Anda di halaman 1dari 14

Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

UNIT 2.4 Fungsi Sistem Kardiorespiratori

A. Sistem kardiovaskular adalah proses peredaran darah dari jantung dihantar ke seluruh badan dan kembali
semula ke jantung.

B. Sistem respiratori adalah proses pertukaran gas yang berlaku dalam paru-paru yang dikenali sebagai
respirasi luaran manakala proses pertukaran gas yang berlaku di sel-sel tisu yang dikenali sebagai respirasi
dalaman.

C. Struktur jantung.

D. Peranan struktur jantung

Struktur Peranan

Atrium Kiri  menerima darah beroksigen dari paru-paru.


 menghantar darah beroksigen ke ventrikel kiri

Ventrikel kiri  menerima darah beroksigen dari atrium kiri


 mengepam darah beroksigen ke anggota badan.

Atrium kanan  menerima darah kurang oksigen dari anggota badan


 menghantar darah kurang oksigen ke ventrikel kanan

Ventrikel kanan  menerima darah kurang oksigen dari atrium kanan.


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

 mengepam darah kurang oksigen ke paru-paru

Injap bicuspid  Injap laluan darah dari atrium kiri ke ventrikel kiri.

Injap tricuspid  Injap laluan darah dari atrium kanan ke ventrikel kanan.

Aorta  Salur darah yang mengepam darah beroksigen dari ventrikel kiri ke anggota badan.

Arteri pulmonary  Salur darah yang mengepam darah kurang oksigen dari ventrikel kiri ke paru-paru.

Vena pulmonary  Salur darah yang mengangkut darah kaya oksigen dari paru-paru ke atrium kiri.

E. Faktor-faktor yang mempengaruhi keluaran jantung

1. Isipadu strok

 Jumlah darah yang dipam oleh ventrikel kiri dalam satu denyutan.

• Pertambahan isipadu strok adalah disebabkan oleh jumlah darah yang dipam oleh ventrikel kiri dalam
denyutan adalah banyak.
• Pertambahan saiz kaviti ruang ventrikel kiri akibat kesan hipertrofi jantung menyebabkan isipadu strok
dapat ditingkatkan.
• Hipertrofi jantung – seseorang atlet menjalani latihan kecergasan fizikal secara sistematik dan berterusan
dalam suatu tempoh yang lama.
• Lazimnya atlet yang menjalani program latihan aerobik akan mengalami hipertrofi jantung.
• Hipertrofi jantung adalah kesan daripada :

 Penambahan saiz kaviti ventrikel


 Bertambah ketebalan dinding ventrikel
 Atlit berdaya tahan tinggi (pelari jarak jauh ) mempunyai kaviti ventrikel yang besar .
 Oleh itu , isipadu darah dalam ventrikel adalah banyak semasa diastolik. IS atlit ini lebih tinggi berbanding
individu sedantari dan atlit acara eksplosif .
 Atlit terlibat dalam aktiviti rintangan tinggi seperti gusti / melontar peluru memiliki dinding ventrikel yang
tebal

• Isipadu strok ini disukat dalam unit liter/denyutan

Hipertrofi jantung
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

2. Kadar denyutan jantung

 Kadar denyutan jantung meningkat, maka secara tidak langsung akan meningkatkan kadar keluaran
jantung.
 Apabila atlet melakukan aktiviti kecergasan fizikal secara aerobik, maka kadar keperluan oksigen akan
meningkat bagi proses penghasilan tenaga.
 Maka jantung terpaksa meningkatkan kadar kelajuan denyutan jantung (denyutan/minit) bagi
mengepam darah ke seluruh sel-sel tisu di seluruh badan.
 Apabila kadar kelajuan denyutan jantung meningkat, maka secara tidak langsung akan meningkatkan
kadar keluaran jantung.

F. Pengiraan keluaran jantung


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

 Kadar nadi maksimum ( KNM ) :

220 –umur = …………………….

G. Sistem peredaran darah


1. Kitaran sistemik - proses membawa darah kaya oksigen ke seluruh tisu badan dam darah kurang
oksigen kembali semula ke jantung.

 Perjalanan darah melalui:

2. Kitaran pulmonari – proses membawa darah kurang oksigen ke paru-paru untuk pertukaran
gas sebelum darah kaya oksigen dikembalikan semula ke jantung.
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

 Perjalanan darah melalui:

H. Kaedah pengangkutan gas respiratori oleh darah:


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

1. Pengangkutan oksigen

• Oksigen diangkut melalui dua mekanisme:


i. Oksigen larut dalam plasma.
ii. Oksigen bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk oksihemoglobin.

2. Pengangkutan karbon dioksida

• Karbon dioksida diangkut melalui tiga mekanisme:


i. Karbon dioksida larut dalam plasma
ii. Karbon dioksida bergabung dengan oksigen untuk diangkut dalam bentuk bikarbonat
iii. Karbon dioksida bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membentuk
karbaminohemoglobin

I. Proses pertukaran gas respiratori


1. Respirasi luar

• Berlaku di alveolus dalam paru-paru.


