Anda di halaman 1dari 36

Kamus Bahasa Klasik

A
Abah-abah alat atau pekakas

Abid orang alim yang beribadat kepada Tuhan

Abintara pesuruh raja

Aci-aci umpama

Adalat keadilan

Adi yang pertama

Adika gelaran bagi pembesar

Adikara gelaran bagi pembesar

Adiningrat gelaran bangsawan Jawa

Afiat sihat, pulih

Afuah tuah

Ahmah bodoh

Ahmar merah

Ainalbanat sejenis kain yang bermutu tinggi

Ajar-ajar orang yang bertapa

Ajeng gelaran bagi puteri bangsawan Jawa

Aji raja

Aki datuk

Akmal sempurna

Akram pemujaan

Aksam sumpah

Algojo orang yang menjalankan hukuman mati

Alin mengurut badan orang sakit dengan menggunakan telur dan tepung

Alkah darah yang beku


Alkatipa permaidani

Alun-alun lambat-lambat

Amang menakutkan dengan menggunakan senjata

Ambar barang yang harum berasal dari perut ikan laut atau damar

Ambus marah

Andaka seladang

Andang pelepah kelapa yang diikat di bahagian hujung dan dibakar


dijadikan penyuluh jalan

Anggara sejenis binatang buas yang besar

Anggup bergerak turun naik

Ampama umpama

Ampul menjadi besar

Ancak talam untuk menyajikan barang

Andi tuan; tuanku

Andika titah raja

Anduh mengikat sesuatu supaya tergantung

Anggul mengangkat kepala

Anggun elok, tampan, kacak

Angul terlelap

Antero seluruh

Antus utusan

Anggup bergerak turun naik

Angkak angkuh, sombong

Angkara perbuatan jahat atau ganas

Anu orang atau benda yang tidak disebut namanya

Apilan papan tebal yang digunakan sebagai perisai pada meriam

Apiun gasing

Arak menuman keras


Arakian sesudah itu lalu

Aria ningsung paduka adinda

Asi menderhaka

Asmaraloka alam percintaan

Astaka balai dalam istana

Asyikin orang yang sangat asyik

Atas sejenis minyak angin

Ayapan makanan atau minumann untuk orang biasa

Ayun membantu orang berbuat kejahatan

Azali sejak dulu kala

Azamat teramat bising

Azza wa jalla Tuhan yang Maha Besar dan Maha Berkuasa

Babil degil

Bacuk bekas tempat menakung air

Badad riwayat, sejarah

Badi akibat buruk yang disebabkan oleh binatang (wap penyakit)

Bagas kuat atau kencang seperti tiupan angin

Bahara timbangan (untuk emas)

Bahadur pahlawan

Bahari dahulu kala; indah dan elok

Bahtera kapal

Baiduri batu berwarna seperti permata

Bajana pasu; tempat air


Baju tabah baju layang

Bakawali sejenis bunga

Bakca pundi-pundi atau uncang

Baluk perahu kecil

Balairung tempat raja dihadap rakyat

Baluk perahu kecil

Balun memukul

Bandela bungkusan yang besar

Bangat cepat

Bandut tali pengikat benda yang hendak disambung

Bangsi seruling

Banian peti kecil tempat menyimpan barang berharga

Bantal seraga bantal yang hujung dan pengkalnya dihiasu sulaman

Baruh bawah

Barung tempat beratap untuk berjual beli

Barut kain pembalut

Batil bekas seperti mangkuk

Bayangkara pengawal lelaki

Bayangkari pengawal wanita

Bawai bawal

Bedung kain untuk membungkus bayi

Begal pasukan keselamatan

Behina sangat luar biasa

Bejana tempat air

Bekam mengeluarkan darah kotor dari badan

Beladas sejenis kain sutera yang berbenang emas

Belanga periuk yang dibuat daripada tanah liat

Belebat langkah memulakan persilatan


Belulang kulit kering

Bengal pekak sebentar kerana kena tampal

Bengkung kain pembalut perut

Bentara pesuruh raja

Berakah cakap besar

Beraksa pohon beringin

Berang sangat marah

Berkecek bercakap

Bertagar bunyi seperti guruh

Bertandak sejenis tarian

Bertebak bunyi lembu

Bertuak berkuak

Biaperi saudagar

Bidaah sesuatu yang baru yang tidak dibuat oleh Nabi s.a.w.

