Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

JENIS AYAT

Standard Pembelajaran
5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan yang betul mengikut konteks.

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis ayat seperti di bawah. Ayat-ayat ini perlulah dituturkan menggunakan intonasi
yang sesuai. Setiap ayat yang dituturkan juga mempunyai maksud dan tujuan yang berbeza. Oleh itu, penggunaan intonasi
yang betul akan menjadikan maksud yang ingin disampaikan itu jelas dan difahami oleh pendengar.

Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan


 dikenali juga ayat berita  perlu mempunyai tanda  dengan kata perintah  dengan kata seruan
 menyampaikan maklumat soal (?)  mendapatkan respons  perlu mempunyai tanda
kepada pendengar  dengan/tanpa kata tanya atau tindak balas seru (!)
 mendapatkan jawapan daripada pendengar  menyatakan perasaan
1. Ini perabot buatan India. 1. Apakah tujuan kempen 1. Kemas dan lap meja 1. Wah, cantiknya baju ini!
2. Kami sekeluarga akan antirokok dilancarkan? makan dengan 2. Eh, kamu datang juga!
makan angin ke Melaka. 2. Lelaki itu siapa? menggunakan kain basah. 3. Aduh, sakitnya kakiku!
3. Tumbuhan herba amat 3. Rumah kamu di mana? 2. Silalah masuk sementara 4. Aduhai, apalah malang
berkhasiat tinggi. 4. Kamu tiba bila? menunggu hujan teduh. nasibku hari ini.
4. Kemalangan maut berlaku 5. Kamu termenung dari 3. Tolong susun kasut kalian 5. Amboi, bergayanya kamu!
di lebuh raya itu. tadi mengapa? di atas rak itu. 6. Cis, beraninya engkau
5. Kedatangan pelancong ke 6. Bagaimanakah kerja itu 4. Jika aku lambat pulang, menderhakai Sultan!
negara kita menjanakan disiapkan dengan cepat? jangan tunggu hingga 7. Tahniah, kamu telah
ekonomi negara. 7. Harga baju ini berapa? lewat malam. tamat belajar!

Ayat perintah ialah ayat yang dituturkan untuk mendapatkan respons atau tidak balas si pendengar. Ayat perintah terbahagi
kepada empat jenis seperti di bawah.

Ayat Permintaan Ayat Suruhan Ayat Larangan Ayat Silaan


1. Minta isi borang ini dalam 1. Sapu halaman rumah yang 1. Jangan bermusuh dengan 1. Sila duduk sementara
dua salinan. dipenuhi daun kering. sesiapa untuk selamat. menunggu nama dipanggil.
2. Tolong senyap kerana 2. Selepas makan, jemur 2. Budak itu usah diusik, 2. Marilah berkongsi tip
ujian sedang dijalankan. kain yang telah dibasuh. 3. Kenangan silam yang kejayaan kamu.
3. Harap kamu menjaga 3. Pergi makan ubat dan sedih tak usah dikenang. 3. Jemput masuk ke rumah
rumah ini dengan baiknya. tidur untuk berehat. 4. Dilarang meludah di sini. saya yang kecil ini.

KESALAHAN UMUM
(a) “Pertandingan inovasi itu dimenangi oleh siapakah?” tanya Syawal kepada Ridhuan.
(b) “Seandainya kita tidak mahu berusaha, bagaimana kejayaan akan datang?” soal Khadijah.
(c) “Tolong jangan serakkan ruang tamu kerana sebentar lagi ada tetamu akan tiba,” ujar ibu.
(d) “Jangan memandu kenderaan dengan laju di selekoh ini,” kata ayah kepada abang.
(e) “Wahai anak-anakku! taatilah perintah kedua-dua ibu bapa,” kata ayah.

1
Cikgu Roslan Daud

PEMBETULAN KESALAHAN
(a) “Pertandingan inovasi itu dimenangi oleh siapa?” tanya Syawal kepada Ridhuan.
(b) Seandainya kita tidak mahu berusaha, bagaimanakah kejayaan akan datang?” soal Khadijah.
(c) “Jangan serakkan ruang tamu kerana sebentar lagi akan tetamu akan tiba,” ujar ibu.
(d) Jangan pandu kenderaan dengan laju di selekoh ini,” kata ayah kepada abang.
(e) “Wahai anak-anakku, taatilah perintah kedua-dua ibu bapa kita!” kata ayah.

LATIHAN 1
Berdasarkan petikan di bawah, klasifikasikan ayat-ayat tersebut sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat
perintah bagi enam ayat yang anda pilih seperti berikut:
Ayat : ___________________________________________________________
Jenis ayat : ___________________________________________________________

“Bukan kau seorang yang akan menentang penjajah! Aku juga anak bangsa bermaruah! Tahukah engkau moyangku
pahlawan beraras tinggi? Jangan biarkan jajahan ini menjadi miliknya.” Hulubalang yang berambut pendek membaling
kelewang jambulnya menerjah langit, kemudian dia berguling menyambung kelewang yang terjunam turun dan hampir-hampir
menikam bumi itu.
“Mengapakah kau mendesak warisku tangantangan serah kuasa kepada British?” Entah dari mana munculnya lelaki
bermisai tebal dan bengkok seperti tanduk kerbau itu. Mukanya merah macam besi dibakar. “Cis, kerana kau, huru-hara
sebuah kampung dan kerana kau juga kejernihan kampung menjadi keruh! Halau penjajah dari kampung ini.”
Dipetik dan diubahsuai daripada cerpen ‘Tombak’
oleh Hashim Latif,
Dewan Budaya, Bil. 1/2021
Dewan Bahasa dan Pustaka

[6 markah]

LATIHAN 2
Berdasarkan ayat-ayat dalam petikan di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang
digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.

Manfaat kehadiran teknologi jaringan tanpa wayar Generasi Kelima (5G) mewujudkan industri baharu. Teknologi 5G
dijangkakan mula dinikmati di negara ini menjelang hujung tahun ini. Perdana Menteri telah melancarkan Rangka Tindakan
Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) di alam maya. Teknologi 5G akan menguntungkan negara kerana memacu pelaburan dan
mencipta peluang pekerjaan. Ada segelintir pihak yang bimbang kesan buruk teknologi 5G seperti dakwaan boleh
membahayakan kesihatan, termasuk menyebabkan kanser. Kerajaan perlu memberikan penjelasan berkaitan kesan teknologi
5G terhadap kesihatan manusia dengan mengemukakan data komprehensif.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Siap sedia raih manfaat, tangkis risiko teknologi 5G’
oleh Mohd Salleh Osman,
Berita Harian Online, 4 Mac 2021

[6 markah]

BENTUK-BENTUK PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI


(a) Menyebarkan berita-berita palsu, fitnah dan hasutan
(b) Mengaut keuntungan dengan cara yang salah dan menyalahi undang-undang
(c) Menceroboh keselamatan individu serta sesebuah negara
(d) Melihat gambar dan video yang tidak senonoh / pornografi
(e) Mewujudkan budaya plagiat dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat

2
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN 1
1. Ayat : Bukan kau seorang yang akan menentang penjajah!
Jenis ayat : Ayat seruan

2. Ayat : Aku juga anak bangsa bermaruah!


Jenis ayat : Ayat seruan

3. Ayat : Tahukah engkau moyangku pahlawan beraras tinggi?


Jenis ayat : Ayat tanya

4. Ayat : Jangan biarkan jajahan ini menjadi miliknya.


Jenis ayat : Ayat perintah

5. Ayat : Hulubalang yang berambut pendek membaling kelewang jambulnya menerjah langit, kemudian dia berguling
menyambung kelewang yang terjunam turun dan hampir-hampir menikam bumi itu.
Jenis ayat : Ayat penyata

6. Ayat : “Mengapakah kau mendesak warisku tangantangan serah kuasa kepada British?”
Jenis ayat : Ayat tanya

7. Ayat : Entah dari mana munculnya lelaki bermisai tebal dan bengkok seperti tanduk kerbau itu.
Jenis ayat : Ayat penyata

8. Ayat : Mukanya merah macam besi dibakar.


Jenis ayat : Ayat penyata

9. Ayat : “Cis, kerana kau, huru-hara sebuah kampung dan kerana kau juga kejernihan kampung menjadi keruh!
Jenis ayat : Ayat seruan

10. Ayat : Halau penjajah dari kampung ini.


Jenis ayat : Ayat perintah

LATIHAN 2
1. Apakah manfaat kehadiran teknologi jaringan tanpa wayar Generasi Kelima (5G)?
Manfaat kehadiran teknologi jaringan tanpa wayar Generasi Kelima (5G) apa?

2. Bilakah teknologi 5G dijangkakan mula dinikmati di negara ini?


Teknologi 5G dijangkakan mula dinikmati di negara ini bila?

3. Di manakah Perdana Menteri telah melancarkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital)?
Perdana Menteri telah melancarkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) di mana?

4. Mengapakah teknologi 5G akan menguntungkan negara?


Teknologi 5G akan menguntungkan negara mengapa?

5. Siapakah yang bimbang kesan buruk teknologi 5G seperti dakwaan boleh membahayakan kesihatan, termasuk menyebabkan
kanser?
Yang bimbang kesan buruk teknologi 5G seperti dakwaan boleh membahayakan kesihatan, termasuk menyebabkan kanser
siapa?

6. Bagaimanakah kerajaan perlu memberikan penjelasan berkaitan kesan teknologi 5G terhadap kesihatan manusia?
Kerajaan perlu memberikan penjelasan berkaitan kesan teknologi 5G terhadap kesihatan manusia bagaimana?

Anda mungkin juga menyukai