Anda di halaman 1dari 2

MOHD HANAFI BIN SAMION

950730015415

HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan dan perubahan


bagi merealisasikan matlamat kerajaan menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf
dunia. Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam
sistem pendidikan Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi
akibat kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi. Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan
ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan
dengan negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber
tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan
berdaya saing. Dalam menentukan hala tuju sistem pendidikan, KPM telah
menggubal misi pendidikan sebagai fokus yang ingin dicapai dalam mengangkat
martabat Malaysia dalam dunia global.

Hala tuju sistem pendidikan Malaysia yang pertama ialah pendidikan


berteraskan nilai. Semua orang tahu dalam membentuk individu yang seimbang,
pendekatan pendidikan yang holistik perlu diaplikasikan untuk menerapkan ilmu
pengetahuan, nilai dan kemahiran. Peningkatan pengetahuan ilmu dengan nilai
seperti menguasai maklumat, fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap
dan kemahiran mampu dijadikan asas kukuh dalam pembangunan negara (Abdul
Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa, 1994). Pastinya ramai yang mengatakan
bahawa penerapan nilai ini memang sudah diamalkan oleh para pendidik sejak azali
lagi. Enam Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013- 2025 serta Aspirasi Pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pendidikan Tinggi (PPPM PT) 2015-2025 juga memberi fokus kepada
keseimbangan ilmu dan akhlak. Kasih sayang, hormat menghormati dan
kegembiraan. Ini adalah antara nilai teras yang perlu diterapkan dalam sistem
pendidikan. Semua institusi pendidikan tidak kiralah dari prasekolah ke institusi
latihan hingga ke universiti perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat,
gembira dan penuh suasana kekeluargaan berteraskan kasih sayang.

Selain itu, kualiti adalah satu aspek yang tidak boleh dikompromi dalam hala
tuju sistem pendidikan Malaysia. Membangunkan insan yang berkualiti bermula
dengan penerapan budaya membaca sebagai langkah pertama pemerolehan ilmu.
penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara bersepadu adalah amat
penting dalam menjayakan sebarang dasar yang telah ditetapkan oleh KPM, kerana
pendidikan adalah milik semua, dengan matlamat supaya setiap warganegara akan
mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Kementerian akan meneruskan
usaha untuk memastikan pendidikan negara terus cemerlang dan relevan melalui
sistem penyampaian yang berkesan. Bagi merealisasi usaha ini, kementerian akan
MOHD HANAFI BIN SAMION
950730015415

memastikan kurikulum, pentaksiran, pedagogi serta kualiti tenaga pengajar di


sekolah dan pendidikan tinggi adalah pada tahap yang membanggakan selaras
dengan standard antarabangsa. Penguasaan bahasa juga akan diberi fokus, bukan
sahaja rakyat negara ini dapat menguasai Bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris
sebagai bahasa global, tetapi juga fasih bahasa ketiga, sebagaimana yang
dirancang dalam Gelombang Ketiga PPPM 2013-2025. Hal ini bertepatan dengan
pendapat Hasan Langgulung (1995) yang mengatakan bahawa fungsi pendidikan
adalah pengembangan potensi dan kualiti yang ada pada individu supaya dapat
digunakan olehnya dan masyarakat untuk menghadapi arus perubahan.

Di samping itu, autonomi dan akauntabiliti juga merupakan hala tuju sistem
pendidikan Malaysia. Oleh itu, dalam usaha untuk pendidikan tinggi negara
mencapai keunggulan global, KPM sewajarnya memantapkan tadbir urus dan
berusaha untuk menjadi peneraju perubahan perkhidmatan awam bermula dengan
kementerian ini sendiri menerusi peningkatan kecekapan dan keberkesanan sebagai
penguat kuasa dan pengubal dasar. Banyak perkara yang perlu dilihat dan dikaji
semula dalam memastikan wujudnya kesinambungan dan sinergi yang kukuh antara
pendidikan asas dengan pendidikan tinggi. Kementerian ini harus berani
memperkenalkan model baharu dalam tadbir urus berpaksi kepada keperluan dan
kepentingan semua individu bergelar murid sekolah dan pelajar universiti, demi
menyediakan akses pendidikan berkualiti standard antarabangsa berasaskan ekuiti.
KPM harus menerajui perubahan ini dengan berpandangan jauh untuk
merealisasikan aspirasi negara.

Kesimpulannya, semua warga pendidik perlu memainkan peranan penting


dalam merealisasikan hala tuju sistem pendidikan Malaysia. Didiklah anak-anak di
sekolah dan universiti dengan pendekatan yang holistik, dengan kasih sayang,
hormat menghormati supaya mereka gembira untuk mendapatkan ilmu dan
membina sahsiah, semoga mereka dapat menjadi insan sejahtera yang dapat
menyumbang kepada negara. Aset negara ini berada di bawah tanggungjawab
semua. Kepada yang beragama Islam, amanah yang diberi ini akan dipersoal di
akhirat kelak. Warga pendidik perlu berani untuk berubah demi menyediakan
pendidikan untuk semua,kerana pendidikan juga adalah tanggungjawab semua.

Bibliografi

Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa, 1994. Falsafah dan Konsep Pendidikan. Selangor, Penerbit
Fajar Bakti.

Hasan Langgulung, 1995. Manusia dan Pendidikan: Suatu Analisa Psikologi dan Pendidikan. Jakarta,
Penerbit PT. Al Husna Zikra.

Anda mungkin juga menyukai