Anda di halaman 1dari 2

RUJUKAN BIL L

BORANG LAPORAN / MINIT CURAI

NAMA PEGAWAI : KALAIVANI SHANMUGANATHAN JAWATAN: PPP DG412

PERKARA : KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN TEKNIKAL KOAKADEMIK STEM

PERTANDINGAN DIGITAL POSTER (SEKOLAH RENDAH)

TARIKH : 09 Jun 2021 (Rabu)

TEMPAT : KEDIAMAN SENDIRI ( FACEBOOK LIVE)

ANJURAN : UPBM JPN SELANGOR

PENGERUSI :

BAHAN EDARAN : Tiada

CATATAN MINIT :

KANDUNGAN KURSUS

Pertandingan Digital Poster

 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 hingga 6 sahaja.


 Fokus Pertandingan ialah mencungkil kreativiti murid-murid dalam menghasilkan poster yang
mampu menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
 Poster dibuat menggunakan perisian yang sesuai, bersaiz A4, berorientasi landscape atau potret
dan perlu disimpan dalam pilihan format JPEG / PNG / PDF.
 Poster mestilah hasil ciptaan peserta sendiri dan tidak diplagiat dari internet atau sumber-sumber
lain.
 Penghasilan poster berdasarkan tema;
 Stay Healthy Stay Happy / Kekal Sihat, Kekal Bahagia
 Caring fo the Environment / Sayangi Alam Sekitar
 Go Green Save the Planet / Amalan Hijau Selamatkan Bumi
 Say No to Plastics / Katakan Tidak Kepada Plastik
 Endangered Species: Don’t Let Them Disappear / Spesies Terancam: Jangan Biarkan Ianya Pupus
 Penilaian adalah berdasarkan :
 persembahan dan reka bentuk : 60 markah
 ketepatan tema : 40 markah
 Penyertaan sekolah mestilah melalui pautan dari PPD daerah sekolah masing-masing.
 Tidak dibenarkan menghantar terus ke peringkat negeri.
 Sebarang penyertaan terus ke peringkat negeri akan dianggap batal serta tidak akan dilayan.
Persembahan Dan Reka Bentuk

 Poster hendaklah menyampaikan makna dan maksud yang pelbagai dan berkesan serta secara
kreatif kepada umum.
 Poster yang baru serta unik dan tidak pernah dilihat oleh mana-mana pihak ATAU panel
menilaikannya sebagai asli dan baru.
 Poster juga hendak mampu menonjolkan mesej atau maksud dengan sangat berkesan
 Poster hendaklah mempunyai kualiti dari segi penyampaian maklumat serta aspek seni dan visual.
 Poster yang dihasilkan tersusun, sangat kemas dan bersih.

Ketepatan Tema

 Penerangan isi kandungan yang jelas dan tepat serta isi penyampaian (Fakta) bertepatan dengan
konsep sains yang dipilih. - tidak lari dan menyimpang jauh dari konsep dan fakta.
 Pemilihan ”tema,rekabentuk serta hasil poster” hendaklah berkait dengan Konsep Sains dipilih.
 Aplikasi Konsep Sains dipilih dalam kehidupan seharian seperti kitar semula untuk perlindungan
alam sekitar.
 Penggunaan Terma-terma Sains Dengan Tepat
 Poster diterangkan dengan maklumat yang jelas dan padat

Syarat-syarat Tambahan

 1. Setiap penyertaan hendaklah dihantar secara atas talian melalui pautan yang disediakan sahaja
beserta dengan maklumat lengkap peserta.
 2. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi
terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
 3. Hanya nama peserta dan tahun / tingkatan sahaja DIBENARKAN ditulis @ disebut dalam hasil
projek. Nama sekolah dan negeri TIDAK DIBENARKAN.
 4. Keputusan adalah muktamad. Markah peserta adalah sulit dan sebarang aduan tidak akan
dilayan.

TINDAKAN SUSULAN OLEH KETUA JABATAN:

TANDATANGAN PEGAWAI TANDATANGAN DAN CAP JABATAN

………………………………………. ……………………………………………
(KALAIVANI SHANMUGANATHAN) ( )

Anda mungkin juga menyukai