Anda di halaman 1dari 2

TEKS BACAAN EMCEE (25 April 2021)

SIDANG 1 2021

PERMULAAN (HOUSEKEEPING) 5 - 10 minit sebelum majlis


bermula
Para hadirin, mohon perhatian,

Sila pastikan anda telah mengimbas QR kod MySejahtera sebelum memasuki dewan
kuliah..

Bagi memastikan sesi ini berjalan dengan lancar, anda diingatkan supaya sentiasa memberi
sepenuh tumpuan kepada sesi pembelajaran yang akan berlangsung dan elakkan
penggunaan telefon bimbit.

Pergerakan keluar masuk sepanjang sesi pembelajaran perlu dikurangkan. Sekiranya


terdapat sebarang persoalan, para peserta diminta untuk mengangkat tangan dan
memperkenalkan diri terlebih dahulu.

Para peserta diminta bersedia kerana majlis akan dimulakan pada bila-bila masa.

NYANYIAN LAGU & BACAAN DOA


Majlis bermula apabila
tenaga pengajar tiba
Para peserta diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, Perkhidmatan Awam dan
DPA. Dan

(Nyanyian Lagu) 3-minit sebelum sesi


bermula mengikut jadual
Para kadet dipersilakan duduk. (Tidak relevan sekiranya
tenaga pengajar masih
Bagi memberkati sesi pembelajaran pada harini ini, majlis mempersilakan (Nama Pembaca belum muncul).
Doa) bagi memimpin bacaan doa.

Terima kasih kepada (Nama Pembaca Doa) atas bacaan doa sebentar tadi.

Para peserta diminta bersedia kerana majlis akan dimulakan pada bila-bila masa.

SAFETY MOMENT / PERKONGSIAN

Seterusnya, majlis mempersilakan _________ bagi menyampaikan sesi perkongsian


kepada kadet pada harini.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

MEMAKLUMKAN KEHADIRAN TENAGA PENGAJAR (Sekiranya Ada)

Mengumumkan kehadiran (Nama Tenaga Pengajar)

Yang Berusaha (Nama Tenaga Pengajar), (Pangkat), (Unit), seterusnya para kadet sidang
Mahameru yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya, kita masih dapat bersama-sama meneruskan Modul Akademik bagi program DPA
INTAN 2021 pada hari ini.
PERMULAAN SESI KULIAH/CERAMAH

Hadirin sekalian,

Sesi pembelajaran kita pada harini akan diteruskan dengan modul (Nama Modul).

Izinkan saya untuk memperkenalkan biodata penceramah kita pada hari ini. __________

Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan (Nama pengajar).bagi menyampaikan


sesi kuliah pada harini.

SETELAH TAMAT SESI PEMBELAJARAN (PETANG)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada (Nama Pengajar),
atas perkongsian ilmu yang bermanfaat dan bimbingan sepanjang sesi tutorial pada hari ini.
Apabila pertukaran tenaga
pengajar / sesi petang
Semoga dengan input yang kita perolehi hari ini akan menjadikan kita bakal PTD yang
unggul dan sentiasa cemerlang sepanjang perkhidmatan.

Saya Ahmad Adib bin Abdullah, kadet DPA sesi 2021, memohon maaf sekiranya terdapat
kelemahan dan kesilapan sepanjang mengacarakan majlis pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN SESI REHAT

Sekarang masa telah menunjukkan jam (masa)


Waktu Rehat
Semua ahli Sidang dibenarkan untuk berhenti rehat seketika bagi minum pagi/makan
tengahari. Minum Pagi /

Mohon semua ahli sidang untuk hadir semula 10 minit lebih awal sebelum bermula sesi Makan Tengahari
yang seterusnya pada jam (refer to timetable) seperti yang telah ditetapkan dalam jadual /
dimaklumkan

Sekian, anda semua boleh bersurai.

*Sepanjang program berlangsung, pastikan sentiasa berkomunikasi dengan tenaga


pengajar / penyelaras program bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar mengikut
masa yang ditetapkan.

** 10-minit sebelum sesi berakhir, boleh maklumkan kepada tenaga pengajar.

*** 5-minit sebelum sesi berakhir, mohon mencelah kepada tenaga pengajar untuk
memberitahu bahawa sesi akan berakhir dalam tempoh 5 minit mengikut jadual yang
ditetapkan, seterusnya memberitahu bilakah waktu bermula sesi seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai