Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya bersyukur
kepada Allah swt yang telah memudahkan usaha saya menjalankan penyelidikan dan
melengkapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang telah banyak memberi sokongan kepada saya dalam menyempurnakan kajian ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Puan Hjh Nuri binti Ab Hak, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji
Mohd Said dan Encik Azimi bin Othman, Penolong Kanan Tingkatan Enam yang telah
memberi kebenaran dan kepercayaan kepada saya untuk menjalankan kajian serta
menyiapkan kerja kursus ini.

Ucapan penghargaan khas ditujukan kepada Cik Nor Azlin binti Anuar guru
Pengajian Am yang telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar, pertolongan, cadangan
dan panduan yang amat berguna sepanjang penyelidikan dan penulisan kerja kursus ini.
Melalui bimbingan beliau jugalah saya dapat penjelasan yang amat jelas sehingga saya dapat
menyempurnakan kerja kursus ini dengan jayanya. Dalam pada itu, beliau juga guru yang
tidak pernah kenal erti penat dan lelah, malah siang dan malam dikorbankan oleh beliau
untuk memastikan kerja kursus yang dihasilkan pelajarnya terbaik dan sempurna. Saya
bersyukur kerana mendapat seorang guru yang begitu komited membantu saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini dan membimbing saya untuk menjadi pelajar yang berkualiti dan
berdedikasi.

Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan buat ayahanda dan bonda tercinta Zulfakar
Affandi bin Nordin dan Zuraidah binti Ajamain yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpas sokongan dan
dorongan mereka mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna
seperti rakan-rakan yang lain. Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati ayahanda dan bonda
di dunia dan akhirat.

Selanjutnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para responden.
Segala maklumat yang diberikan amat membantu dalam melengkapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sanggup meluangkan masa bersama untuk memberi tunjuk ajar serta
pendapat yang bernas meskipun sibuk dengan tugasan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai