Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan Hari Orientasi Tahun 1

Yang berusaha Gpk1, Gpk ko, guru2 dan ibubapa sekalian

Anak helang mencari makan,


Anak merbah menyanyi menari;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga hadirin selesa di sini.

Terlebih dahulu – terima kasih –jawatankuasa pelakasana yang diketuai


oleh En Norhazlan dan barisan guru yang berdedikasi menyiapkan segala
persiapan pada pagi ini.

Tenang-tenang air di laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung

1) Bersyukur kita kerana pada hari ini kita semua diberikan kesihatan
dan kelapangan waktu bagi sama-sama menjayakan Program Orientasi
Tahun 1 dan Prasekolah

2) Hadirin yang dihormati, Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga
saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas
kepada murid-murid baru tahun 1 seramai 15 orang dan prasekolah
seramai 25 orang yang telah diterima masuk ke SK Simpang Pelangai

3) Selamat datang ke SKSP dan sekali gus menjadi warga sekolah ini
untuk tempoh 6 tahun yang akan datang. Diharapkan anak-anak pelajar
yang belajar sini akan menjadi pelajar terbaik di sini. Anak-anak bukan
sahaja saham dunia malah saham akhirat

4) Terima kasih juga kepada ibu bapa yang dapat hadir sama pada hari
ini. Hari orientasi begini amat penting untuk anak-anak kita agar dapat
menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sekolah. Oleh itu pihak
sekolah sentiasa mengharapkan sokongan dan bantuan daripada ibu
bapa supaya terus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan
pelbagai program yang telah dirancang untuk anak-anak tuan-tuan.
5) Hari ini anak-anak kita dapat duduk di dalam kelas mereka buat
pertama kalinya, sebuah pengalaman yang tentunya berbeza dari kelas-
kelas di tadika. Pada peringkat ini kami akan latih mereka mengamalkan
nilai-nilai terpuji dan berakhlak mulia dengan mengikuti dan
menghormati peraturan sekolah. Tuan-tuan sekolah ialah ibarat sebuah
negara yang kecil. Disinilah kita mula membentuk dan membina
masyarakat yang harmoni dan berdaulat.

6) Pada 2 hb Januari pula anak-anak kita akan memulakan hari


persekolahan rasmi untuk tahun 2020 ini. Para ibu bapa janganlah
bimbang, kerana, para guru dan pelajar di kelas yang lebih tinggi akan
membantu anak-anak kita supaya dapat membiasakan diri dengan
perjalanan sekolah.

7) Tuan Puan ibu bapa yang dihormati, untuk berjaya dan untuk
cemerlang, kita tidak boleh hanya berangan-angan,bercakap dan
bermimpi. Untuk memastikan anak-anak kita berjaya, tanggungjawab
tersebut bukan semata di atas bahu anak-anak kita dan guru sahaja, kita
sebagai ibu bapa juga perlu sentiasa melibatkan diri dan memantau
pelajaran anak-anak kita. Ibu bapa perlu tahu road map untuk anak-anak
mereka. Ibu bapa perlu ada hala tuju yang jelas ke mana anak-anak ini
hendak dibawa.

8) Anak-anak perlu menyiapkan diri untuk belajar, guru sentiasa


bersedia memberikan pendidikan yang terbaik dan kita, ibu bapa, perlu
sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak kita. Kita
juga sebolehnya perlu melibatkan diri dalam aktiviti sekolah sama ada
melalui penyertaan PIBG atau KSIB(kumpulan sokongan ibu bapa).
Pastikan anak-anak hadir ke sekolah. Pantaulah kemajuan anak-anak dari
semasa ke semasa. Lihat kemajuan mereka setiap 3 bulan. Jangan tunggu
sehingga ke akhir tahun. Sentiasa memberi maklumbalas kepada pihak
sekolah.

9) Saya mengalu-alukan komitmen ibu bapa untuk bersama membantu


sekolah demi mencapai tahap optimum melalui peranan yang kita boleh
mainkan. Sebarang sumbangan sama ada melalui buah fikiran, material
juga penyertaan dalam aktiviti amat lah dihargai.
10) Akhir kata, tuan puan sekalian, saya mengharapkan kita sama-sama
dapat memastikan kecemerlangan sekolah ini, demi kecemerlangan
anak-anak kita.

11) Sekian terima wabillah kasih

Anda mungkin juga menyukai