Anda di halaman 1dari 2

Rumuskan dengan menyertakan rujukan, gambar berkaitan dan pandangan anda

mengenai DSKP Pendidikan Moral


bagi aspek OBJEKTIF

Disediakan oleh: Grace Sally

Angkat giliran: 2018042370029

Saya berpandukan DSKP Tingkatan 1 untuk menjawab soalan ini. Objektif DSKP, KSSM Pendidikan
Moral bertujuan untuk mencapai enam obkektif, rujuk rajah 1.

Mengembangkan
Mengetahui dan penaakulan moral dalam
Menyuburkan emosi moral
memahami konsep moral membuat keputusan dan
ke arah tingkah laku
serta isu-isu moral dalam penyelesaian masalah
berempati dan adil;
kehidupan seharian moral berasaskan kepada
prinsip moral

Mengamalkan perlakuan Memperkukuh elemen Menghayati dan


bermoral secara perpaduan dalam diri untuk mengamalkan nilai
bertanggungjawab dan mewujudkan masyarakat universal untuk berakhlak
berintegriti; yang harmoni mulia

Rajah 1 : 6 objektif KSSM Pendidikan Moral

Pada pendapat saya objektif KSSM Pendidikan Moral membolehkan murid dapat memahami dan
menghayati nilai-nilai murni rakyat Malaysia dengan mengetahui konsep asas moral yang terdiri
daripada moral, akhlak, etika dan konsep betul dan salah, baik dan buruk. Penerapan nilai-nilai murni
rakyat Malaysia dapat membentuk jati diri yang ungul dan berkeperibadian mulia. Selain itu, isu-isu
moral juga dapat memberi kesedaran kepada murid tentang kesan buruk perlakuan yang melanggar
norma masyarakat. Murid memahami dan mengetahui kepentingan tanggungjawab moral dan sosial
untuk mengekalkan kesejahteraan hidup dengan menjaga hubungan sesama manusia, antara manusia
dengan alam sekitar dan juga makluk lain. Objektif DSKP mengembangkan murid dari aspek tiga
aspek iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu
pertimbangan dan keputusan yang tidak melanggar norma-norma masyarakat Malaysia. Akhir sekali,
penghayatan nilai-nilai murni rakyat Malaysia dapat melahirkan insan yang bermoral yang seimbang
dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Jelas sekali objektif DSKP adalah selari dengan falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Rujukan
1. Ayu Nor Azilah Mohamad1 Rohaini Amin2 Nor Azlina Endut3. 2017. Pemupukan
nilai-nilai murni antara etnik di malaysia melalui dasar kebudayaan kebangsaan.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
2. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (Dskp) Pendidikan Moral Tingkatan 1
daripada https://www.malaysian-ghost-research.org/wp-content/uploads/2017/03/dskp-
pendidikan-moral-tingkatan1.pdf. 26.01.2019

Anda mungkin juga menyukai