Anda di halaman 1dari 1

UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Ruj. Kami : PSMZA/11/02/1-01 KM 08, JALAN PAKA, 23000 DUNGUN,
Tarikh : 04 JANUARI 2011 TERENGGANU DARUL IMAN
Tel: 09-8400913 Fax: 09-8458775
KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan,

MEMOHON TEMPAT BAGI PROGRAM LATIHAN INDUSTRI PELAJAR POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL
ABIDIN BAGI SESI : 04 JULAI 2011 HINGGA 02 DISEMBER 2011

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita kami maklumkan bahawa pembawa surat ini;

Nama :
No K/P :
No Pendaftaran :
Program :

adalah seorang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu

2. Beliau dikehendaki menjalani latihan industri selama tempoh di atas sebagai salah satu syarat wajib
bagi penganugerahan Sijil/ Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Untuk makluman,
semua pelajar kami dilindungi insuran kemalangan diri di sepanjang tempoh latihan.

3. Sehubungan itu, sukacita sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan beliau
untuk menjalani latihan industri di firma tuan. Pihak tuan boleh meneliti resume pelajar yang disertakan
bersama surat ini bagi tujuan rujukan. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 09 – 8400913 atau e-
mail psmzaupli@yahoo.com.my

4. Sekiranya pihak tuan bersetuju menerima pelajar berkenaan, sila isikan Surat Jawapan yang
dilampirkan. Surat penempatan rasmi akan dihantar sebelum pelajar melapor diri di firma tuan bagi tujuan
pengesahan.

Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PERKASA DENGAN TEKNOLOGI DAN IMAN”

Saya yang menurut perintah,

( HJ ABU BAKAR B ZAKARIA)


Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
b.p. Pengarah
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Dungun, Terengganu
CETAKAN KOMPUTER TIDAK MEMERLUKAN TANDATANGAN

Anda mungkin juga menyukai