Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS, TERENGGANU.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(PPISMP)
AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 1 TAHUN 1

TUGASAN 2 : PENULISAN ESEI


NAMA : ANIQ HAIKAL BIN KHALID
ANGKA GILIRAN : 2020092310141
NO. KAD PENGENALAN : 020304-03-0363
KUMPULAN / UNIT : SEJARAH (SK)
KOD DAN NAMA KURSUS : SJH 1014 – PENGANTAR SEJARAH
NAMA PENSYARAH : ENCIK SHEFFUDIN BIN MUHAMMAD
TARIKH MULA : 1 NOVEMBER 2020
TARIKH HANTAR : 29 NOVEMBER 2020

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk
dan fahami.

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

1.0 PENGENALAN
Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan
dan penemuan daripada maklumat terhadap peristiwa silam dan lampau. Setiap bidang ilmu
mempunyai objektif dan target yang tersendiri tentang penyelidikan terhadap ilmu untuk
menjadikan pengkajian terhadap ilmu itu bermakna. Sama juga seperti bidang ilmu sejarah
yang mana para ahli sejarah perlu menghasilkan penulisan yang bersifat objektif. Objektiviti
sejarah secara umumnya bermaksud suatu kenyataan atau fakta sebenar yang tidak
dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri. Bagi mencerminkan sifat objektif dalam
penulisan sejarah, seseorang sejarawan perlulah menyingkirkan sifat subjektif di dalam hasil
penulisannya demi menjaga kebenaran terhadap maklumat yang akan dikarang dalam
penulisan sejarah. Secara umumnya, penulisan sejarah mempunyai dua aliran iaitu objektif
dan relatif. Penulisan sejarah secara objektif adalah penulisan yang memaparkan peristiwa
yang lalu dan peristiwa tersebut telah benar-benar berlaku yang mementingkan paparan
fakta-fakta yang tulen dan sahih yang mana fakta-fakta yang dipamerkan adalah
berdasarkan kajian ataupun penyelidikan yang mendalam terhadap peristiwa-peristiwa yang
telah berlaku. Menurut Yusof Ibrahim, konsep objektif sebagai salah satu daripada beberapa
sifat atau hakikat sejarah itu sendiri dan ia merupakan persoalan yang hakiki bagi sejarah
dan pensejarahan. Manakala penulisan sejarah secara relatif atau subjektif adalah penulisan
yang didasari oleh tafsiran dan interpretasi sendiri. Dengan kata lainnya, konsep sejarah
subjektif ialah sejarah yang ditulis dan telah diolah oleh pengarang dengan memasukkan
unsur mitos, lagenda dan lain-lain unsur kesusasteraan untuk mengindahkan lagi hasil
penulisan. Sejarah dikatakan subjektif kerana ia ditulis oleh seorang penulis atau sejarawan
dengan rekaan atau diciptakan sendiri.

2.0 JENIS ALIRAN PENULISAN SEJARAH

2.1 ALIRAN OBJEKTIF

Pertama-tama sekali, aliran objektif atau ini telah muncul berdasarkan tradisi
Empirisme oleh seorang ahli falsafah iaitu John Locke (1632-1704) dan Positivisme oleh
seorang ahli sosiologi iaitu Auguste Comte (1798-1857) yang melihat adanya pemisahan
mutlak antara subjek dan objek. Daripada tradisi ini, ia telah menjadi asas kepada seorang
ahli sejarah sejarah iaitu Leopold Von Ranke (1795-1886) untuk memperjuangkan aliran
objektif dalam penulisan sejarah. Bagi Ranke, matlamat pengajian sejarah adalah untuk
menggambarkan kejadian-kejadian “sebagaimana sebenarnya berlaku” yang membiarkan
fakta-fakta sejarah bercakap dengan sendirinya tanpa penglibatan para sejarawan.  Inilah
juga yang dimaksudkan dengan historisisme, yang menurut Peter Geyl (1887-1966), ia
bermakna menjauhkan diri dari pengadilan, penerimaan atau pengakuan yang tidak ada
darjah-darjah kecuali dari apa yang dibekalkan oleh proses sejarah sendiri.
2.2 ALIRAN SUBJEKTIF

Berkenaan dengan aliran subjektif ataupun aliran rasionalisme, aliran ini disebabkan
oleh faktor naluri atau kecenderungan manusia itu sendiri yang suka memilih sesuatu yang
dianggap penting dan berguna serta mengetepikan sesuatu yang dianggap tidak penting
dan tidak berguna.  Di samping itu terdapat pula faktor agama dan ideologi yang membentuk
pegangan dan tindakan seseorang. Semakin kuat komitmen manusia kepadanya, maka
semakin besarlah kemungkinannya bersikap subjektif. Hasilnya, jadilah tindakan atau
penulisannya itu sebagai bersifat memihak, komited dan terlibat. Arnold J. Toynbee (1889-
1975) misalnya, walaupun merupakan seorang tokoh sejarawan moden yang terkemuka,
namun tetap berpegang kuat kepada ajaran-ajaran moral Kristian. Sebab itulah dia
menganggap yang penyingkiran orang-orang Arab Palestin oleh Israel itu sama ganasnya
dengan pembunuhan enam juta Yahudi oleh golongan Nazi. Antara tokoh-tokoh utama
dalam aliran ini ialah Carl L. Becker (1873 - 1945) dan Charles A. Beard (1874 - 1948). Bagi
Carl Becker misalnya, beliau menganggap bahawa penulisan sejarah ditentukan oleh ahli
sejarah sendiri, yang mempunyai akal fikiran, tujuan, pemilihan dan kecenderungan yang
berasaskan pengalamannya pada zaman tertentu. Oleh kerana keadaan sosial sentiasa
mengalami perubahan, maka kebenaran sejarah pun tidaklah mutlak tetapi relatif atau
berubah-ubah. Demikian juga bagi Charles Beard, beliau turut menegaskan bahawa
"sejarah ialah pemikiran sezaman mengenai masa lampau". Ia merupakan hasil penulisan
ahli sejarah yang mempunyai kepercayaan, nilai-nilai atau prasangka yang dipengaruhi oleh
pengalaman zaman tertentu.

3.0 PENDAPAT SEJARAWAN ALIRAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

Pada pendapat aliran objektif seperti Ranke, pengajian sejarah adalah untuk
memaparkan peristiwa yang lalu dan peristiwa tersebut telah benar-benar berlaku. Dengan
adanya fakta-fakta yang tulen dan sahih. Ranke menyatakan penulisan sejarah yang
berbentuk tafsiran yang memaparkan bukti-bukti kukuh merupakan penulisan sejarah yang
tidak menyeleweng dan bebas daripada sebarang kemasukan unsur-unsur pengadilan
moral. Bagi Ranke, penggunaan unsur-unsur moral akan menyebabkan penulisan sejarah
menjadi berat sebelah dan juga mewujudkan prasangka dalam kalangan ahli-ahli sejarah.
Dari sinilah pula lahirnya masalah penilaian etik atau pengadilan moral iaitu apabila
sejarawan didapati dengan sengaja atau tidak sengaja menilai atau menghukum sesuatu,
baik dengan memuji atau mengejinya, dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti
baik, mulia, kejam, ganas, atau label-label yang menyifatkan sesuatu objek tersebut.
Dengan itu, kesahihan dalam penulisan sejarah akan dipersoalkan dan akan mewujudkan
keraguan terhadap penulisan sejarah. Selain itu, Ranke mempertikaikan pendekatan ahli
falsafah yang menggunakan kaedah falsafah dan spekulasi dalam menjelaskan peristiwa-
peristiwa sejarah. Misalnya, Johann Gottlieb Ficthe (1762-1814) menggunakan ukuran
kemajuan dalam membuat kajian atau penyelidikan tentang sejarah dunia. Ranke
menyatakan akibat penggunaan kaedah Ficthe, kajian tersebut hanya bersandarkan kepada
beberapa buah negara sahaja. Hal ini demikian kerana menurut Ranke, penulisan sejarah
harus merangkumi peranan individu, institusi pentadbiran dan pemerintahan dan soal
negara bangsa yang berkait antara satu sama lain dalam mencetuskan peristiwa yang
melibatkan seluruh dunia.