• Oksigen meresap masuk ke dalam kapilari darah.
• Karbon dioksida akan meresap masuk ke dalam alveolus untuk dihembus keluar melalui paru-paru.

2. Respirasi dalaman

• Berlaku di tisu badan.


• Melibatkan pertukaran gas di peringkat sel di dalam badan.

J. Alat untuk mengukur tekanan darah adalah sfigmomanometer.


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

K. Konsep pengukuran tekanan darah


1. Fasa sistolik - tekanan darah yang dialirkan ke dalam arteri semasa ventrikel kiri mengecut untuk mengepam
darah keluar dari jantung.
2. Fasa diastolik – tekanan darah pada arteri semasa ventrikel mengendur.

L. Tekanan darah normal =


120 ( sistolik ) / 80 ( diastolik )

Langkah-langkah mengambil bacaan:


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Bahagian A
Jawab soalan objektif di bawah ini.
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

1. Tekanan darah normal  ialah 


A 120/60 mmHg
B 110/70 mmHg
C 120/80mmHg
D 110/90mmHg

2. Apakah proses yang berlaku apabila oksigen dan karbon dioksida meresap masuk antara alveolus dengan
salur darah?
A respirasi luaran
B respirasi atas
C respirasi dalaman
D respirasi bawah

3. Bahagian jantung yang mengepam darah ke paru-paru ialah …


A Ventrikel kiri
B Ventrikel kanan
C Atrium kanan
D Atrium Kiri

 Kadar denyutan rehat sebanyak 72 denyutan seminit


 Isipadu strok sebanyak 70ml

4. Berdasarkan maklumat di atas, kirakan keluaran jantung individu tersebut


A 5L/min
B 5.5L/min
C 6L/min
D 6.6L/min

 Terdapat darah kaya dengan oksigen


 Dindingnya nipis, lumen besar
 Tekanan darah rendah
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

5. Salur darah yang manakah mempunyai ciri-ciri di atas?


A Aorta
B Kapilari
C Arteri pulmonari
D Vena pulmonari

6. Situasi manakah yang menyebabkan berlakunya peresapan oksigen dari darah ke dalam sel?
A Tekanan gas adalah tinggi
B Tekanan karbon dioksida yang tinggi dalam sel
C Tekanan dan kepekatan oksigen adalah tinggi dalam darah
D Tekanan dan kepekatan oksigen adalah rendah dalam darah

Bahagian B

Jawab soalan Struktur di bawah ini.


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

1. Rajah 1 menunjukkan Sistem Peredaran Darah Manusia

R
Kitaran P

Kitaran Q

Rajah 1

a) Namakan R

.......................................................................................................................................
( 1 markah )

b) Terangkan kitaran Q

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................
( 2 markah )

c) Berikan SATU perbezaan antara hipertropi jantung dan atropi jantung.

Hipertrofi Jantung Atrofi Jantung

(1 markah )

2. Rajah 2 menunjukkan struktur jantung manusia


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Rajah 2

(a) Namakan bahagian G.

....................................................................................................................................

(1 markah)

(b) Jelaskan dua fungsi bahagian F

....................................................................................................................................

....................................................................................................................................

(2 markah)

(c) Apakah peranan injap trikuspid di dalam jantung.

...................................................................................................................................

(1 markah)

3. Rajah 3 menunjukkan sistem peredaran darah.


Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Rajah 3

(a) Jelaskan bagaimana respirasi berlaku pada bulatan X ini?

………..………………………………………………………………………………

………………………..………………………………………………………………
[2 markah]

(b) Jelaskan kenapa atlet memerlukan P yang besar?

………..………………………………………………………………………………

………………………..………………………………………………………………
[2 markah]
(c) Nyatakan perbezaan antara 2 kitaran di atas

Kitaran palmonari Kitaran sistemik

[2 markah]

Bahagian C
Modul Trend Sains Sukan Tingkatan 4 (KSSM) 2020

Jawab soalan Esei di bawah ini.

1. Sistem peredaran darah terbahagi kepada kitaran pulmonari dan kitaran sistemik. Terangkan setiap
peredaran darah tersebut.

a.) Kitaran pulmonari (5 markah)


b.) Kitaran sistemik (5 markah)

2. Penggunaan alatan sfigmomanometer membantu kita mengukur tekanan darah.

a.) terangkan bagaimana sistolik dan diastolik berlaku. (4markah)

b.) Jelaskan kaedah mengukur tekanan darah dengan menggunakan alat sfinomanometer

(6 markah)

3. Sistem respiratori

a.) Huraikan perbezaan antara respirasi dalaman dengan respirasi luaran dalam sistem respiratori.
(4 markah)

b.) Apakah yang dimaksudkan dengan respirasi dalaman dan respirasi luaran

(2 markah)

c.) Jelaskan proses pengangkutan oksigen dan karbon dioksida dalam sistem respirasi.
(4 markah)

Anda mungkin juga menyukai