Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Pada zaman pascakemerdekaan ini, isu gejala sosial dalam kalangan

remaja semakin berleluasa dan menjadi fokus perbincangan serta tajuk

utama akhbar-akhbar di Malaysia. Fenomena ini kian kritikal dan

menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes gejala sosial seperti kes

buang bayi, pergaulan seks bebas, mat rempit dan sebagainya terus

meningkat saban tahun tanpa titik noktahnya. / Masalah sosial seperti

gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat

diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius

dipaparkan dalam akhbar kebelakangan ini. Senario yang menggemparkan

ini tidak boleh dibiar berterusan. Masalah ini perlulah diatasi dengan

segera supaya tidak menular dengan lebih teruk. Lantas, sebelum nasi

sudah menjadi bubur, marilah kita mengkaji punca berlakunya gejala sosial

dalam kalangan remaja untuk menangani masalah ini dengan efisien.

KESIMPULAN

Kesimpulannya / Tuntasnya, remaja ibarat pahlawan kerdil tetapi

penuh keberanian. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada

jalan. Semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha

untuk menangani masalah gejala sosial yang mencengkam dan membelenggu

masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan

terbilang. Maka, negara kita akan mencapai aspirasi Wawasan 2020

sebagai negara yang disanjungi di persada antarabangsa.


KESIMPULAN SETIAP PERENGGAN

 Jelaslah bahawa gejala sosial turut berpunca daripada......

 Terbuktilah bahawa pengaruh media massa mampu mendatangkan

penularan budaya negatif dalam generasi muda kini.

 Sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan remaja yang terjebak dalam

gejala sosial datang daripada......

PUNCA REMAJA TERLIBAT DALAM GEJALA SOSIAL

1. Sendiri

a) Pengurusan Tekanan

 banyak kerja rumah atau tekanan untuk berjaya dalam

peperiksaan

 mencari kaedah untuk melepaskan kemarahan dan tekanan

b) Sikap ingin tahu dan dahagakan keseronokan

 membuatkan mereka terdorong untuk mencuba

 apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada

mereka akan dilakukan

c) Pegangan Agama

 Ketiadaan kefahaman agama yang kukuh

 terlalu bebas untuk melakukan pelbagai perkara

 kehilangan pegangan dalam kehidupan dan bertindak sesuka hati.


 meniru budaya kuning itu kerana menyedari itulah norma yang

harus dicontohi oleh mereka tanpa sebarang cubaan untuk

menilainya sebagai objektif

d) Persekitaran

 cenderung untuk bersikap individualistik

2. Keluarga / Ibu bapa

 Keluarga merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi

mental mahupun dari segi fizikal.

a) leka mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan dan

mengabaikan tanggungjawab

 tidak memberikan kasih sayang yang sepenuhnya

 menganggap remaja sudah dewasa dan boleh berdikari sendiri.

 mencari keseronokan di luar

 Api kemarahan dan keegoan yang menebal di dada anak-anak

pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang

minyak yang penuh.

b) krisis keluarga

 sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh dan

mendidik anak-anak mereka dengan baik dan sempurna.

3. Rakan Sebaya

 mengambil alih tanggungjawab ibu bapa

 rakan positif, rakan negatif

 mencabarkan remaja untuk melanggar peraturan sekolah

 terjerumus ke dalam lembah kemudaratan


 lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya

berbanding masa bersama%sama ibu bapa dan pihak sekolah

 mempercayai kata - kata dan penerangan rakan sebaya

4. Sekolah

 kemerosotan disiplin di sekolah

 tidak mengenakan hukuman yang tegas

 pengawasan guru

5. Media Massa

 era globalisasi yang sarat dengan alat teknologi yang semakin

berkembang dengan pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan

 kurang berfikiran matang menyalahgunakan internet dan

dipengaruhi oleh paparan laman web yang kurang sihat.

 sering ketinggalan dalam pelajaran

PERIBAHASA

 melentur buluh ,biarlah dari rebungnya

 sudah terang lagi bersuluh

 sibuk bekerja ibarat kera di hutan disususkan,anak di rumah mati

kelaparan.

 bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing masing

 bagai menatang minyak yang penuh.

 seperti api yang mampu membinasakan kehidupan.

 seperti cuka merosakkan madu


KATA HUBUNG / PENANDA WACANA

 Natijahnya

 Lantas

 Selain itu

 Di samping itu

 Seterusnya

 Malah 甚至

 Namun

 Hal ini adalah kerana

 Lantaran itu

 Tidak dapat dinafikan

BERITA / PERISTIWA BENAR


Punca dominan lain ialah tekanan di sekolah. Tatkala remaja

diberikan terlalu banyak kerja rumah atau tekanan untuk berjaya dalam

peperiksaan, mereka akan mencari kaedah untuk melepaskan kemarahan

dan tekanan mereka. Misalnya, menghisap dadah, ponteng sekolah,

melakukan vandalisme dan lain-lain. Mereka akan mengabaikan

tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan asyik menggunakan

jalan belakang untuk menyelesaikan masalah di sekolah. Jelaslah bahawa

gejala sosial turut berpunca daripada tekanan emosi dan minda dalam

institusi persekolahan.

Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada

peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka,

akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak

langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan

perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk

remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’

dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga,

jiran dan sebagainya. // Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi

apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka

akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan

atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok,

pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa

yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan

akibat perbuatan mereka itu kelak. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan

mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik

atau buruknya perkara perkara tersebut.


Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak

mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut

pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja

terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama

yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi

dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.Jika ibu bapa tidak

menerapkan ajaran agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak remaja

tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial yang serba

mencabar ini.

Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang

permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab. Masyarakat hari ini

cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu menjaga hal

orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah

berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak

dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak

berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak

ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi

gejala sosial di kalangan remaja.

Keluarga merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi

mental mahupun dari segi fizikal. Kita dilindungi daripada masalah dan

pancaroba di dunia luar. Terdapat ibubapa yang tidak begitu prihatin

tentang sifat dan kelakuan anak-anak mereka sendiri seperti membiarkan

anak-anak mereka hidup bebas tanpa teguran dan bimbingan yang perlu

diberikan kepada anak-anak mereka. Ada sesetengah ibubapa juga tidak

menetapkan peraturan-peraturan yang tertentu dalam hidup berkeluarga

yang boleh mengakibatkan anak-anak mereka bebas melakukan sesuatu

perkara dan seterusnya mempunyai risiko tinggi terlibat dalam gejala yang
tidak baik. // Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus

dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat

tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat

memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa

begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-

anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu

bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang

sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah

untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang

melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian

daripada ibu bapa mereka.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyumbang ke arah gejala

sosial. Rakan sebaya mengambil alih tanggungjawab ibu bapa kita semasa di

luar. Rakan yang berpengaruh positif mampu membentuk sahsiah yang baik

dalam diri remaja. Namun, rakan yang bersikap negatif akan mengundang

kemudaratan kepada kehidupan kita seperti api yang mampu membinasakan

kehidupan. Rakan sebegini mencabarkan remaja untuk melanggar peraturan

sekolah dan menyebabkan mereka terjerumus ke dalam lembah

kemudaratan. La Rouchefoucauld pernah mengungkapkan "Keinginan paling

besar kadang-kala mempunyai komanya, tetapi sifat bermegah mengganggu

kita tanpa titik noktahnya". Lantas, remaja itu akan mengalami keruntuhan

akhlak dan mempunyai masa hadapan yang gelap kerana telah dicemarkan

dengan niat yang salah.// Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan

mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan,

namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada

perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang

kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai


orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih

rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang

dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala

boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke

dalam gejala sosial.

Masalah sosial ini juga berkait rapat dengan kemerosotan disiplin di

sekolah. Disebabkan ada segelintir pihak sekolah yang tidak mengenakan

hukuman yang tegas terhadap pelajar-pelajar yang melanggar disiplin,

maka mereka ini akan berani untuk melakukan perbuatan yang sama. Tabiat

buruk ini akan dibawa oleh mereka apabila meninggalkan bangku

persekolahan kelak. Hal ini sudah tentu akan memberikan persepsi yang

negatif oleh masyarakat terhadap mereka dan juga menyukarkan proses

kemasukan ke pendidikan tinggi serta alam pekerjaan memandangkan

testimoni pelajar oleh pihak sekolah bersifat negatif.

Seterusnya, pengaruh media massa turut mengundang isu sosial

dalam kalangan remaja. Dalam menempuh era globalisasi yang sarat dengan

alat teknologi yang semakin berkembang dengan pesat bak cendawan

tumbuh selepas hujan, remaja telah dipengaruhi oleh media massa cetak

dan elektronik. Terdapat segelintir remaja yang kurang berfikiran matang

menyalahgunakan internet dan dipengaruhi oleh paparan laman web yang

kurang sihat. Misalnya, aksi-aksi keganasan, kelucahan dan sebagainya.

Remaja dipengaruhi oleh budaya hegemoni Barat yang mementingkan dunia

hedonistik semata-mata. Akhirnya, remaja akan melakukan gejala sosial

seperti pergaulan seks bebas, berlari dari rumah, menagih dadah dan lain-

lain. Bak kata pepatah, nila setitik rosak susu sebelanga. Natijahnya,

masyarakat kita turut dianggap berminda kelas ketiga dan tidak aman.

Terbuktilah bahawa pengaruh media massa mampu mendatangkan


penularan budaya negatif dalam generasi muda kini.// Media massa juga

menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para

remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media

massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-

program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan

remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang

bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara

yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-

nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang

mengikut cara barat.

Anda mungkin juga menyukai