Anda di halaman 1dari 1

Chong Yi Cheng 2P SN2

Tugasan Minggu 9

1. Terangkan kesalahan-kesalahan dalam permainan bola tampar.

Pukulan Empat – sesuatu pasukan didapati melakukan kesalahan jika memukul


bola sebanyak empat kali (tidak termasuk bola yang dihadang) sebelum
menghantarkannya semula ke pihak lawan.

Bola dipegang – kesalahan berlaku jika seseorang didapati tidak memukul bola
dengan jelas atau memegang dan melambung bola.

Sentuhan 2 kali – kesalahan berlaku apabila seseorang pemain memukul bola


dua kali berturut-turut atau bola itu menyentuh beberapa bahagian badan secara
berturut-turut (kecuali pukulan penerimaan bola pertama).

2. Bagaimanakah kiraan mata ditentukan dalam permainan bola tampar?

Pengiraan mata setiap pasukan mendapat mata setiap kali ia Berjaya menatikan
bola atau pihak lawan melakukan kesilapan. Jika pasukan yang menerima servis
memenangi satu rali, pasukan mendapat servis dan juga satu mata. Setiap
perlawanan dimainkan berdasarkan 3 set terbaik daripada 5 set dengan kiraan
mata rali 25 mata bagi pertama hingga set keempat (perlu memperoleh kelebihan
2 mata jika seri pada mata 24-24) manakala bagi set penentuan, iaitu set kelima,
ia dimainkan dengan kiraan mata rali 15 mata (perlu memperoleh kelebihan 2
mata jika seri pada mata 14-14). Untuk set penentuan, pasukan bertukar
gelanggang apabila mana-mana pasukan mencapai mata 8.

Anda mungkin juga menyukai