Anda di halaman 1dari 2

Tugasan Minggu 4

1. Buat rumusan tentang peraturan/undang-undang asas permainan bola


jaring secara ringkas.

Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. kepada salah seorang rakan
pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD danGD juga boleh
menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklah berada di
dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. Pemain tengah pasukan lawan mesti
berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan sementara pemain-pemain yang
lain berada di tempat masing-masing. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang
membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan
bermulanya permainan.

Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan penukaran


kawasan hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilah
juga memaklumkannya kepada pengadil. Pemain boleh menangkap bola dengan
satu ataupun kedua belah tangan. Dia juga boleh menepis atau menampar bola ke
arah pemain lain dalam pasukannya ketika bola sedang dilambung. Setelah bola
ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau melantunkannya kepada pemain
pasukannya dalam masa tiga saat. Pemain tidak dibenarkan menggulingkan bola
atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udara dan menangkapnya semula,
atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula (dropball). Pemain juga tidak boleh
dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain lawan, menumbuk atau
memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang. Selain daripada itu,
pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan sokongan tiang gol
apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang gol supaya
jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau gelanggang.

Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan.


Ofsaid dikira jika pemain bergerak mengangkap bola melebihi atau keluar dari
kawasan gelanggang yang dibenarkan. Penalti dikenakan bagi kesalahan di dalam
gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan. Hantaran
percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku didalam
gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan
yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila kedua-dua pemain
berlaian pasukan melakukan kesalahan.
2. Terangkan secara ringkas dan mudah tentang permainan bola keranjang
kepada seseorang yang tidak mengenali permainan tersebut.

Permainan ini mula dimainkan pada 1891 di Springfield, Massachusetts, Amerika


Syarikat. James Naismith telah memperkenalkan permainan iniberdasarkan
permainan kuno Kaum Indian Mexico. Pada tahun 1932, Persatuan Bola
Keranjang Amatur Antarabangsa ditubuhkan diikuti dengan penerimaan
permainan ini di Sukan Olimpik 1936. Permainan bola keranjang mula
diperkenalkan dan dimainkan sekitar tahun1920 oleh murid-murid sekolah Cina.
MABA atau Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia ditubuhkan pada tahun
1958. Sejak itu, bola keranjang telah dimainkandi peringkat kebangsaan dan juga
di peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, MSSM.

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya
mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain
melalui sebuah keranjang berdasarkan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas.
Pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira
pemenang. Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata,
di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata.
Bola bola digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya
(menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. Gangguan
sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola
bola dikawal.

Anda mungkin juga menyukai