Anda di halaman 1dari 12

BMMB3073 – PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENSYARAH: NOREHAN BINTI MUHAMAD

PENULISAN REFLEKSI

1.0 PENGENALAN

Refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang
untuk memastikan ketepatan kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi
juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang
itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya.
Selain itu, Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung,
menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan
untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.

2.0 MENDENGAR, BERTUTUR, MEMBACA DAN MENULIS

Dalam DSKP BM SR mempunyai tiga kemahiran utama iaitu mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis. Apabila kemahiran ini diajar di dalam kelas, guru-guru akan
membuat refleksi PdP selepas habis sesi pengajaran. Malahan, apa saja yang berkait
dengan PdP akan diakhiri dengan refleksi. Contohnya, (1) seorang pensyarah akan
membuat refleksi ke atas pengajaran guru praktikumnya. (2) seorang guru praktikum
membuat refleksi terhadap pengajarannya sendiri selepas selesai PdP di dalam
kelasnya. (3) Refleksi tentang projek yang dilaksanakan di dalam kelas dan sebagainya.

2.1 Bahagian 1: Masalah Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

2.1.1 Pengurusan Bilik Darjah


Pada hari Isnin bertarikh 17 Ogos 2015 guru praktikum telah diselia buat pertama kali
oleh guru pembimbing iaitu Puan Nurul Hidayah. Kelas penyeliaan ini ialah kelas 2 UKM
dan guru praktikum diselia pada jam 4.30-5.35 tengah hari. Bilangan pelajar seramai 24

1
orang daripada 28 orang pelajar. Pada hari tersebut guru praktikum telah mengajar
komsas iaitu Cerpen Anak Penggunting Rambut dalam Antologi Gema Sepi Gadis
Genius. Masalah yang dikenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru
praktikum ialah berkaitan pengurusan bilik darjah. Menurut tindak balas oleh guru
pembimbing berkaitan pengajaran, guru praktikum mulakan pengajaran di dalam kelas
dalam keadaan kelas yang tidak bersih dan meja tidak teratur. Hal ini melibatkan
kemahiran pengurusan bilik darjah saya amat lemah kerana sebagai seorang guru
perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud
begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang
boleh mewujudkan persekitaran dan iklim yang sedemikian. Suasana bilik darjah yang
harmoni membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna
adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Iklim dalam bilik darjah yang
baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik
darjah tersebut. Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik
darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur.

Kebersihan berkait rapat dengan kemahiran pengurusan bilik darjah secara sistematik.
Hal ini sangat penting kerana untuk menarik minat murid dalam memulakan
pembelajaran di mana guru mestilah mewujudkan suasana yang harmoni dan konduksif.
Hal ini dilihat bahawa guru praktikum tidak menitikberatkan mengenai kebersihan dan
susun atur meja di dalam kelas sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Guru
praktikum sepatutnya mengarah murid untuk membersihkan kelas sebelum memulakan
pengajaran dan memastikan keadaan kelas teratur dan kemas.

2.1.2 Soalan Guru Tidak Jelas

Masalah yang kedua dikenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya
pada penyeliaan pertama oleh guru pembimbing ialah berkaitan penyoalan. Guru
pembimbing menyatakan bahasa sekiranya guru ingin mengemukakan soalan kepada

2
murid, soalan yang dikemukakan haruslah jelas agar murid mudah memahami setiap
soalan yang ditanyakan. Masalah ini berkaitan dengan kemahiran penyoalan guru itu
sendiri. Teknik penyoalan haruslah dikuasai sebaik mungkin oleh guru kerana ia sangat
penting dan mempunyai peranan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklum balas
murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi
muka, isyarat dan konteks fizikal. Penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran
bertujuan tertentu. Terdapat beberapa tujuan guru menyoal murid antaranya ialah untuk
menilai pengetahuan sedia ada, menimbulkan minat, membina pemahaman yang
mendalam di samping membina idealisme, sikap dan penghargaan, memantapkan
pembelajaran, merangsang pemikiran kritis dan sebagainya.

Perkara ini dapat dilihat bahawa soalan yang guru praktikum kemukakan kurang difahami
oleh murid kerana menurut guru pembimbing, guru praktikum tidak menggunakan teknik
penyoalan yang sebetulnya. Di samping itu, guru tidak membuka ruang soalan kepada
pelajar tetapi bersoal jawab secara menyeluruh. Hal ini menyebabkan terdapat gangguan
apabila murid menjawab soalan tersebut secara beramai-ramai dan keadaan kelas
menjadi tidak terkawal dan bising dengan pelbagai jawapan.

2.1.3 Guru Tidak Menyediakan Latihan Pengukuhan

Masalah yang seterusnya berdasarkan komen daripada guru pembimbing pada


penyeliaan pertama ialah berkaitan bahan pengajaran. Guru tidak menyediakan soalan
pengukuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Pengukuhan boleh didefinisikan sebagai
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru selepas pengajaran dan pembelajaran dalam
pelbagai bentuk latihan. Cara atau bentuk latihan pengukuhan yang diberikan kepada
murid-murid adalah sama. Setiap murid dikehendaki menjawab atau melakukan dengan
menerima latihan atau tugasan yang diberikan oleh guru dalam bentuk yang sama dan
tiada perbezaan. Daripada situlah kita boleh melihat perbezaan murid mana yang dapat
menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Biasanya, aktiviti pengayaan juga

3
terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru sudah mengajar
kemahiran asas.
Pada pengajaran dan pembelajaran ini, guru hanya melaksanakan aktiviti semasa di
dalam kelas sahaja tanpa memberikan soalan latihan pengukuhan kepada murid untuk
dibuat di rumah sebagai kerja sekolah. Masalah ini dinyatakan oleh guru pembimbing.
Beliau menasihati agar masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana latihan pengukuhan
ini sangat penting kepada murid kerana aktiviti pengukuhan bertujuan untuk
memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid. Contoh
aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti memberi latihan yang lebih
mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih murid menyampaikan
maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah,
melatih murid membuat nota, menjalankan latih tubi dan melatih murid mengenal pasti
idea utama.

2.1.4 Guru Tidak Melibatkan Semua Murid

Penyeliaan oleh guru pembimbing buat kali kedua ialah pada minggu berikutnya iaitu
pada hari Isnin bertarikh 24 Ogos 2015. Pada hari tersebut, guru praktikum telah
mengajar karangan yang bertajuk Langkah-langkah Memupuk Minat Membaca. Objektif
pembelajaran pada hari ini ialah, pada akhir pelajaran murid dapat menyatakan
sekurang-kurangnya satu isi berserta contoh secara lisan. Di samping itu, murid dapat
menulis satu perenggan karangan tentang langkah memupuk minat membaca dengan
menggunakan teknik IMPAK. Pada pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, guru
praktikum telah menggunakan video dan lembaran kerja.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru praktikum telah menerima teguran
daripada guru pembimbing bahawa pengajaran guru praktikum tidak merangsang
penglibatan semua murid secara aktif. Hal ini kerana guru praktikum lebih banyak
menerang dan menjelaskan manakala murid hanya mendengar. Dan tiada komunikasi
dua hala antara guru dengan murid. Tambahan lagi guru praktikum hanya memberikan
perhatian kepada murid yang duduk di hadapan serta di tengah sahaja tanpa pedulikan
murid yang duduk di belakang dan sebelah tepi. Guru pembimbing menasihati agar

4
menggalakkan penyertaan semua murid di dalam kelas dan kerap kali bertanya kepada
murid yang pendiam.
Di samping itu, guru praktikum dikatakan tidak prihatin terhadap murid yang pendiam dan
hanya membiarkan mereka hanyut dalam dunia mereka sendiri. Hal ini sepatutnya tidak
terjadi kerana guru praktikum mestilah bertanggungjawab untuk menguasai kesemua
muridnya agar mereka tidak ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari
tersebut. Guru praktikum melaksanakan beberapa perkara dalam merangsang
penglibatan murid namun ia tidak mendapat sambutan yang baik daripada murid. Hal ini
mungkin persediaan pelajar tiada dan menyebabkan mereka hanya memberi perhatian
kepada pengajaran.

2.1.5 Guru Terlalu Bergantung pada Nota Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Pada 25 Ogos 2015 pensyarah akan menyelia guru praktikum buat kali pertama. Hari
tersebut guru praktikum mengajar cerpen ‘Warkah Daripada Ibu’ dalam Antologi Gema
Sepi Gadis Genius. Objektif pembelajaran pada hari ini ialah pada akhir pelajaran, murid
dapat menjelaskan sinopsis cerpen ‘Warkah Daripada Ibu’ secara lisan. Di samping itu
juga menghuraikan sekurang-kurangnya dua watak dan perwatakan yang terdapat dalam
cerpen secara tulisan. Masalah yang ditegur oleh penyelia ialah berkaitan penggunaan
nota semasa sesi penerangan kepada murid.

Guru praktikum dikatakan terlalu bergantung pada nota semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Pensyarah menasihati agar perkara ini tidak terlalu kelihatan
ketara bahawa guru mengajar berpandukan nota. Hal ini kerana perkata tersebut
menampakkan guru praktikum cetek ilmu dan tidak yakin dengan ilmu di dada
sehinggakan perlu membaca nota semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru
seharusnya sudah mahir dengan bidang yang ingin diajar kepada murid di dalam kelasa
agar tidak terlalu melihat dan membaca nota tersebut semasa mengajar murid. Di
samping itu, guru praktikum kelihatan tidak mempunyai ilmu yang mendalam terhadap
topik pengajaran pada hari tersebut kerana sesi penerangan tersekat-sekat akibat terlalu
bergantung pada nota yang telah di tulis sebagai rujukan sendiri.

5
2.2 Bahagian 2: Punca-punca Masalah Berlaku

2.2.1 Kesuntukan Masa

Masalah pengurusan kelas iaitu mengenai kebersihan di dalam kelas ini berlaku kerana
guru praktikum terlalu mengejar masa untuk memastikan apa yang telah dirancang untuk
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah tertulis dalam
rancangan pengajaran harian. Hai ini demikian kerana jika guru praktikum mengambil
masa yang lebih untuk murid membersihkan kelas sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran pastinya sesi pengajaran akan bermula lewat dan ini telah menyebabkan
masa untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran telah berkurang. Jika ini berlaku
guru praktikum risau sekiranya fasa dalam rancangan pengajaran harian tersebut
terpaksa di ubah.

Selain itu, masalah ini wujud kerana guru praktikum lebih mementingkan pengajaran
semata-mata tanpa mengambil kira persekitaran kelas. Hal ini berkaitan dengan
kemahiran guru terhadap pengurusan bilik darjah. Berdasarkan masalah yang wujud itu
berpunca daripada sikap guru praktikum sendiri yang tiada kemahiran berkaitan
pengurusan bilik darjah. Di samping itu, guru praktikal tidak menitikberatkan mengenai
kebersihan kelas sehingga menyebabkan keadaan kelas kotor dan tidak teratur. Oleh hal
yang demikian, jelaslah bahawa masalah ini berlaku kerana faktor masa dan sikap guru
praktikum sendiri.

2.2.2 Guru Tidak Menggunakan Teknik Penyoalan yang Betul

Masalah mengenai soalan guru tidak jelas adalah berpunca daripada guru praktikum
tidak menggunakan teknik penyoalan yang berkesan semasa sesi soal jawab dengan
murid. Guru praktikum mengajukan soalan secara umum dan tidak memfokuskan kepada
topik perbincangan. Hal ini menyebabkan berlaku kekeliruan kepada murid dan ini

6
disebabkan oleh guru praktikum itu sendiri yang tidak menguasai teknik penyoalan yang
berkesan dan dapat di terima oleh murid. Murid tidak dapat mengesan apakah
sebenarnya yang menjadi tumpuan oleh soalan guru itu.

Perkara ini juga berlaku disebabkan ruang masa yang singkat diberikan kepada murid
untuk menjawab soalan dan menyebabkan mereka kurang keyakinan dan berasa takut
untuk mengemukakan jawapan atau pandangan terhadap pertanyaan yang diajukan oleh
guru praktikum. Guru praktikum juga tidak mengajukan soalan secara sukarela kepada
murid dan ini menyebabkan kan soalan-soalan yang di ajukan tidak mendapat sambutan
yang baik oleh semua murid.

2.2.3 Tahap Kesediaan Guru dalam Pengajaran

Masalah guru praktikum tidak menyediakan latihan pengukuhan berdasarkan soalan PT3
ialah berpunca daripada tahap kesediaan guru itu sendiri. Hal ini kerana tahap kesediaan
guru praktikum pada fasa pengukuhan dalam rancangan pengajaran hariannya adalah
lemah. Guru praktikum tidak menitikberatkan fasa tersebut kerana guru beranggapan
bahawa soalan yang disediakan semasa latihan dalam kelas sudah mencukupi. Oleh
sebab tanggapan guru praktikum sebegitu, guru tidak menyediakan bahan bantu
mengajar yang sepatutnya dan bersesuaian dengan topik pengajaran dan pembelajaran
untuk diberikan kepada murid sebagai latihan pengukuhan.

Di samping itu, guru praktikum hanya bergantung pada sesi pengajaran tanpa berusaha
untuk menilai kefahaman murid melalui aktiviti pengukuhan selepas pengajaran. Hal ini
di sebabkan oleh sikap guru yang tidak bersedia terhadap fasa tersebut untuk aktiviti
pengukuhan. Guru juga kurang memberi perhatian terhadap keberkesanan
pengajarannya melalui aktiviti pengukuhan. Hal ini berlaku kerana guru merasa dengan
adanya fasa penutup yang meminta murid membuat rumusan terhadap pembelajaran
telah cukup menunjukkan murid itu faham terhadap pembelajaran pada hari tersebut.

7
2.2.4 Kedudukan Murid Berkelompok

Masalah guru tidak melibatkan semua murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan di dalam kelas tersebut. Guru dikatakan hanya memberi perhatian kepada
murid yang berada di hadapan dan tengah sahaja. Murid yang duduk di hadapan dan
tengah sudah semestinya murid yang pandai dan menyerlah serta banyak bertanya.
Malah murid yang lemah dan pendiam serta tidak banyak bercakap duduk di bahagian
tepi dan belakang kelas. Hal demikianlah yang menyebabkan masalah ini timbul kerana
kedudukan murid yang berkelompok dan mengasingkan murid yang pandai dan lemah.
Di samping itu, guru praktikum tidak mengubah tempat murid yang lemah dan murid yang
pandai agar duduk secara bercampur dan berkumpulan. Peranan ini sepatutnya di ambil
kira oleh guru praktikum agar masalah kedudukan murid berkelompok tidak berlaku dan
murid kurang pandai tidak akan berasa dirinya tersisih.

2.2.5 Guru Tidak Menguasai Ilmu Secara Menyeluruh

Masalah guru terlalu bergantung pada nota semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung di dalam kelas adalah berpunca daripada guru praktikum itu sendiri di mana
guru praktikum tidak menguasai ilmu dan topik yang diajarkan kepada murid secara
menyeluruh. Guru sentiasa melihat dan membaca nota di tangan dan keadaan ini dilihat
tidak profesional kerana guru praktikum kelihatan tidak yakin dengan ilmu yang ingin di
curahkan kepada murid. Keadaan sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana guru yang
ingin mencurahkan ilmu kepada murid seharusnya menguasai terlebih dahulu sesuatu
ilmu dan topik yang ingin diajar kepada murid.

Selain itu, masalah ini disebabkan tahap keyakinan guru terhadap diri sendiri lemah
sehinggakan terpaksa menggunakan nota dalam sesi penerangan semasa pengajaran
dan pembelajaran. Di samping itu, guru tidak menghafal ilmu yang ingin dikongsi kepada
murid. Keadaan ini menyebabkan guru lupa apa yang ingin di sampaikan semasa sesi
penerangan berlangsung dan menyebabkan guru praktikum terpaksa melihat nota.

8
2.3 Bahagian 3: Langkah Penambahbaikan yang Disarankan

2.3.1 Pengurusan Bilik Darjah Secara Sistematik

Berdasarkan masalah yang timbul berkaitan pengurusan bilik darjah ini guru pembimbing
menyarankan agar guru praktikum perlu memainkan peranan untuk mewujudkan bilik
darjah konduksif dengan pengurusan secara sistematik. Hal ini kerana guru memainkan
peranan sebagai pengurus di mana guru praktikum perlu mengurus rutin bilik darjah
supaya murid-murid menjalankan tugas ikut jadual bertugas. Guru praktikum juga
hendaklah mengurus bilik darjah agar menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

Seterusnya untuk melaksanakan peranan pengurus yang berkesan, guru praktikum perlu
tahu iklim persekitaran bilik darjah dan apakah faktor-faktor yang boleh membantu untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada suasana tersebut. Antaranya adalah susunan fizikal dan tempat
duduk bilik darjah dan persekitaran psikososial semasa di dalam bilik darjah. Oleh itu,
menurut guru pembimbing, guru praktikum perlu memastikan kelas bersih dan kerusi
serta meja berada dalm keadaan yang teratur. Dengan ini, guru praktikum perlu memberi
arahan yang tegas kepada murid agar mereka membersihkan kelas terlebih dahulu
sebelum memulakan pengajaran.

Guru praktikum juga hendaklah memberi ruang dan masa untuk murid berbuat demikian.
Pastikan semua murid telah selesai membersihkan kelas dan berada di tempat masing-
masing barulah guru praktikum boleh memulakan pengajaran. Hal ini sangat penting agar
murid lebih bersedia dan memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas yang dibersihkan itu.

9
2.3.2 Menggunakan Teknik Penyoalan yang Berkesan

Menurut guru pembimbing berdasarkan masalah ke dua yang wujud dalam pengajaran
guru praktikum yang berkaitan penyoalan, beliau menyatakan bahawa guru praktikum
perlu menggunakan teknik penyoalan yang berkesan dengan berunsurkan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Oleh itu, dalam menerapkan pengajaran dan pembelajaran
yang berunsurkan KBAT, guru praktikum harus melaksanakan beberapa strategi
berkesan bagi membimbing murid untuk berfikir secara KBAT. Antara salah satu teknik
paling berkesan dalam memastikan pelajar juga berfikir secara KBAT adalah Teknik
Penyoalan yang berkesan.

Antara ciri-ciri soalan yang berkesan yang disarankan oleh guru pembimbing ialah soalan
yang diajukan kepada murid mestilah bermatlamat iaitu ditanya untuk mencapai tujuan
tertentu. Selain itu, soalan perlulah dinyatakan dengan jelas agar murid memahami apa
yang dinyatakan dan soalan juga bersifat ringkas. Pastikan soalan tersebut dinyatakan
dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin agar murid mudah memahaminya.
Di samping itu, soalan tersebut bercirikan memprovokasi pemikiran di mana ia boleh
merangsang pemikiran dan tindak balas. Soalan guru praktikum mestilah bersifat
menyoal siasat iaitu melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya
dan mencungkil secara mendalam. Seterusnya yang paling memainkan peranan dalam
menyoalkan murid ialah soalan tersebut hendaklah disesuaikan dengan tahap murid
kerana tahap prestasi murid adalah berbeza-beza.

