Anda di halaman 1dari 5

Buku Aktiviti pg18

1. pesakit - berkerusi roda - atendan hospital

2. - pesakit - bangku - menunggu giliran

3. - mendapatkan ubat - kaunter farmasi.

4. - jururawat - tekanan darah

5. - doktor - degupan jantung - stetoskop.

1. Seorang pesakit yang berkerusi roda dibantu oleh seorang atendan hospital.

2. Beberapa orang pesakit duduk di bangku yang disediakan sementara menunggu giliran
masing-masing untuk diperiksa oleh doktor.

3. Encik Tan mendapatkan ubat yang diperlukan di kaunter farmasi.

4. Seorang jururawat memeriksa tekanan darah seorang pesakit wanita di meja pesakit.

5. Seorang doktor memeriksa degupan jantung pesakit dengan menggunakan stetoskop.


Buku Aktiviti pg19

Pendahuluan

- cara untuk mengatasi stress

Isi-isi

- meluahkan masalah kita kepada orang yang dipercayai seperti ibu bapa - tidak boleh
memendam perasaan - bertambah parah

- melakukan hobi yang menenangkan - mendengar muzik

- melakukan aktiviti sukan dan riadah - menyihatkan mental dan fizikal

Penutup

- menangani stress dengan betul - masalah tidak bertambah serius

Gambar menunjukkan cara untuk mengatasi stress.

Pertama, kita patutlah meluahkan masalah kita kepada orang yang dipercayai
seperti ibu bapa. Kita tidak boleh memendam perasaan kerana masalah itu akan bertambah
parah. Seterusnya, kita haruslah melakukan hobi yang menenangkan seperti mendengar
muzik. Selain itu, kita juga perlulah melakukan aktiviti sukan dan riadah kerana aktiviti itu
menyihatkan mental dan fizikal kita.

Kesimpulannya, kita mestilah menangani stress dengan betul agar masalah tidak
bertambah serius.

(70 patah perkataan)


Buku Aktiviti pg21

1.A

2.C

3.B

4.D

5.D

6.C

7.D

8.B

Buku Aktiviti pg22

1. tegas

2. kabur

3. dekat

4. jelas

1.Pada pendapat saya, jika penunggang motosikal itu terjatuh kerana tidak memakai topi
keledar dengan betul, kepalanya akan cedera parah akibat topi keledar tertanggal.

2. Kita mestilah mengancing tali dagu dengan ketat dan selesa.

1. buah tangan

2. isi dengan kuku


Buku Aktiviti pg20

Selamat pagi, murid-murid. Saya (NAMA), seorang pakar pemakanan. Pada pagi ini, saya
akan menyampaikan ceramah tentang (TAJUK).

Murid-murid sekalian,

Makanan seimbang amat (ISI 1). Badan kita memerlukan makanan seimbang untuk
mendapatkan (ISI 2).

Dengan mengambil makanan seimbang, kita boleh mendapat (ISI 3). Keupayaan
fizikal amat penting supaya kita dapat menjalankan tugas dengan baiknya dan sempurnanya.

Seterusnya, makanan seimbang dapat (ISI 4). Dengan cara itu, kita tidak mudah
diserang penyakit seperti demam, selesema dan batuk.

Selain itu, makanan seimbang dapat membantu untuk (ISI 5). Hal ini penting kerana
obesiti menjadi punca pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi
dan sakit jantung.

Kesimpulannya, marilah kita mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dengan


mengambil makanan seimbang.

Sekian, terima kasih.


Selamat pagi, murid-murid. Saya Encik Tan, seorang pakar pemakanan. Pada pagi ini, saya
akan menyampaikan ceramah tentang kepentingan makanan seimbang.

Murid-murid sekalian,

Makanan seimbang amat penting untuk kesihatan badan. Badan kita memerlukan
makanan seimbang untuk mendapatkan protein, lemak, karbohidrat, air, vitamin, mineral
dan serat.

Dengan mengambil makanan seimbang, kita mendapat zat yang diperlukan untuk
membina fizikal yang sihat dan kuat. Keupayaan fizikal amat penting supaya kita dapat
menjalankan tugas dengan baiknya dan sempurnanya.

Seterusnya, makanan seimbang dapat memberikan vitamin yang diperlukan oleh


tubuh kita untuk melawan penyakit. Dengan cara itu, kita tidak mudah diserang penyakit
seperti demam, selesema dan batuk.

Selain itu, makanan seimbang dapat membantu untuk mengawal kadar obesiti. Hal
ini penting kerana obesiti menjadi punca pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti kencing
manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Kesimpulannya, marilah kita mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dengan


mengambil makanan seimbang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai