Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM DRONE EDU CHALLENGE IR 4.

0 TAHUN 2021

SYARAT & TERMA


------------------------------------------------------------------
1. PENYERTAAN
------------------------------------------------------------------
a) Terbuka kepada sekolah-sekolah dibawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan sahaja.
b) Satu (1) kumpulan WAJIB terdiri daripada dua (2) pelajar DAN seorang (1) guru pembimbing dari
sekolah yang sama sahaja.
c) Pendaftaran perlu dibuat oleh SALAH SEORANG dari ahli kumpulan sahaja (Guru atau Pelajar).
d) Guru pembimbing boleh terdiri daripada mana-mana guru dari sekolah yang sama.
e) Pelajar atau guru harus mencari ahli kumpulan masing-masing sebelum membuat pendaftaran di
laman ini.
f) Segala pendaftaran perlu dibuat secara dalam talian di laman www.dec4ir.com

-----------------------------------------------------------------
2. KATEGORI PENYERTAAN
-----------------------------------------------------------------
a) Kategori 1: Sekolah Menengah (Atas)
b) Kategori 2: Sekolah Menengah (Rendah)
c) Kategori 3: Sekolah Rendah (Tahap 1)
d) Kategori 4: Sekolah Rendah (Tahap 2)
e) Kategori 5: Sekolah Pendidikan Khas (Rendah)
f) Kategori 6: Sekolah Pendidikan Khas (Menengah)

------------------------------------------------------------------
3. SYARAT & FORMAT PERTANDINGAN
------------------------------------------------------------------
a) Penyertaan adalah PERCUMA.
b) Peserta perlu berdaftar secara kumpulan.
c) Pertandingan adalah secara dalam talian (online) SEPENUHNYA.
d) Semua peserta perlu mematuhi semua peraturan pertandingan.
e) Program akan berlangsung dari bulan MEI sehingga 30 DISEMBER 2021.
f) Peserta perlu mendapatkan persetujuan dan keizinan dari ibubapa / penjaga dan pihak sekolah bagi
menyertai program ini.
g) Keputusan Hakim adalah muktamad.
h) Pertandingan dibahagikan kepada SARINGAN AWAL dan SARINGAN AKHIR (FINAL)

------------------------------------------------------------------
3.1 SARINGAN AWAL:
------------------------------------------------------------------
a) Peserta perlu mengikut sesi taklimat secara dalam talian (Tarikh taklimat akan diumumkan dalam
laman facebook dan akaun daftar peserta & guru di dec4ir.com.
b) Peserta perlu mengikut siri kuliah rakaman dalam laman You Tube rasmi
(https://www.youtube.com/channel/UCyKFhWgi5DF-ilnQ1qIt0bg)
c) Peserta akan menduduki & menjawab soalan Kuiz secara dalam talian (secara berkumpulan) pada
bulan JUN/JULAI 2021.
d) Peserta hanya boleh menduduki sesi kuiz sekali sahaja (Tiada ulangan).
e) Peserta terbaik dari setiap negeri akan terpilih ke peringkat Saringan Akhir.

* Tarikh tertakluk kepada perubahan semasa

------------------------------------------------------------------
3.2 SARINGAN AKHIR (FINAL):
------------------------------------------------------------------
a) Setiap kumpulan peserta akhir (Finalist) WAJIB bertanding di peringkat akhir.
b) Kumpulan finalis perlu menyelesaikan tugasan finalis yang akan dimaklumkan pada bulan
SEPTEMBER 2021.

------------------------------------------------------------------
4. MEDIA SOSIAL
------------------------------------------------------------------
Semua peserta WAJIB Like, subscribe, follow dan Share:
a. Subscribe --> You Tube: www.youtube.com/channel/UCyKFhWgi5DF-ilnQ1qIt0bg
b. Like & Share --> Laman Facebook: www.facebook.com/droneeduchallenge
c. Follow --> Instagram: www.instagram.com/droneeduchallenge
d. Pengumuman & keputusan pertandingan hanya akan dipaparkan di laman sosial rasmi diatas.
e. Pihak penganjur berhak untuk menggantungkan e-Sijil penyertaan dan hadiah-hadiah kepada
peserta yang gagal menuruti syarat-syarat diatas.

------------------------------------------------------------------
5. TUNTUTAN HAK CIPTA
------------------------------------------------------------------
Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan
menayangkan pada skrin mana-mana hasil karya yang menang atau tidak di laman web, pameran, mana-
mana media yang lain atau media social untuk tujuan penganjur.

------------------------------------------------------------------
6. TANGGUNGAN
------------------------------------------------------------------
a) Segala perbelanjanan dan kelengkapan peralatan seperti telefon pintar, komputer riba, talian
internet, lain-lain yang berkaitan dengan penyertaan pertandingan adalah atas tanggungan pihak
sekolah dan peserta sendiri.
b) Pihak penganjur tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku apa-apa kecederaan / kemalangan
/ kehilangan hartabenda sepanjang tempoh pertandingan.
c) Sila sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Terkini sepanjang program berlangsung
bagi menangani penularan pandemik COVID-19

Anda mungkin juga menyukai