Anda di halaman 1dari 14

JANTUNG MANUSIA

 
PENGENALAN
 Semenjak zaman silam, jantung telah dianggap sebagai pusat kewujupan manusia.
Segala niat kebaikan dan pemikiran dianggap berasal daripada jantung. Dari
peradapan Mesir purba sehingga kepada peradapan kaum Aaztec, jantung telah
dianggap organ terpenting dan pusat kebajikan. Menurut buku kematian Mesir
purba, jantung simati akan ditimbang pada neraca keadilan. Mereka yang
mempunyai kebajikan yang setara atau lebih berat akan dibenarkan menikmati
kehidupan abadi. Berasaskan andaian ini, jantung merupakan satu-satunya organ
dalaman yang dibiarkan berada di dalam tubuh mummi Mesir purba.
 Kaum Aztec pula percayakan bahawa sekiranya mereka tidak menyembahkan
jantung manusia kepada dewa Huitzilopochtli, matahari tidak akan muncul dan dunia
akan musnah. Di atas sebab tersebut kaum Aztec pernah mengorbankan seramai
80,400 orang mangsa sebagai persembahan perasmian Kuil Agung Tenochtitlan
pada tahun 1487. Upacara pengorbanan manusia yang dilakukan serentak
berempat dilakukan secara berterusan, daripada matahari terbit sehingga matahari
terbenam, selama empat hari tanpa berhenti.
 Ibnu Sina ( - 1037 Masehi) merupakan pakar sains Islam agung yang telah mengkaji
jantung secara saintifik dan mengarang buku panduan mengenai jantung yang
digunakan sebagai rujukan oleh orang-orang eropah selama enam ratus tahun
sebelum kajian semula oleh William Harvy (1578-1657).  William Harvy telah belajar
mengenai anatomi manusia di Universiti Padua di Itali. Dia menetap di Landon pada
1603 dan akhirnya menjadi doktor peribadi Raja King Charles I. Pada tahun 1628,
William Harvy menulis mengenai peredaran darah dalam 17 bab buku "Exercitation
Anatomica de Motu Cordis et Sanguinis in Animalibus" (Mengenai Pergerakan
jantung dan Darah dalam Haiwan.) yang bertentangan dengan apa yang diterima
ketika itu semenjak 1,400 tahun dahulu.
 Daripada segi sains, jantung adalah satu organ bersaiz penumbuk yang bertugas
untuk mengepam darah beroksijen ke seluruh tubuh untuk kegunaan semua sel
badan. Jantung akan mulai berdegup ketika manusia masih dalam kandungan, dan
akan tidak akan  berhenti sehingga manusia meninggal dunia. Malah jantung
manusia dapat dipindahkan daripada mereka yang baru meninggal kepada pesakit
jantung, untuk membolehkan pesakit jantung untuk terus hidup sihat. Teknik ini yang
diperkenalkan oleh Christiaan Barnard yang melakukan pemindahan jantung
pertama pada tahun 1967. Dia meninggal pada tahun 1 September 2001 akibat
serangan lelah (asthma)
GAMBARAN JANTUNG

 Jantung terdiri dari serabut-serabut otot khusus yang bekerja secara automatik dan
tetap. Selain itu masih terdapat juga sistem saraf yang mengatur irama denyutan
jantung. Dengan setiap denyutan jantung, darah yang kaya oksigen ke seluruh
tubuh dan darah yang kurang oksigen ke  paru-paru untuk melakukan pertukaran
gas. Dianggarkan bahawa 10,000 liter darah mengalir melalui aorta dan mengelilingi
tubuh manusia setiap hari. Terdapat berjuta-juta saluran rerambut darah yang
membekalkan oksijen keseluruh tubuh manusia. Jika semua saluran rerambut darah
disambungkan, ia mampu melingkari dunia sebanyak dua kali.
BENTUK JANTUNG

 Jantung manusia terbahagi kepada 4 ruang yang dipanggil atrium kiri, atrium kanan,
ventrikel kiri dan ventrikel kanan. Terdapat sistem injap yang menyambungkan
antara ruangan yang berlainan.

 Ruangan atrium jantung adalah lebih nipis dan kecil dari segi isipadunya
berbanding ventrikel.
 Otot kardium, yang berdenyut secara automatik, membentuk dinding jantung. 
Sejenis membran tahan lasak yang dikenali sebagai perikardium menyelaputi
seluruh jantung.
 Injap berfungsi membenarkan pengaliran darah sehala iaitu tidak berbalik.

FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN JANTUNG

1. Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima


darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh. Atrium kiri pula
menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru.

2. Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang
diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru. ventrikel
kiri pula mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. Injap-injap yang terletak
antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung,
membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.

3. Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran


darah daripada atrium ke ventrikel sahaja.

4. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang

5. aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan

aorta.
SISTEM INJAP DALAM JANTUNG.

1. Injap sabit terletak dipangkal arteri pulmonari dan aorta menentukan darah yang
keluar dari jantung tidak mengalir balik.
2. Injap trikuspid terletak di antara atrium kanan dengan ventrikel kanan menentukan
darah yang mengalir masuk ke dalam ventrikel kanan tidak mengalir balik ke
atrium kanan. Ianya terdiri daripada tiga kelopak.
3. Injap bikuspid (injap mitra) terletak di antara atrium kiri dengan ventrikel kiri
menghalang pengaliran balik darah dari ventrikel kiri ke atrium kiri.
ALIRAN PEREDARAN DARAH DALAM JANTUNG

1. Darah dari semua bahagian badan mengalir masuk ke atrium kanan melalui
vena kava apabila otot jantung berehat. Vena kava anterior membawa balik
darah tanpa oksigen dari kepala dan anggota hadapan ke jantung. Vena kava
posterior pula membawa balik darah tanpa oksigen dari anggota bawah dan
organ badan lain.
2. Darah tanpa oksigen memenuhi atrium kanan.
3. Ventrikel kanan kemudiannya mengecut dan darah dipaksa keluar melalui arteri
pulmonari ke peparu. Pada masa yang sama, injap trikuspid akan tertutup untuk
menghalang darah daripada mengalir balik ke atrium kanan. Di arteri pulmonari,
injap sabit akan tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir balik ke
ventrikel kanan.
4. Gas karbon dioksida dalam darah akan diganti dengan gas oksijen dalam paru-
paru. Darah beroksigen dari peparu dibawa balik ke atrium kiri melalui vena
pulmonari. Darah beroksigen memenuhi atrium kiri dan apabila atrium kiri
mengecut, darah mengalir masuk ke ventrikel kiri.
5. Darah beroksigen akan ditolak masuk ke aorta. Pada masa yang sama, injap
bikuspid (mitra) akan tertutup untuk mengelakkan darah daripada mengalir balik
ke atrium kiri.Injap sabit di pangkal aorta akan tertutup untuk menghalang darah
dalam aorta mengalir balik ke dalam ventrikel kiri apabila ventrikel itu
mengendur.
6. Pembuluh darah yang keluar dari ventrikel kiri disebut Aorta, yang mengedarkan
darah ke   seluruh tubuh. Sedangkan yang keluar dari ventrikel kanan disebut
Arteri Pulmonalis yang   membawa darah ke paru untuk menukarkan karbon
dioksida dengan oksigen. Pembuluh darah yang membawa darah masuk ke
Atrium kiri disebut Vena Pulmonal dari paru-paru dan yang masuk ke Atrium
kanan disebut Vena Cava membawa darah tanpa oksijen dari seluruh tubuh.
7. Sebahagian darah yang keluar dari aorta akan membekalkan oksijen ke jantung
dan dikenal dengan nama Arteri Koronaria. Pembuluh darah inilah yang sering
mengalami gangguan pada penyakit jantung koroner. Pengimbasan jantung
menggunakan Pengimbas Tomografi Berkomputerakan dilakukan untuk
mengesan masalah ini. 
SISTEM KITARAN

Jantung dan Sistem Sirkulasi Manusia

 Satu degupan jantung kita menunjukkan satu pengiriman darah ke seluruh tubuh.
Setiap hari, 2000 galon darah yang membawa oksigen dan nutrisi mengalir melalui
pembuluh darah yang menghubungkan berbagai organ dan bahagian tubuh lainnya.
Inilah alasan mengapa jantung dan sistem sirkulasi darah (atau sistem
kardiovaskuler) adalah penyokong utama kehidupan manusia.

 Ada dua pemeran utama dalam sistem sirkulasi manusia, iaitu jantung dan
pembuluh darah.

 Jantung adalah sebuah organ berotot yang bertugas mengepam darah ke seluruh
organ tubuh dengan melakukan kontraksi berirama secara repetitif. Untuk
mengepam darah, jantung biasanya berdegup 60 hingga 100 kali per minit, atau
lebih cepat bila diperlukan.

 Degupan itu ditentukan oleh tindakbalas yang dikirimkan oleh tubuh ke jantung.
Tindakbalas itulah yang menentukan bila jantung mengepam lebih banyak atau
lebih sedikit darah, bergantung kepada keperluan individu. Ketika kita tidur, jantung
akan mengepam secukupnya kerana organ-organ tubuh hanya memerlukan sedikit
oksigen ketika beristirehat. Sebaliknya, ketika tubuh kita merasa ketakutan atau
berolahraga, organ tubuh akan memerlukan lebih banyak oksigen sehingga jantung
pun akan mengepam lebih banyak darah.

Darah yang dipam keluar jantung akan dialirkan melalui dua sirkulasi.

 Sirkulasi pertama, iaitu sirkulasi pulmonari, adalah sirkulasi darah yang bermula
ketika darah keluar dari rongga bilik kanan ke paru-paru lalu kembali ke rongga
serambi kiri jantung. Setelah meninggalkan bilik kanan, darah mengalir melalui
pembuluh kapilari yang mengelilingi ruang-ruang udara di paru-paru. Di sinilah
darah menyerap oksigen (yang kita hirup) dan melepaskan karbon dioksida (yang
kita keluarkan melalui hembusan nafas).

 Selanjutnya, darah di serambi kiri akan dialirkan ke bilik kiri. Sirkulasi sistemik pun
dimulai ketika darah yang kaya akan oksigen itu dialirkan ke luar dari bilik kiri melalui
aorta ke seluruh tubuh, kecuali paru-paru. Darah kemudian kembali ke jantung
melalui serambi kanan.
SISTEM PEREDARAN DARAH MANUSIA - JANTUNG (‘CIRCULATION SYSTEM IN
HUMAN – THE HEART’).

Sistem kardiovaskular atau dikenali sebagai sistem peredaran darah, terdiri


daripada jantung, sistem sistemik (badan) dan sistem pulmonari (paru-paru),
dan kemudian bersambung dengan jaringan arteri dan vena. Sistem ini penting
kerana ia bertindak memastikan peredaran darah berlaku yang mana penting untuk
hidup. 
Jantung merupakan enjin utama dalam sistem ini, mengepam darah ke seluruh
anggota badan dan tisu-tisu badan. Pada keadaan ini,darah membekalkan badan
dengan gas oksigen, nutrien dan sebarang bahan yang penting, dan kemudian
menyingkirkan bahan akhir hasil metabolisma dan juga gas karbon dioksida.

STRUKTUR ALAT PEREDARAN DARAH PADA MANUSIA

Sistem peredaran darah pada manusia tersusun atas jantung sebagai pusat peredaran
darah, pembuluh-pembuluh darah dan darah itu sendiri.

1. Jantung

> Jantung mempunyai empat ruang yang terbagi sempurna yaitu dua serambi (atrium)
dan dua bilik (ventrikel) dan terletak di dalam rongga dada sebelah kiri di atas
diafragma. Jantung terbungkus oleh kantong perikardium yang terdiri dari 2 lembar :
a. lamina panistalis di sebelah luar
b. lamina viseralis yang menempel pada dinding jantung.
> Jantung memiliki katupatrioventikuler (valvula bikuspidal)yang terdapat di antara
serambi dan bilik jantung yang berfungsi mencegah aliran dari bilik keserambi selama
sistol dan katup semilunaris (katup aorta dan pulmonalis) yang berfungsi mencegah
aliran balik dari aorta dan arteri pulmonalis kiri ke bilik selamadiastole.

2. Pembuluh Darah

> Pembuluh darah terdiri atas arteri dan vena. Arteri berhubungan langsung dengan
vena pada bagian kapiler dan venula yang dihubungkan oleh bagianendotheliumnya.

> Arteri dan vena terletak bersebelahan. Dinding arteri lebih tebal dari pada dinding
vena. Dinding arteri dan vena mempunyai tiga lapisan yaitu lapisan bagian dalam yang
terdiri dari endothelium, lapisan tengah yang terdiri atas otot polos dengan serat elastis
dan lapisan paling luar yang terdiri atas jaringan ikat ditambah dengan serat elastis.

