Anda di halaman 1dari 3

 

 Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato' Syed Esa, Puan Hjh
Rohanah bt Esmail, Yang dihormati Guru Penolong Kanan Petang
Puan Kalsom bte Haron,  barisan hakim yang adil lagi bijaksana, guru-
guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Asalamualaikum ,
salam sejahtera serta salam satu Malaysia

           Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


            Berdirinya  saya pada hari ini yang berbahagia ini, adalah
untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk 'Punca-punca Gejala
Buli di Sekolah serta langkah-langkah menanganinya.  Sebelum saya
meneruskan syarahan saya, ingin saya kemukakan satu soalan iaitu ,
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan rangkai kata 'gejala
buli?

           Hadirin yang dihormati sekalian,


Menurut Kamus Dewan, gejala buli membawa maksud masalah yang
meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek,
menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang
terhadap pemangsanya.Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin
meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin
serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok
bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai
puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai
penyumbang kepada masalah kes buli ini.
   Sebenarnya, antara punca berlakunya gejala buli ialah kekurangan
penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang terlibat.  
Agama Islam contohnya, menggariskan nilai-nilai murni dan akhlak
mulia yang selaras dengan tuntutan agama.  Umpamanya, nilai
hormat-menghormati sesama manusia, kasih-sayang, belas kasihan,
amanah, bertanggungjawab dan sebagainya.  Namun, mereka yang
terlibat dalam gejala buli ini tidak lagi menghayati dan mengamalkan
suruhan agama.  Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk
mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya
kepada orang lain. Ringkasnya,   ketandusan nilai keagamaan dalam
diri mereka  menyebabkan gejala buli ini semakin berleluasa.

           Selain itu, ibu bapa juga menjadi punca berlakunya gejala buli
ini.  Pada zaman yang serba moden inil kebanyakan ibu bapa terlalu
sibuk dengan kerjaya masing-masing untuk meningkatkan taraf
kehidupan mereka.  Hal ini menyebabkan mereka kurang
memberikan belaian kasih sayang, kemesraan dan prihatian kapada
anak-anak mereka. Contohnya, terdapat segelintir Ibu bapa yang
keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang lewat malam. Mereka
tidak ada masa untuk mengambil tahu perkembangan anak-anak
terutama yang remaja.  Tugas dan tanggungjawab menjaga anak-
anak diserahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah.  Justeru,
kekurangan perhatian daripada ibu bapa turut menjadi punca gejala
buli ini.

Anda mungkin juga menyukai