar atau kerja bersama-sama Dr. Laurence John
William.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

............................................... .....................................................
NANCY NG YUT KUAN HABIB AZMIN SH. TAHA
Penyelaras Ceramah Motivasi, Penolong Kanan HEM,
Tarikh: 27.02.2011. Tarikh: 28.02.2011

Disahkan Oleh,

...............................................
JUNELA UNSUD
Penolong Kanan Kurikulum,
Tarikh: 28.02.2011.