Bidadari dewi syurga

Biduanda orang suruhan diraja

Bingkis buah tangan

Bingkisan bungkusan disertai surat

Biring merah kekuning-kuningan

Boga nama sejenis kapal untuk bersuka-sukaan

Bolak salah; keliru; terbalik

Bota raksasa

Buana bumi; jagat

Bulang kain yang dililit di kepala

Bulbul sejenis burung yang pandai menyanyi

Bumantara angkasa, udara

Bupala raja

Buraq kuda terbang


Busur induk panah

Butala bumi; tanah

Cakah lebar

Cakerawali negara

Calak lancang mulut

Cambuk penyebat untuk mengertak binatang

Campah tawar; tidak mempunyai rasa

Canda begurau

Canang gong kecil

Candi rumah berhala

Candik gundek

Candung sejenis parang

Cangkir cawan

Capal terompah yang bertapak kulit

Caracap bunyi-bunyian seperti anglung

Cemara sepohon kayu; rambut palsu

Cembul tempat gambir dan sirih

Cemeti penyebat

Cempala suka melakukan sesuatu yang tidak senonoh

Cendera nyenyak

Cenderawasih burung dewata; burung yang sangat indah

Cengerai sial

Centaka sejenis burung jentayu


Cepiau sejenis topi

Ceracap alat bunyian yang kecil atau buluh yang dihantuk-hantukkan

Cerana bekas tempat sirih

Ceritera kisah

Ceteria anak-anak raja

Cindai kain sutera yang berbunga-bunga

Cokek kata diucapkan seseorang yang sedang melatah

Cokmar tongkat besar yang kepalanya berduri-duri dan digunakan


sebagai senjata

Cuban sejenis jarum kasar

Cula tanduk yang tumbuh pada hidung atau muncung binatang

Cura kelakar

Dabung jurutulis

Dafah hantaran perkahwinan

Dahina siang hari

Daif hina; cacat

Dakar berani, cekal hati

Daksina selatan

Dalong dulang besar daripada logam yang berkaki

Damar getah keras dari pokok Keruing

Dandang sejenis perahu

Dandi kecapi; sejenis alat bunyi-bunyian

Danta gading, gigi, putih seperti gigi

Darsawarsa sepuluh tahun


Dayus hina, keji

Demang ketua daerah

Dengkang katak, bunyi seperti katak

Derau gotong-royong

Derji tukang jahit

Destar tengkolok

Dewana gila berahi

Dewangga kain dewangga – kain tenun yang amat indah

Diat denda yang dikenakan kerana membunuh orang

Dinihari waktu malam ketika hampir pagi

Dirah baju besi

Dogol tidak bertanduk, tidak berambut

Domba kambing kibas

Dupa kemeyan yang berbau harum apabila dibakar

Duli debu; habuk-habuk yang melekat pada kaki

Dupa kemeyan yang harum baunya apabila dibakar

Dura risau, gelisah

Durja muka, rupa

Durjana jahat, keji, kotor

Elat tipu daya

Emas urai emas yang berbutir-butir

Emplas sejenis pokok yang berbulu kesat dan digunakan untuk


melicinkan kuku atau papan

Empu orang yang mahir dalam sesuatu perkara


Empulur isi atau bahagian lembu dalam batang palma

Engsot bergerak sedikit tanpa mengangkat punggung

Fana tidak kekal

Farak berbeza-beza

Fiil perbuatan ( yang keji)

Firasat perasaan merasai sesuatu yang belum berlaku

Firdaus syurga tingkat yang kedua

Firus batu permata yang kehijauan warnanya

Gada-gada bendera kecil di puncak tiang kapal

Gahara keturunan raja yang lahir daripada permaisuri

Gahari sedang

Gaharu teras kayu kepang betina yang harum

Gamat riuh-rendah, bising

Ganyah gosok kuat-kuat, mengurut

Garuda sejenis burung besar

Gedabah perhiasan rambut berbentuk segitiga yang dibuat daripada


emas

Gelembai puaka; Sang Kelembai yang boleh menukar semua benda


menjadi batu

Gegak riuh; haru biru kedengaran


Gegetar sejenis alat yang berupa loceng; cucuk sanggul

Gelabah perasaan gelisah dan tidak tentu fikir

Gelegar kayu pelapik papan lantai

Gelepai terkulai ke bawah

Geliga sejenis batu hikmat yang didapati di dalam mulut ular atau
naga

Gelincuh tersandung atau berlaga kaki

Geliung perahu Eropah yang besar dari abad keenam belas

Gemerincing berbunyi berdenting - denting (seperti rantai bersentuhan


atau alat senjata daripada besi)

Gemerlap bersinar, bercahaya

Gemuruh bunyi seperti guruh

Genderang gendang besar

Gendut perut buncit

Gentala kenderaan yang bergerak sendiri

Gentas putus, habis

Gerabang berlubang besar

Gerai sejenis pelamin

Gerangan agaknya; barangkali

Gerapak lari lintang pukang kerana ketakutan

Gergasi makhluk seperti manusia yang berbadan besar

Gerenseng pakaian untuk menari

Geta takhta

Ghali kapal layar

Gharib-gharib luar biasa; istimewa

Ghurah sejenis perahu

Giris kilas

Giuk tali pada tiang layar


Godam pukul dengan kuat

Gombak jambul pada sejenis burung

Gonjong keadaan runcing ke puncak

Guci buyung yang diperbuat daripada tembikar

Guna-guna jampi; ubat pengasih

Guncu galah yang ada kait pada hujungnya

Gundik isteri raja yang bukan berdarah raja

Guntangan mungkin gunungan, rumah menginap anak-anak raja

Gurinda sejenis puisi lama yang mempunyai pengajaran

Gusar marah

Gusti sebutan orang bangsawan

Habsi orang yang berkulit hitam

Haftah baju besi berantai

Halilintar kitar, petir

Halkah gelang pintu

Hambur campak ke merata tempat; tabur

Hambalangan berguling-guling

Hasad perasaan khianat; dengki

Hatta lalu; kemudian daripada itu

Hayat sejenis baju

Hemat cermat

Hempuk banting, hempas

Herdik tengking
Hikayat kisah, cerita

Hikmat kesaktian

Hisab perhitungan; pendapat; peduli

Hubaya ingat-ingat; awas

Hukama orang bijak pandai

Hulubalang pengawal istana

Huma ladang padi di tanah yang kering; tanah yang baru diteroka

Iblis ketua syaitan

Ibrani orang Yahudi kuno

Ibunda ibu, emak

Igal kembang dan tegak bulu (burung merak menggigal)

Iktibar teladan

Ikram penghormatan

Ilam-ilam berbalam

Imbau memanggil dari jauh

Inangda perempuan yang menjaga anak raja

Indera dewa

Induk ibu

Iradat kehendak Tuhan

Iram-iram payung ubur-ubur sebagai payung kerajaan

Iras-iras hampir serupa

Istinggar sejenis senapang yang digunakan oleh orang zaman dulu;


senapang laras panjang
J

Jabal bukit

Jadi-jadian manusia yang boleh bertukar-tukar rupa

Jajap kapal perang Bugis

Jaksa pendakwa raya

Jamung anda atau suluh

Jangkar sauh

Jauhari tukang permata

Jazirat tanah yang menganjur ke laut seolah-olah seperti


semenanjung

Jebak perangkap burung

Jelata rakyat biasa

Jemah kelak

Jemala kepala

Jembalang hantu tanah

Jempana usungan; tandu

Jenawi pedang yang panjang

Jendera nyenyak, lena

Jentaka sial; celaka; sengsara

Jinjang sejenis burung geroda

Jinjing badan yang dirasuki hantu

Jogi orang bertapa ( hindu)

Jogar permainan seperti dam

Jojol kayu yang digunakan untuk mengapung air dalam sungai

Juak hamba raja; biduanda


Juzuk bahagian

Kabilah suku kaum Arab

Kacip alat mengupas dan membelah pinang

Kada hukum Tuhan

Kadam tapak kaki; ke bawah duli

Kajai tali leher kuda

Kakap sejenis perahu kecil

Kalakian ketika itu; kemudian; lalu

Kalimantang panji-panji putih yang panjang

Kaluk ombak ukiran

Kamar bilik

Kambi kepingan papan

Kambeli kain lebar yang dibuat daripada bulu biri-biri

Kamkha kain sutera yang halus dan berbunga-bunga

Kamil sempurna

Kandil lampu; pelita

Kanjar mengamuk

Kanun undang-undang

Kapan kain pembungkus mayat

Kapang siput yang melekat pada kayu dalam air

Karar tenang, aman

Karkah cikah; sejenis beruk

Karma semua perbuatan manusia semasa hidupnya


Kasa kain halus yang tenunannya jarang-jarang

Kasad niat

Kasau; rasau kain yang melintang pada atap rumah

Kasteria pahlawan; satu kasta dalam agama hindu

Kasturi bauan yang harum

Katifah permaidani

Katung apung

Kaul niat; hajat

Kaus sejenis kasut

Kebayan perempuan tua

Kebiri pengawal dalam istana

Kecapi alat bunyi-bunyian seperti gambus

Keci sejenis perahu kecil

Kedal penyakit kulit yang berbelang putih

Kedayan pengiring

Keinderaan kayangan

Kejamas pencuci rambut tradisi

Keleburan tanah yang menjadi cair, luluh dan cair

Kelewang sejenis pedang pendek, bilahnya makin lebar ke arah hujung

Kelubung selubung; tutup kepala

Kendera menunggang kuda

Kenohong penyakit kulit seperti kedal atau kusta

Kepuh sejenis kain sarung

Keranji sepohon kayu yang buahnya boleh dimakan dansesuai untuk


alat rumah

Kerikal sejenis pinggan besar dari logam

Keris parung sari keris berluk-luk dan berbentuk ular (keris )

Kesumba merah tua


Keti seratus ribu

Katifah permaidani

Ketopong topi perhiasan kepala

Khadam orang suruhan

Khalkah gelang

Khanjar pedang

Khatib pembaca khutbah di masjid

Khial khayal

Khilaf salah

Khoja gelaran bagi saudagar Parsi atau India Utara

Kiai gelaran untuk ulama Islam

Kiamnya kosong

Kibas kambing biri-biri

Kici sejenis perahu kecil yang bertiang dua

Kidal tangan kiri

Kifarat denda

Kikir kedekut; bakhil

Kilir mengasah

Kirai mengibas dengan kuat

Kisi-kisi kayu yang dipasang pada tingkap

Kismat nasib

Kohong bau busuk

Komeng kerdil; kelapa kecil

Komis pegawai tinggi kerajaan

Kubah bumbung yang melengkung seperti di masjid

Kudrat tenaga; kuasa Tuhan

Kudus suci

Kukur alat pemarut kelapa


Kumkuma kunyit

Kumba buyung air untuk memandikan pengantin

Kundi biji saga setengah merah dan setengah hitam dahulu


digunakan untuk menimbang emas

Kuntul burung bangau berbulu putih

Kurnia hadiah, anugerah

Kursani besi yang baik mutunya

Kusa sejenis tongkat untuk mengawal gajah

Kutaha gerangan

Laba untung

Labbaika akulah hamba-Mu

Lading sejenis parang

Lahad liang kubur

Lajuardi sejenis batu biru

Laknat terkutuk

Laksa sepuluh ribu

Lambur pelantar dapur

Lamina baju besi

Lampari; cempari sejenis canang

Lamun meskipun

Lanang laki-laki

Lancang kapal layar

Landahur orang tegap dan berbadan besar

Langgai alat menangkap ikan


Langgar surau; madrasah

Langkapura nama kuno untuk Sri Langka

Langsi bunyi yang halus dan nyaring

Langsuir pontianak; hantu betina

Laskar askar

Lazuardi batu biru dibuat orang cat

Lebu debu

Ledang warna putih kekunin-kuningan

Legam sangat hitam

Lela sejenis meriam

Lenggara memelihara

Lentera sejenis lampu

Lepa sejenis pekakas kayu yang dibuat daripada kayu seketul

Lepuh bengkak dan berair

Lesir pedang

Loh papan atau buku

Luluh hancur berkecai

Lulur menghisap

Lulut sejenis bedak wangi

Lunglai lemah

Lutu menolak gunakan kepala berkali-kali

Madali sejenis bunyi-bunyian

Madat candu
Madrasah surau; sekolah

Madukara lebah

Maha sangat besar

Mahajana orang berpangkat besar

Mahameru gunung tempat tinggal dewa

Maharani raja perempuan

Maharasi pendita yang suci

Mahdi penunjuk jalan

Majakani sejenis buah keras

Majlis / mejelis sangat elok; indah

Majnun tidak siuman

Majusi kaum yang menyembah api

Makrifat pengetahuan yang tinggi; melintasi alam kasyaf

Mala kotor

Malai untaian bunga - bunga

Malaun laknat; terkutuk

Mamak sebutan untuk pegawai kerajaan yang tua

Mamanda ayah saudara

Mangkubumi bendahara; perdna menteri

Manjangan rusa

Manjung anjung rumah; jamung

Mantera serapah; jampi

Masygul sedih; dukacita

Masyrik sebelah matahari timbul; timur

Materai cap; mohor

Maulana orang tua; tuan

Mayang bunga enau, pinang, kelapa yang ada dalam seludang

Mega awan
Mekong sami

Melukut pecahan kepala beras yang halus-halus

Mencinta hajatkan; inginkan

Mendapa ruang tempat bertemu

Menggetas memetik dengan kuku

Mengigal mengembang dan menegakkan bulu ekor

Menora sejenis sandiwara Siam

Merangu sejenis bunyi-bunyian

Mercu puncak paling tinggi

Mestika sejenis batu sakti

Mimbar pentas

Miskal ukuran berat untuk menimbang emas atau perak (4.2


gram)

Momok sejenis hantu yang menakut-nakutkan anak-anak

Mualim penunjuk jalan (kapal)

Mudim tukang sunat

Mukadimah kata pendahuluan

Mukah persetubuhan haram atau zina

Mukjizat kejadian yang luar biasa bagi nabi-nabi Allah

Muluk indah; sedap

Mundam bokor besar

Murca pengsan; tidak sedarkan diri

Muri sejenis serunai

Mustaid selesai; siap

Mustajab dapat menyembuhkan penyakit

Mutu terdiam kerana bersedih; mutiara


N

Nafiri sejenis serunai panjang

Nagam karangan mutiara

Nagara puncak bukit

Nara lelaki; perwira

Narwastu serai wangi

Nasab pertalian keluarga

Nawab timbalan raja

Nazar niat

Neraca alat untuk menimbang

Nestapa duka, sedih

Nian terlalu; sangat

Ningsun kekasih

Nira air mayang kelapa

Nilam batu permata biru

Nista maki hamun

Nobat sejenis gendang besar, pancaragam diraja

Nujum peramal nasib; tukang tenung

Nyah pergi

Nyiru alat untuk menampi padi

Olang-aling berayun-ayun ke kiri ke kanan

Om seruan pembuka mantera


Onak duri yang bengkok

Pacal hamba raja

Padau layar yang dipasang ketika ribut

Pakan benang tenun yang melintang

Paksi burung

Paksina utara

Paluh tanah lekuk

Paman bapa saudara

Pamor besi putih yang ditanam ke dalam mata keris

Panakira tuan

Pancalogam campuran lima jenis logam

Pancapersada lantai yang bertingkat-tingkat tempat bersemayam raja


sewaktu pertabalannya

Pandai tukang

Panjarwala kelasi yang bertugas di tiang kapal

Panji tunjuk kekuatan

Panji-panji bendera

Param-param sejenis bedak ubat yang disapukan ke badan

Parsi Iran

Pasung alat yang dipasang pada tangan atau kaki orang salah
supaya tidak lepas lari

Patih Perdana Menteri (Jawa)

Patik saya (apabila bercakap dengan raja)


Pawai perarakan

Pedaka dokoh

Pedati kereta kuda

Pediah ganti rugi; denda

Pekaja bunga teratai

Pekulun tuanku ( bahasa Jawa)

Pelang perahu dagang

Pelulut tukang urut

Pelupuk kelopak mata

Pemali larangan, pantang

Peminggir sempadan; daerah; perbatasan

Penahap penjuru

Penaka seolah-olah; sebagai

Penanggah tempat berehat di rumah kampung

Pencalang perahu besar untuk mengangkut baran dagangan

Pendahan lembing pendek

Pendak salut sarung keris

Pendapa ranting muda

Pending hiasan pada dada atau pinggang; kepala tali pinggang

Pendita orang yang bijak

Pendua keris tambahan

Penjajap sejenis kapal perang

Penjurit perajurit; pahlawan

Penyuluh pengintip

Perabu panggilan kepada raja

Perat busuk baunya

Perca sejenis buluh

Peria pemuda
Permanai perbilangkan

Persangga ukuran jauh (375 batu)

Persetua peristiwa, hal, kejadian

Pertanda orang yang menjalankan hukuman bunuh

Perwara pengiring permaisuri

Pesona ubat guna-guna

Pestaka kitab ramalan

Petala kenderaan dewa

Petaram keris kecil yang dipakai oleh orang perempuan

Petas mercun

Peterana tempat duduk untuk orang terhormat

Pijar merah menyala

Pikrama gelaran orang-orang besar Jawa

Pirus batu kaca yang hijau kebiruan warnanya

Pisit menyoal siasat dengan menggunakan ancaman

Poci cerek, teko

Polong hantu yang suka mengacau orang

Pongsu anak bukit

Pria anak muda

Priai golongan bangsawan

Pualam batu marmar

Pudi intan kecil-kecil

Punah rosak, binasa

Punggai melontar

Pupur bedak

Pura bandar, kota, negeri

Puri benteng atau kota yang dikelilingi air

Puspa bunga
Pustaka kitab; buku ramalan

Rabab alat muzik seperti biola

Rabana sejenis gendang

Rabit koyak

Rabung puncak bumbung rumah

Radak tusuk dengan senjata

Rakat pertunjukan tari-menari yang diiringi lawak jenaka

Raksasa makhluk seperti manusia yang berbadan sasa, besar dan


tinggi

Raksi bau-bauan yang wangi

Ralat kesalahan

Rambuti kain tenunan daripada bulu domba

Ramggau alat seperti genderang

Rani raja perempuan; permaisuri

Ranjau benda tajam yang dipasang di tanah sebagai perangkap

Randuk kambing jantan

Rawan sedih, duka

Redap rebana kecil

Rembang tepat tengah hari

Rencana cadangan

Rentaka sejenis meriam yang boleh dipusing-pusingkan

Rodat sejenis nyanyian Arab

Ruba-ruba hadiah daripada nakhoda kapal kepada pembesar pelabuhan

Rubai sejak Arab


Rukyah penglihatan; pandangan

Runtun menarik

Rupawan cantik

Saban tiap-tiap

Sabang layar kecil

Sabung lawan

Sadap pisau pemotong untuk mengambil cecair dari pokok

Sadau mendayung dengan tidak berhenti-henti

Sadik jujur; amanah; benar

Safa bersih, putih

Sahaya saya; hamba abdi

Sakhiat kain tenunan daripada bulu domba

Sahibulhukayat yang empunya cerita; pengarang sebenar

Sahih benar

Sahmura sejenis permata

Sahsiah keperibadian, personaliti

Saidi tuanku

Sais pemandu

Sakal angin yang bertiup daripada haluan perahi

Sakhlat kain yang dibuat daripada bulu biri-biri

Saki kawan, teman

Sakratulmaut hampir mati; nazak

Sakti kuasa luar biasa


Salang hukuman bunuh dengan menggunakan keris

Salasilah daftar keterangan keturunan

Sali kuat

Samak membersihkan sesuatu daripada najis berat

Sambuk cemeti

Samir daun yang dijadikan atap atau pengalas muatan

Sampuk melanggar sesuatu ketika berjalan

Sang Pokok beringin yang songsang. Dipercayai oleh orang-orang


Melayu dahulu kala bahawa di bawah pokok beringin itu ada
seorang tua yang menyirat jala daripada tali terap untuk
menangkap segala-galanya di dunia ini. Jala ini cuma siap
pada akhir zaman kerana orang tua itu memintal tali waktu
siang dan pada waktu malam seekor tikus menggigit putus

