0 PENGENALAN
Terima kasih saudari pengacara majlis, yang saya hormati barisan panel hakim yang adil
dan saksama, penjaga masa yang setia, dif-dif kehormat, rakan-rakan seperjuangan dan
seterusnya sidang hadirin dan hadirat aspirasi negara. Assalamualaikum warahmatullah…
dan salam sejahtera.
Rasuah : Satu amalan yang menjijikkan. Demikianlah mauduk pidato yang akan saya
sampaikan pada petang yang berbahagia ini. Dalam era modenisasi kini, isu rasuah kepada
negara kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau di skrin televisyen. Isu rasuah
kepada negara ini juga turut menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat sama ada di
warung-warung, di stesen-stesen bas malah turut mendapat perhatian oleh pemimpin-
pemimpin masyarakat. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua anggota masyarakat
dan tindakan yang sewajarnya harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat
terhadap isu ini. Namun, sebelum spekulasi menjadi sensasi, izinkan saya menjelaskan
kesan-kesan rasuah kepada negara ini.
Secara am, rasuah ialah perbuatan menggunakan cara atau jalan yang salah untuk
memenuhi sesuatu hajat menerusi kuasa yang dimiliki oleh diri sendiri atau orang lain.
Perbincangan mengenai rasuah adalah sangat penting kerana kegiatan rasuah akan
melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah,tiada
sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan
untuk masa depan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan
profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan awam terhadap
cerdik pandai negara kita.
Selain itu, pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka
pemerintahan kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya.
Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan,maka pemberian rasuah telah
menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh
segelintir pemberi rasuah .
Akhir sekali, kesan rasuah kepada negara ialah menyebabkan pengaliran wang ke
luar negara. Mengumpul dan menyimpan wang rasuah di dalam negara dirasakan tidak
selamat oleh penerima-penerima rasuah kerana ia boleh dikesan oleh pihak berkuasa dan
merampasnya. Oleh yang demikian,wang rasuah yang merupakan wang negara disimpan di
bank-bank luar negara. Ini bermakna negara akan kehilangan pertukaran wang asing dan
modal.