2.3.3 Persediaan Pengajaran yang Mantap

Berdasarkan masalah yang ke tiga iaitu semasa penyeliaan kali kedua oleh guru
pembimbing, guru praktikal disarankan agar membuat persediaan pengajaran yang
mantap dari segi bahan bantu mengajar di mana guru praktikal dikenal pasti tidak
menyediakan soalan pengukuhan PT3 kepada murid sebagai latihan pengukuhan yang

10
perlu dibuat di rumah. Oleh itu, guru pembimbing menyarankan agar guru praktikal
membuat persediaan awal mengenai masalah ini.

Guru praktikal perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang berbentuk soalan
pengukuhan PT3 kerana pihak sekolah tersebut sangat menitikberatkan pengukuhan
PT3 kepada murid yang bakal menduduki peperiksaan PT3 agar dapat memberi
gambaran awal kepada murid terhadap soalan berbentuk PT3. Oleh itu, amat penting
bagi guru praktikum untuk main peranan dalam menyediakan latihan pengukuhan ini agar
matlamat sekolah berkaitan PT3 boleh direalisasikan.

Selain itu, guru praktikal seharusnya merujuk guru tetap untuk mengetahui dengan lebih
lanjut berkaitan soalan peperiksaan PT3 agar guru praktikum dapat mengetahui
mengenai bentuk dan jenis soalan yang patut diberikan kepada murid. Di samping itu
juga guru praktikum boleh merujuk buku soalan peperiksaan sebenar. Perkara ini dapat
membantu guru praktikum dalam penyediaan soalan latihan pengukuhan untuk diberikan
kepada murid.

2.3.4 Susun Atur Semula Kedudukan Murid

Berdasarkan masalah ke empat iaitu yang wujud semasa penyeliaan kedua oleh guru
pembimbing, langkah penambahbaikan yang disarankan oleh beliau ialah guru praktikum
perlu main peranan untuk susun atur semula kedudukan murid dengan mengubah
kedudukan murid lemah yang duduk di belakang kelas agar mereka duduk di hadapan
kelas. Hal ini amat penting agar murid yang pendiam dan lemah akan lebih menyerlah
dan boleh melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Di samping itu, kedudukan murid di dalam kelas perlulah bercampur antara murid pandai
dengan murid lemah. Keadaan ini berperanan dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang baik di mana murid pandai dan murid lemah berada dalam satu
kumpulan. Ini amat membantu murid lemah untuk terus maju dalam pembelajarannya
kerana mereka akan lebih bersemangat apabila berada bersama murid pandai dan

11
mereka akan berasa ingin setanding dengan murid pandai itu. Perkara sebegini dikata
sebagai suntikan semangat kepada murid yang lemah tersebut.

Selain itu, guru praktikum juga perlu memberikan perhatian yang lebih kepada murid yang
pendiam dan lemah ini dengan kerap bertanya kepada mereka dan membantu mereka
menyelesaikan masalah pembelajaran. Perkara ini penting kerana dapat membantu
proses pemikiran murid yang lemah itu agar menjadi lebih aktif dalam kelas.

2.3.5 Kuasai Ilmu Sepenuhnya

Menurut pensyarah yang menyelia guru praktikum, berdasarkan masalah yang wujud
semasa diselia buat kali pertama beliau menyarankan agar guru praktikum menguasai
sepenuhnya ilmu yang ingin diajar kepada murid. Sebagai seorang guru yang ditugaskan
untuk mencurahkan ilmu kepada murid, guru praktikum seharusnya melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya.

Perkara ini dikatakan penting kepada guru praktikum kerana untuk memberi dan
menyebarkan ilmu yang betul kepada murid, guru praktikum mestilah terlebih dahulu
menguasai ilmu tersebut. Guru praktikum di nasihati agar mengulang kaji berkaitan ilmu
yang ingin diajar kepada murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula agar
guru praktikum lebih yakin dengan ilmu di dada. Keadaan ini boleh mengelakkan guru
praktikum daripada terlalu bergantung pada nota semasa memberi penerangan kepada
murid semasa pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, perancangan guru mestilah lebih kreatif dari segi mengadakan pelbagai
persediaan, kemudahan dan sumber rujukan supaya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih bermakna dalam mendorong proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih sempurna.

12

Anda mungkin juga menyukai