Anda di halaman 1dari 3

BACA PETIKAN DIBAWAH DENGAN TELITI

Sektor pertanian merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi
kepentingan sosial, ekonomi dan ekologi. Menuju ke Transformasi Nasional 2050
yang merupakan impian dan visi semua rakyat Malaysia untuk menjadi sebuah
negara perindustrian yang maju, kepentingan sektor pertanian tidak harus
dikesampingkan malah perlu dibangunkan agar seiring dengan sektor
perindustrian.

Selain itu, sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting
kepada sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian
merupakan input yang digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang
boleh dijadikan sebagai produk eksport. Eksport makanan menggunakan hasil
pertanian adalah seperti mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam, berus dan
sebagainya. Kos pengeluaran dapat diminimumkan untuk pengeluaran optimum
kerana harga bahan mentah yang dibekalkam oleh sektor pertanian adalah murah
berbanding dengan pasaran antarabangsa. Selain itu, hasil pertanian dapat
disumbangkan oleh sektor utama adalah untuk kegunaan domestik rakyat
sesebuah negara. Sebagai contoh, beras merupakan makanan asas penduduk Asia.
Kita dapat menikmati harga makanan yang rendah, hasil sumbangan sektor
ekonomi utama negara kita. Contoh yang lain kegunaan domestik hasil pertanian
ialah minyak masak kelapa sawit berkualiti tinggi diperoleh dengan murah kerana
didapati dalam pasaran tempatan.

Indeks imbangan perdagangan iaitu indeks harga hasil eksport dan belanja
import dapat diseimbangkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan negara
kita melalui pembangunan sektor pertanian. Hal ini disebabkan hasil sektor
pertanian dijadikan sebagai bahan eksport utama negara yang mendatangkan
hasil yang lumayan seperti getah dan minyak kelapa sawit. Negara kita dengan
bangganya pengeluar kedua terbesar di dunia bagi kedua-dua bahan tersebut
kerana kecekapan kerajaan Malaysia dalam memajukan sektor ini. Kepentingan
dari segi ini juga dapat dilihat melalui sumbangan sektor pertanian untuk
menggantikan import negara. Dasar penggantian import diperkenalkan pada awal
rancangan pembangunan Malaysia untuk mengurangkan import dari negara asing
bagi bahan mentah sektor pertanian melalui pembangunan sektor ini. Sebagai
contoh, buah-buahan merupakan bahan import utama negara kita. Untuk
menggantikan import bahan-bahan ini, kerajaan telah mengambil langkah
mempelbagaikan lagi tanaman buah-buahan melalui pembangunan yang dilakukan
dalam sektor utama. Justeru, kedudukan kewangan negara dan struktur ekonomi
yang kukuh dapat diwujudkan melalui kepelbagaian sektor ekonomi negara yang
seimbang.

Kepentingan ekologi terutama dengan menjaga kepentingan alam sekitar melalui


pembangunan sektor pertanian yang mesra alam dapat dilaksanakan. Tekanan
ekonomi dan pasaran untuk bersaing dengan negara lain melalui peningkatan hasil
negara atau tujuan pembangunan dan kemajuan dapat dicapai tanpa mengabaikan
amanat Tuhan kepada manusia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Pembangunan sektor pertanian dapat menjamin hasil yang lumayan dan punca
pendapatan yang stabil tanpa mengakibatkan pencemaran alam yang teruk
seperti pengaruh luar yang negatif daripada pembangunan perindustrian yang
pesat. Sektor perindustrian yang dibangunkan menjejaskan keseimbangan ekologi
melalui pencemaran perkilangan seperti pembebasan asap beracun, pembuangan
sisa-sisa toksik ke sungai, kumbahan sisa kilang yang tidak bersistematik dan
banyak lagi. Pembangunan sektor pertanian dapat menjaga kepentingan
keseimbangan ekologi. Sektor pertanian melibatkan aktiviti-aktiviti seperti
penanaman, penyuburan tanah, pembaikan struktur tanah dan sebagainya dapat
menjamin hasil ekonomi yang lumayan di samping mengekalkan keseimbangan alam
sekitar.

Untuk kepentingan hubungan yang harmonis dengan negara jiran terutamanya


negara yang dilanda kemelesetan ekonomi dapat dijaga jika sektor ekonomi
utama dimajukan denga pesat. Hal ini disebabkan peluang pekerjaan yang begitu
luas diwujudkan setelah berupaya menampung keperluan masyarakat desa dan
masih mengalami kekurangan sumber tenaga manusia, buruh asing dari negara
jiran yang susah boleh mencari nafkah di negara kita yang kaya ini. Selain dapat
menjalin hubungan yang erat dengan negara jiran yang memerlukan bantuan,
peperangan dapat dielakkan dan rantau yang aman dapat diwujudkan. Keadaan ini
bukan sahaja dapat menjaga kepentingan diri malah kepentingan negara-negara
yang berdekatan kerana rantau yang aman damai dapat menimbulkan keyakinan
dan kepercayaan pelabur dan pelancong asing. Secara langsungnya, dapat
meningkatkan lagi pendapatan negara malah mampu meningkatkan status negara
kita. Sikap saling membantu ini dan tidak mementingkan diri bak pepatah ‘adat
kampung, memagar kampung, adat negeri, memagar negeri’ merupakan visi
kerajaan Malaysia yang bijak dan mulia.

Kesimpulannya, kepentingan sektor pertanian tidak harus dikesampingkan.


Pembangunan sektor pertanian harus sentiasa difokuskan untuk mewujudkan
sebuah negara yang stabil dari segi kewangan, ekonomi dan politik. Pembangunan
yang seimbang antara sektor pertanian dan sektor perindustrian merupakan
langkah yang besar oleh negara kita dalam menuju ke negara yang maju.

TUGASAN :

1. LETAK TAJUK YANG SESUAI UNTUK PETIKAN INI


2. BERI MAKSUD PERKATAAN-PERKATAAN YANG DIGELAPKAN
3. SENARAIKAN ISI-ISI PENTING ( SEKURANG-KURANGNYA 5 ISI PENTING)
4. JAWAB SOALAN PEMAHAMAN BERKAITAN TEKS YANG DIBACA.

JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT BERDASARKAN TEKS YANG DIBACA.

1. MENGAPA DIKATAKAN SEKTOR PERTANIAN MERUPAKAN SEKTOR YANG


AMAT PENTING ?
2. TANAMAN APAKAH YANG MENJADI BAHAN EKSPORT YANG LUMAYAN
KEPADA NEGARA?
3. SELAIN FAKTOR EKONOMI, APAKAH FAKTOR LAIN YANG MENJADI
ALASAN SEKTOR PERTANIAN HARUS DIBERIKAN PERHATIAN?
4. BAGAIMANA SEKTOR PERTANIAN DAPAT MENJAGA HUBUNGAN
DIPLOMATIK DENGAN NEGARA-NEGARA JIRAN?
5. PADA PENDAPAT ANDA, SEKTOR PERTANIAN APAKAH YANG
MENYUMBANGKAN PELUANG PEKERJAAN YANG BESAR KEPADA RAKYAT
MALAYSIA?

Anda mungkin juga menyukai