Anda di halaman 1dari 3

1.

Senaraikan teknik-teknik kemahiran menghantar dan menerima yang


terdapat dalam bola jaring. Perincikan dengan butiran mengajar yang
lengkap salah satu teknik kemahiran menghantar dan menerima yang
dipilih.

Teknik-teknik kemahiran menghantar termasuklah hantaran sisi, hantaran


dada, hantaran lantun dan hantaran bahu. Semasa melakukan hantaran dada,
kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. Pegang bola
pada aras bahu dengan sebelah tangan. Badan mengiring ke sisi, bawa bola
ke belakang. Angkat tumit kaki ke belakang. Tolak bola ke hadapan dengan
bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari. Ikut lajak.

Untuk menerima bola, mata sentiasa memandnag ke arah bola dating. Berdiri
dengan sebelah kaki di hadapan. Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan
kedua-dua tapak tangan menghadap satu sama lain. Terima bola dengan ibu
jari sentiasa di belakang bola. Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku,
bawa bola ke badan. Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki
belakang.

2. Jelaskan singkatan-singkatan yang digunakan untuk setiap posisi pemain


bola jaring dan nyatakan lokasi dan peranan setiap pemain tersebut.

Singkatan-singkatan yang menunjukkan posisi permainan adalah berikut:

GK – Penjaga Gol (Goal Keeper)


GD – Pertahanan Gol/ Pertahanan Dalam (Goal Defence)
WD – Peneyerang Sayap (Wing Defence)
C – Centre
WA – Penyerang Sayap (Wing Attack)
GA – Penyerang Gol (Goal Attack)
GS – Penjaring Gol (Goal Shooter)
Lokasi setiap posisi dalam gelenggang adalah seperti gambar tersebut:
Penjaga gol (GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan alawan baik di dalam
kawasan dan di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan
gol. Tugas- tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang
penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan
penahan gol (GD).

Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang
gol  (GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol
atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal
mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas
utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga
boleh menerima bola dari hantaran tengah.

Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya


ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang
sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan.

WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaku semasa bola dihantar
ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat
jaringan, WD akan mengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai
penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh
pemain lawan.

Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia


ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran
tengah di awal permainan. Kawasaan C hampir meliputi keseluruhan padang
bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.

Penyerang sayap (wing attack = WA)  juga penyerang, dan tugas utamanya
menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan
menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain
tengah.

Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan


bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA
juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah
mahir membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan
masing-masing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan
mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.

3. Nyatakan kesilapan-kesilapan yang boleh berlaku dalam gerak kaki.

Terdapat beberapa peraturan berkaitan gerakan kaki iaitu :

1. Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan mendarat di mana-mana satu


kaki atau kedua-dua kaki dan kemudian melakukan pelbagai pergerakan.

2. Kaki yang pertama mendarat selepas pemain mendapat bola dipanggil kaki
mendarat.

3. Jika pemain mendarat diatas kedua-dua kaki serentak, ia akan dipanggil kaki
mendarat.

4. Jika pergerakan kaki melanggar peraturan-peraturan gerak kaki, kesalahan ini


dipanggil melangkah-langkah atau stepping.

Anda mungkin juga menyukai