Anda di halaman 1dari 2

Minggu Praktikum : 1

Tarikh : 1.7.2021

Tajuk Jurnal : Ramai Murid Tidak Menyertai Sesi Pengajaran dan Pembelajaran melalui
Google Meet.

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 6 Semarak


bagi matapelajaran Pendidikan Islam dan 2 Semarak bagi matapelajaran Bahasa Arab.
Hanya beberapa orang pelajar yang masuk Google Meet pada jam yang dijanjikan. Saya
menunggu masa 10 minit lagi untuk memberi peluang kepada pelajar. Akhirnya, sepanjang
kelas berlangsung, rata-rata separuh dari bilangan pelajar yang masuk kelas sama ada
ketika bersama kelas 6 Semarak mahupun 2 Semarak.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca hal ini berlaku kerana mereka menggunakan telefon pintar ibu bapa
sedangkan ibu bapa bekerja. Oleh itu, mereka tidak dapat sertai kelas pada waktunya. Saya
melihat hal ini suatu perkara yang biasa bagi pendidikan dari rumah (PdPr). Maka, saya
memberikan video pengajaran kepada pelajar-pelajar yang tidak dapat menghadiri kelas
menggunakan goggle meet. Tambahan lagi, saya juga memberi peluang masa yang lebih
untuk menerima hasil tugasan. Kesan terhadap isu yang berlaku ini ialah pelajar terlepas
peluang belajar bersama guru secara langsung dengan lebih terbuka dan hanya terhad
dengan mengakses bahan pembelajaran yang diberi oleh guru seperti video atau nota.

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :

1. Menggunakan pendekatan gaya dan aktiviti yang lebih menarik perhatian murid
ketika menggunakan google meetdan merakam sesi pengajaran dan pembelajaran
tersebut.
2. Mewujudkan aktiviti perbincangan atau soal jawab dalam telegram atau whatsapp.
3. Memberi latihan dalam bentuk yang lebih menarik menggunakan aplikasi atau
website permainan seperti quizizz dan wordwall.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu

6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu menggunakan pendekatan gaya dan
aktiviti yang lebih menarik perhatian murid ketika menggunakan google meet seperti
tayangan video dan sumbangsaran supaya murid-murid menjadi bersemangat dan tertarik
untuk sertai google meet setiap kali kelas. Tambahan lagi, sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam google meet akan dirakam dan dikongsi kepada para murid yang
mempunyai kekangan lain.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

8.7.2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang


telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan
bilangan murid yang memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
didapati seramai 90% murid dapat menjawab dengan betul semua latihan yang diberikan.

9. Kesimpulan / Refleksi :

Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang
telah saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya
hasilkan. Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap
pengajaran yang saya sampaikan.

Anda mungkin juga menyukai