Anda di halaman 1dari 4

Esei

Pengenalan

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan. Agama


dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Agama merujuk kepada
satu sistem kepercayaan yang kohesif manakala kepercayaan adalah mengenai aspek
ketuhanan. Salah satu ciri agama adalah berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Oleh
sebab itu, agama sangat penting dalam melahirkan insan yang bermoral. Malaysia
merupakan satu negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum dan hal ini
menyebabkan rakyat Malaysia mempunyai agama yang berbeza dan tersendiri. Tambahan
pula, agama juga dikenalikan sebagai satu institusi sosialisasi di Malaysia yang boleh
membentuk individu yang bermoral dan berguna. Nilai merupakan salah satu elemen yang
penting dalam ajaran agama kerana nilai dianggap sebagai satu prinsip atau garis panduan
yang menyediakan anggota masyarakat bagi menjalani kehidupan. Di samping itu,
masyarakat hendaklah mengaplikasikan nilai-nilai murni yang ada dalam ajaran agama
untuk menghadapi pelbagai cabaran terutamanya cabaran atau isu moral global serta
tempatan. Tidak dapat dinafikan bahawa, isu moral pada era yang semakin maju dan moden
ini kian hari kian meningkat. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia kurang
mengaplikasikan nilai-nilai murni agama dalam kehidupan harian mereka. Seterusnya, saya
akan menerangkan bagaimana prinsip atau nilai dalam pelbagai agama dapat membantu
manusia untuk mencari idea bagi menangani cabaran moral.

Isi utama

Pertama sekali, agama Islam merupakan salah satu agama yang utama di Malaysia.
Penurut agama Islam biasanya ialah orang Melayu dan mereka dipanggil sebagai orang
Muslim. Dalam agama Islam, satu prinsip yang dititikberatkan oleh umat Islam ialah
memelihara nyawa. Mereka hendaklah menggelakkan diri daripada perkara yang membawa
bahaya kepaya nyawa bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain. Prinsip ini sangat
penting kerana dapat mengurangkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Hal ini
dikatakan kerana, pembuangan bayi yang baru lahir ini telah mengambil nyawa bayi
tersebut dan perbuatan ini telah menentangkan prinsip memelihara nyawa. Bukan itu
sahaja, pembuangan bayi menjadi satu cabaran moral tempatan yang amat serius pada hari
ini. Buktinya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membuat
statistik tentang kes pembuangan bayi di Malaysia dari tahun 2015 hingga 2018. Sebanyak
577 kes pembuangan bayi telah berlaku hanya dalam tempoh 4 tahun dan sebanyak 65 kes
berlaku pada tahun awal 2019. Tamabahan pula, hanya 30% daripada bayi yang dijumpa
masih hidup. Jelasnya bahawa, pembuangan bayi telah meragutkan nyawa bayi tersebut.

1
GAMBAR 1: Statistik Kes Pembuangan Bayi

“Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya” (QS. Al-Mudatstsir: 38).
Penyataan di atas diambil daripada kitab agama Islam. Nilai bertanggungjawab amat
penting dalam menangani kes pembuangan bayi. Orang yang melahirkan bayi tersebut
mestilah bertanggungjawab terhadap bayi mereka. Mereka tidak boleh membuangkan bayi
sebaliknya mereka harus memberi kasih sayang yang penuh dan membesarkan bayi
tersebut. Sekiranya anda tidak mahu mempunyai anak, mestilah berfikir dan membuat
langkah keselamatan sebelum menjalankan seks supaya perkara yang tidak diingini terlaku.

Dari perspektif agama Sikh, orang Sikh menggalakkan kehidupan yang sederhana.
Ajaran agama Sikh menyeru semua supya menjauhi keinginan yang tamak. Oleh sebab itu,
mereka mengamalkan nilai kesederhanaan. Kenapa nilai tersebut penting sangat? Hal ini
demikian kerana keinginan yang tamak akan menjadi seseorang berlakukan perkara yang
negatif dan tidak bermoral. Sebagai contonya, pemerdagangan manusia dan dadah. Meraka
menjalankan aktiviti tersebut untuk mendapat keuntungan yang maksimun. Bukan itu
sahaja, hal ini dikatakan amat tidak rasional kerana orang yang menjual dadah hanya
mementingkan manfaat diri sendiri sahaja. Mereka tidak berfikir kesan atau implikasi yang
buruk selepas mereka menjual dadah di negara sendiri atau mengeskport ke negara lain.
Oleh sebab orang yang tidak mengawal hawa nafsu mereka, berlakukan sesuatu yang tidak
bermoral dan berakhlak mulia, pemerdagangan manusia dan dadah telah menjadi cabaran
moral global yang amat dibimbangkan pada zaman kini. Justeru, nilai kesederhanaan,
rasional dan tidak mementingkan diri sendiri haruslah dipupuk oleh semua individu supaya
melahirkan insan moral yang boleh menangani cabaran tersebut.

Selain itu, pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran air
di negara kita juga semakin hari semakin serius. Hal ini demikian kerana rakyat tidak

2
mementingkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Dalam ajaran Taoisme,
manusia perlu memelihara alam sekitar dengan sebaiknya sebagai jalan untuk kehidupan
yang berharmoni dengan alam sekitar. Oleh sebab itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar
dengan baik supaya pencemaran alam sekitar tidak menjadi salah satu isu moral.
Pencemaran alam sekitar dianggap sebagai isu moral mungkin kerana penyebabnya ialah
manusia sendiri. Sebagai contohnya, penggunaan hawa dingin sudah menjadi perkara yang
amat biasa pada zaman yang moden ini, tetapi hal ini akan menyebabkan lapisan ozon
menjadi nipis dan berlakunya pemanasan global ataupun kesan rumah hijau. Pemanasan
global tersebut telah menyebabkan hutan di negara Indonesia terbakar setiap tahun.
Pembakaran tersebut telah mengeluarkan asap yang banyak dan mencemarkan udara.
Malaysia sebagai jiran negara Indonesia, asap tersebar ke negara kita dan fenomena ini
dikenali sebagai jerebu. Jelasnya bahawa, pencemaran alam sekitar betul-betul berkait
rapat dengan aktiviti harian manusia. Oleh sebab itu, nilai menyayangi dan menghargai alam
sekitar haruslah diutamakan dan memberi kesedaran kepada mereka yang sedang
mencemarkan alam sekitar.

Penutup

Kesimpulannya, nilai murni benar-benar memainkan peranan yang sangat penting


dalam menangani cabaran moral global dan tempatan. Nilai-nilai murni misalnya daripada
ajaran agama adalah unsur yang paling penting dalam membentuk insan moral kerana
ajaran agama diberi sejak kecil. Bak kata pepatah: “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”
Semua orang hendaklah sentiasa beringat ajaran agama mereka dan mengaplikasikan nilai
murni sebelum membuat sesuatu keputusan atau menjalankan sesuatu aktiviti. Sebagai
seorang yang bermoral dan berakhlak mulia, kita mestilah berfikir sebelum bertindak.
Tambahan pula, nilai-nilai murni juga merupakan satu panduan bagi manusia memilih jalan
yang sesuai dan betul supaya tidak terpesong. Sebenarnya, tanpa mengira bangsa dan
kaum, semua agama mengajar manusia supaya membuat perkara yang dapat membawa
kebaikan dan manfaat kepada semua dan juga bertujuan untuk membentuk insan moral dan
berguna. Nilai murni dalam agama juga dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian
masyarakat. Namun, kekurangan pengaplikasian nilai murni dalam kehidupan kita adalah
satu fenomena yang perlu dipersoalkan supaya dapat menyedar semua individu supaya
tidak mengabaikan ajaran agama. Tidak dapat dinafikan bahawa, kebanyakan punca yang
berlaku kes gejala sosial adalah kekurangan ajaran atau didikan agama. Oleh sebab itu,
semua pihak hendaklah berganding bahu supaya mencurah dan menyebar nilai murni
kerana nilai murni dapat membantu kita berfikir rasional dan mencari idea untuk
menyelesaikan masalah serta cabaran moral.

3
Bibliografi

Buku

Abdullah Zhidi, Mahdi, Mazlan, Mohd Fu’ dan Roslina (2014). Pengantar Pendidikan Moral.
Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ismail Ibrahim (2004). Isu Islam Semasa. Kuala Lumpur: Maziza Sdn. Bhd.

Internet

Muhammad Farid Majdi (2019). Pentingnya Pendidikan Sosial Keagamaan. Diperoleh 10


Februari 2020 dari https://satubanten.com/pentingnya-pendidikan-sosial-keagamaan/

Muhammad Nasrullah (2019). Agama sebagai Kontrol Sosial. Diperoleh 11 Februari 2020
dari https://nalarpolitik.com/agama-sebagai-kontrol-sosial/

Iskandar Purwana (2015). Agama & Sistem Sosial Budaya. Diperoleh 10 Februari 2020 dari
https://www.kompasiana.com/iskandarpurwana/54f91662a33311af068b4644/agama-
sistem-sosial-budaya

Anda mungkin juga menyukai