Pada pendapat aliran relatif dan subjektif pula, Carl Becker tidak menyetujui
pandangan yang dikemukakan oleh golongan aliran objektif yang mementingkan kesahihan
kebenaran dalam kajian. Bagi Carl Becker, penulisan sejarah ialah tugas ahli-ahli sejarah
yang berperanan untuk mentafsir fakta-fakta sejarah dari sudut kepentingan diri mereka atau
kepentingan zaman hidup mereka. Menurut Becker, fakta-fakta perlu dipilih sendiri daripada
sumber-sumber sejarah yang sedia ada oleh ahli-ahli sejarah berasaskan pengalaman
mereka sendiri. Oleh itu Becker menyatakan akal fikiran ahli-ahli sejarah memainkan
peranan penting sewaktu memilih fakta-fakta sejarah mengikut kesesuaian persoalan yang
dibina oleh ahli-ahli sejarah. Dengan penggunaan akal fikiran, unsur praktikal dan intelek
mempengaruhi akal fikiran ahli-ahli sejarah. Akibatnya unsur-unsur ini berubah mengikut
zaman-zaman tertentu. Pada masa yang sama, hal-hal yang dititikberatkan oleh ahli-ahli
sejarah turut berubah mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, Tun Seri Lanang telah
memperbaiki semula ‘Hikayat Melayu’ yang dibawa dari Goa dan seterusnya
menamakannya Sulalatus Salatin dengan tujuan memenuhi perintah Sultan Abdullah
Ma'ayah Syah serta menyukakan hati baginda untuk teladan serta iktibar bagi keturunan
akan datang. Pemilihan fakta dan pentafsiran fakta melibatkan keadaan sosial masyarakat.
Oleh itu, kerana sosial berubah dari masa ke semasa maka kebenaran sejarah bukanlah
sesuatu yang mutlak. Menurut Charles A. Beard, beliau menyatakan sejarah merupakan
satu pemikiran yang dihasilkan oleh ahli-ahli sejarah mengenai kejadian ataupun peristiwa
lampau. Berbanding dengan sains tulen yang berfokuskan ke arah rumusan yang tepat dan
benar. Charles Beard menegaskan terdapat halangan tertentu ke atas ahli-ahli sejarah untuk
memaparkan penulisan sejarah secara objektif. Contohnya, sumber-sumber sejarah tidak
lengkap. Hal ini terjadi kerana terdapat banyak peristiwa yang tidak dirakam oleh saksi-
saksi. Oleh itu, ahli-ahli sejarah hanya bergantung kepada sumber-sumber yang sedia ada
sahaja. Di samping itu, ahli-ahli sejarah yang menggunakan sumber-sumber tersebut hanya
memilih fakta-fakta tertentu sahaja menyebabkan kejadian atau peristiwa sejarah adalah
tidak lengkap.
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, matlamat setiap sejarawan adalah untuk menghasilkan penulisan


yang objektif.Demi mewujudkan hasil karya sejarah yang bersiat objektif, sejarawan
haruslah melengkapi diri dengan sifat jujur, adil dan tidak pilih kasih dalam penulisan dan
perlu mempunyai pengetahuan luas dalam kaedah penyelidikan sejarah dan
mengamalkannya dalam penulisan sejarah. Selain itu, pemisahan di antara objektif dan
subjektif tidak sepatutnya wujud seperti yang dinyatakan oleh E.H Carr dalam bukunya iaitu
“What is History”. E.H Carr turut mengakui bahawa penafsiran sejarah adalah satu hakikat
yang tidak boleh disangkal lagi. Dalam pada itu,beliau menyatakan bahawa penafsiran
sejarah adalah menuju kearah ke satu tahap yang lebih tinggi atau maju yang mana ahli
sejarah mempamerkan kebolehan untuk membuat interprestasi yang semakin bernas dan
halus.

5.0 RUJUKAN

References
rupanx.tripod.com. (n.d.). Retrieved from persoalan_pentafsiran_sejarah:
http://rupanx.tripod.com/aj1113/persoalan_pentafsiran_sejarah.htm
rupanx.tripod.com. (n.d.). Retrieved from
pengertian_objektiviti_dan_subjektiviti_dalam_sejarah:
http://rupanx.tripod.com/aj1113/pengertian_objektiviti_dan_subjektiviti_dalam_sejara
h.htm
S.Malar, P. &. (2012). Pengantar Sejarah. Pusat Bandar Puchong: Penerbitan Multimedia .
Yap, Y. (2018). academia.edu. Retrieved from
SUMBER_TENTUKAN_PENTAFSIRAN_DALAM_SEJARAH:
https://www.academia.edu/38094834/SUMBER_TENTUKAN_PENTAFSIRAN_DALA
M_SEJARAH
Zicchua. (2013, March 3). slideshare.net. Retrieved from objektiviti-sejarah:
https://www.slideshare.net/ZICCHUA/objektiviti-sejarah

Anda mungkin juga menyukai