Sangkakala sejenis serunai daripada kulit kerang

Santau sejenis racun

Sayung tirus; runcing

Sebak berasa kesal

Sedari sejak dari

Seahi botol yang panjang lehernya

Seba menghadap

Sega licin berkilat

Sejenang sebentar; sejenak

Sejoli sepasang

Sekoci sejenis kapal kecil

Sekonyang-koyang tiba-tiba

Sela-sela ruang di antara dua benda

Selampit tukang cerita

Selarung denai binatang dalam hutan

Selasar serambi
Selempang kain yang dipakai dari bahu dan disilang ke dada

Selibut membuat kacau

Selinap bergerak dengan pantas

Seligi benda tajam seperti lembing

Selob sejenis perahu

Seloroh gurau senda

Semah jamuan kepada hantu

Semambu sejenis rotan yang kukuh

Semberani kuda terbang

Semenda pertalian kekeluargaan menerusi perkahwinan; lelaki yang


tinggal bersama keluarga perempuan

Semesta menerusi

Senandung lagu untuk menghiburkan hati

Sengketa pergaduhan, perbalahan

Senteri orang yang kuat beribadat

Sepantun macam, seperti

Sepukal keris yang sudah haus matanya

Seraga bantal perhiasan

Serakah tamak, rakus

Seraya sambil, serta

Serdadu anggota tentera

Serkap alat untuk menangkap ikan atau menyungkup ayam

Serukan teluk

Setanggi sejenis kemeyan yang harum baunya

Seteru musuh

Seyampai kebetulan, untunglah, mujurlah

Seyujanai jauh

Sibur cebok air yang ada tangkai


Sida sida pengawai dalam istana

Sidang ketua kampung

Sidi makbul

Sigai pasak dipasang pada tiang atau tangga daripada buluh dan
didempetkan ke batang besar.

Simpuh duduk bertelut (seperti orang perempuan)

Sinda saya

Sintuk sejenis pokok yang dijadikan ubat mandian

Sisir sikat

Sira engkau

Sopak sejenis penyakit kulit

Sorai sorak

Srikandi wanita yang gagah berani

Suaka tempat berlindung (politik)

Suang mudah

Subahat bersama pakatan jahat

Sugi kayu dijadikan berus gigi; kayu sugi

Sulur ganti

Sumur perigi

Sundang keris yang lebar bilahnya

Suraloka tempat dewa-dewa tinggal

Syah raja

Syahdan selanjutnya

Syamsi matahari

Syamsir sejenis pedang

T
Taajal terburu-buru

Taakul kebolehan berfikir dengan lojik

Tabak talam

Tabib pakar perubatan

Tabtibau sejenis burung yang bersuara pada senja hari

Tabuh gendang raya

Tabun naik berkepul-kepul

Tafanus penyelidikan yang teliti

Taftah kain sutera

Tagar guruh yang kuat

Tahana darjat, martabat

Tahfiah hadiah

Taj mahkota

Tajalli tersingkap; terang

Takdim pembukaan

Taksir tidak mempedulikan

Takzim memuliakan

Talkin doa di atas kubur selepas jenazah dikebumikan

Tambar ubat, penawar

Tambur sejenis alat muzik yang dipukul; gendang

Taming perisai

Tanfah hadiah

Tanjak tengkolok

Taram-temaram tidak berapa jelas

Tarkas tabung tempat menyimpan anak panah

Tasawuf usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui


pembinaan akhlak dan zikir
Tasbih doa dan pujian bagi Tuhan

Tatah barang kemas yang dihias dengan permata

Teja awan merah atau kuning di kaki langit

Tekur tunduk

Tela rumah belakang yang didirikan bersambung dengan istana

Telapak tapak kaki

Telepuk teratai kecil

Telus dapat masuk

Telut duduk berlutut

Tembam gemuk

Tembuni uri yang dikeluarkan selepas anak dilahirkan

Temilang tali di perahu atau kapal

Temoleh sejenis ikan darat

Tempuling lembing pendek untuk menangkap ikan

Tenggarung dapur dari tanah liat

Tengkolok kain penutup kepala

Tengkurap melengkung; meniarap

Tepak bekas mengisi sirih

Tepas anyaman daripada bilah buluh untuk dibuat dinding rumah

Tepu sesak

Teral memaksa untuk membuat sesuatu

Teralak sejenis silat

Terali pagar pada tepi kapal

Terap ukiran; pokok terap

Teratak pondok kecil

Terapang salut pada sarung keris

Teratu penyiksaan

Terbus sejenis kopiah tinggi dan berjambul


Terimutiri penyatuan tiga dewa

Ternang kendi yang bertutup

Terongko penjara

Terubung tempat menyimpan padi yang dibuat daripada daun pandan

Terum gajah yang merendahkan badan dengan melutut

Tetabas sembuh daripada penyakit

Tetambak benteng untuk menahan air

Tetampan selampai dari kain sutera kuning

Tetuang alat bunyi-bunyian yang ditiup untuk memberi isyarat

Tiara mahkota

Tikas deretan sampah yang ditinggalkan oleh air pasang

Tindik lubang pada cuping telinga

Tingau jarum yang dibuat daripada buluh

Tingkah perbuatan yang ganjil, menentang

Tirkah pusaka

Tiruk tombak untuk menangkap ikan

Titar bergerak ke sana sini dengan pantas

Titir bunyi canang yang bertalu-talu tanda ada bahaya

Tiwikrama menjelma menjadi raksasa

Tohmah prasangka buruk

Tonggak kayu yang dipasang secara menegak

Tuam benda panas yang didemah pada bahagian tubuh yang sakit

Tuar lampu atau api untuk memberi isyarat

Tujah menusuk sesuatu dengan benda tajam

Tukil tabung yang dibuat daripada buluh

Tuli pekak

Tuma binatang halus seperti kutu

Tumang sejenis pancang untuk menyangga sesuatu


Tumus jatuh tersembam

Tunak tidak berhenti-henti

Tungau kutu yang halus

Tunu terbakar

Tupai-tupai keratan kayu yang dilengkapkan pada tiang untuk


menyangga sesuatu

Turas menapis

Turi-turi cerita dongeng

Turus tiang

Tusuk cucuk

Uba pasu untuk mengendapkan sagu

Ubar membentangkan tikar

Ubur-ubur payung diraja yang berumbai tepinya

Uda muda

Udu musuh

Ufuk kaki langit

Ufti hadiah

Ula-ula secarik sutera

Ulang-ulang hiasan sanggul yang dibuat daripada bunga

Ulit bernyanyi supaya orang lain tidur

Ulun hamba

Ulup lubang pada rantai sauh

Umang sejenis ketam

Umbang tidak tenggelam


Umbuk kata-kata yang manis

Umpil mengangkat benda berat dengan menggunakan tuas

Uncang pundi-pundi kecil yang dibuat daripada kain

Undak tidak dapat bergerak

Undan berlengah-lengah

Undang pembesar di Negeri Sembilan

Unggas segala jenis burung

Unjam daun-daun kelapa yang diikat dan dilabuhkan ke dalam laut

Unjuk tunjuk

Untut penyakit bengkak betis

Upaduta penolong

Upam mengilat logam

Upar menggentel sesuatu dengan tapak tangan

Upas racun yang berasal dari pokok ipuh

Upih pangkal pelepah yang lebar dan nipis di pokok palma

Ura-ura mesyuarat; cadangan

Uri tembuni

Urita warta

Usah mustahak

Usai selesai

Usul mula; asal

Usung membawa dengan menggunakan tandu

Utar-utar perisai kecil yang bulat bentuknya

Utas pandai; tukang

Utit meniup serunai


W

Waadah perjanjian

Wadah bekas untuk mengisi sesuatu

Wadi sungai yang sudah kering di kawasan gurun

Wafak waktu yang sesuai

Waham syak; prasangka

Wahi petunjuk

Wahid tunggal

Waiduri baiduri

Waizuri raja muda

Walad anak laki-laki

Walang sedih

Wali orang yang kuat beribadat

Walhal pada hal

Walhasil kesudahannya

Wallahualam Allah jua yang Maha Mengetahui

Wangkang perahu besar

Wangsa bangsa; keluarga

Warak taat kepada agama

Warnasari berjenis-jenis bunga

Waruna dewa laut

Wasit pengadil

Watan tanahair
Wazir raja

Wijaya sejenis bunga sakti yang boleh menghidupkan orang yang telah
mati

Windu lapan tahun

Wisma rumah besar (untuk pejabat; beribadat)

Yang-yang dewa di kayangan

Yayi adik

Yuda perang

Yunda kekanda

Zabah sembelih

Zabaniah malaikat yang menjaga Neraka

Zabib kismis

Zamin negeri; tanah

Zamrud batu permata berwarrna hijau

Zindik orang yang imannya terpesong

Zirah baju besi

Zirbad negeri di sebelah timur

Zulmat gelap (kerana ribut)

Anda mungkin juga menyukai