> Cabang terkecil dari arteri dan vena disebut kapiler. Pembuluh kapiler memiliki
diameter yang sangat kecil dan hanya memiliki satu lapisan tunggal endothelium dan
sebuah membran basal.

> Perbedaan struktur masing-masing pembuluh darah berhubungan dengan perbedaan


fungsional masing-masing pembuluh darah tersebut.

> Pembuluh darah terbagi menjadi :

A. Pembuluh darah arteri

1. Tempat mengalir darah yang dipompa dari bilik


2. Merupakan pembuluh yang liat dan elastis
3. Tekanan pembuluh lebih kuat dari pada pembuluh balik
4. Memiliki sebuah katup (valvula semilunaris) yang berada tepat di luar jantung
5. Terdiri atas :
5.1 Aorta yaitu pembuluh dari bilik kiri menuju ke seluruh tubuh
5.2 Arteriol yaitu percabangan arteri
5.3 Kapiler :
a. Diameter lebih kecil dibandingkan arteri dan vena
b. Dindingnya terdiri atas sebuah lapisan tunggal endothelium dan sebuah membran
basal
6. Dindingnya terdiri atas 3 lapis yaitu :
6.1 Lapisan bagian dalam yang terdiri atas Endothelium
6.2 Lapisan tengah terdiri atas otot polos dengan Serat elastis
6.3 Lapisan terluar yang terdiri atas jaringan ikat Serat elastis

B. Pembuluh Balik (Vena)

1. Terletak di dekat permukaan kulit sehingga mudah di kenali


2. Dinding pembuluh lebih tipis dan tidak elastis.
3. Tekanan pembuluh lebih lemah di bandingkan pembuluh nadi
4. Terdapat katup yang berbentuk seperti bulan sabit (valvula semi lunaris) dan
menjaga agar darah tak berbalik arah.
5. Terdiri dari :
5.1. Vena cava superior yang bertugas membawa darah dari bagian atas tubuh menuju
serambi kanan jantung.
5.2. Vena cava inferior yang bertugas membawa darah dari bagian bawah tubuh
ke serambi kanan jantung.
5.3. Vena cava pulmonalis yang bertugas membawa darah dari paru-paru ke serambi
kiri jantung.
Sistem Peredaran Darah Manusia
PEREDARAN DARAH

Peredaran darah manusia merupakan peredaran darah tertutup karena darah yang
dialirkan dari dan ke seluruh tubuh melalui pembuluh darah dan darah mengalir
melewati jantung sebanyak dua kali sehingga disebut sebagai peredaran darah ganda 
yang terdiri dari :

1. Peredaran darah panjang/besar/sistemik

Adalah peredaran darah yang mengalirkan darah yang kaya oksigen dari bilik (ventrikel)
kiri jantung lalu diedarkan ke seluruh jaringan tubuh. Oksigen bertukar dengan
karbondioksida di jaringan tubuh. Lalu darah yang kaya karbondioksida dibawa melalui
vena menuju serambi kanan (atrium) jantung.

2. Peredaran darah pendek/kecil/pulmonal

Adalah peredaran darah yang mengalirkan darah dari jantung ke paru-paru dan kembali
ke jantung. Darah yang kaya karbondioksida dari bilik kanan dialirkan ke paru-paru
melalui arteri pulmonalis, di alveolus paru-paru darah tersebut bertukar dengan darah
yang kaya akan oksigen yang selanjutnya akan dialirkan ke serambi kiri jantung melalui
vena pulmonalis.

Proses peredaran darah dipengaruhi juga oleh kecepatan darah, luas penampang
pembuluh darah, tekanan darah dan kerja otot yang terdapat pada jantung dan
pembuluh darah.
Pada kapiler terdapat spingter prakapiler mengatur aliran darah ke kapiler :

a. Bila spingter prakapiler berelaksasi maka kapiler-kapiler yang bercabang dari


pembuluh darah utama membuka dan darah mengalir ke kapiler.
b. Bila spingter prakapiler berkontraksi, kapiler akan tertutup dan aliran darah yang
melalui kapiler tersebut akan berkurang.

Pada vena bila otot berkontraksi maka vena akan terperas dan kelepak yang terdapat
pada jaringan akan bertindak sebagai katup satu arah yang menjaga agar darah
mengalir hanya menuju ke jantung. 

Anda mungkin juga menyukai