Anda di halaman 1dari 1

Tugasan minggu 15

Pilih sekurang-kurangnya satu permainan yang anda paling kurang arif dari aspek
teknikal.  Dapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang permainan tersebut dari
aspek kepegawaian.

Aspek kepegawaian bola sepak


Tugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil:

(i) Melaksanakan undang-undang perlawanan.


(ii) Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil.
(iii) Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.
(iv) Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-
undang 4.
(v) Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa
permainan.
(vi) Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku
sebarang gangguan daripada pihak luar.
(vii) Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada
pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang.
(viii) Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka
meninggalkan padang. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan
memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil.
(ix) Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan
lebih daripada satu kesalahan.
(x) Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan
yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.
(xi) Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal
kelakuan semasa perlawanan.
(xii) Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas
kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.
(xiii) Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.

Keputusan Pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan


menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah
atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.

Anda mungkin juga menyukai