Anda di halaman 1dari 2

SOALAN: Bincangkan kesan-kesan globalisasi terhadap pembangunan

sesebuah negara sedang membangun.

Pendahuluan:

 Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan TM(langit terbuka / liberalisasi)
 Akibatnya berlaku aliran barangan / perkhidmatan / idea / maklumat secara bebas tanpa
disekat.
 Proses ini boleh membawa kebaikan dan keburukan.

ISI-ISI:

1. Globalisasi akan memajukan ekonomi negara.

 Dengan kemajuan telekomunikasi, maklumat ekonomi boleh diikuti sepenuhnya.


 Peniaga boleh menghubungi seluruh dunia dengan sidang video, Internet dan E-mail.
 E-dagang dan E-banking juga dapat dijalankan.
 Dengan ini, peniaga boleh meluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh
dunia.
 Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan.(berniaga/membeli-belah melalui elektronik.)
 Peniaga dan pengguna menjual dan membeli barangan melalui internet.
 Oleh itu, ekonomi negara berkembang pesat. (promosi pelancongan)
(ekonomi bidangan / berlaku pengkhususan kerja. Negara kaya melabur di negara miskin.

2. Globalisasi mewujudkan kerjasama dan persefahaman sejagat.

 Seluruh dunia boleh berhubung dan berinteraksi.


 Kita boleh bertukar pengetahuan, pengalaman, budaya dan sebagainya.
 Dengan ini salah faham dapat dikurangkan.(Hubungan erat dapat dijalin)
 Sebarangan peristiwa dan keadaan di tempat yang lain akan diketahui dengan segera.
 Dengan itu, kita boleh membantu negara yang berada dalam kecemasan.
 Jadi, persefahaman sejagat yang lebih erat dapat dicapai.

3. Pemindahan teknologi ke negara kita akan bertambah pesat akibat globalisasi.

 Pelabur asing dengan mudah membawa teknologi baru ke negara lain.


 Misalnya syarikat Microsoft/IBM/Acer/Intel dsn melabur di MSC.
 (Modal, pekerjaan, latihan tenaga pakar)
 Pusat penyelidikan dan pembangunan R&D teknologi multimedia/teknologi canggih akan
muncul.
 Syarikat komputer akan menjalankan R&D di MSC.
 Rakyat kita yang turut terlibat akan menjadi mahir selepas dilatih. (dapat bantuan melalui
internet)
 Mereka lambat laun akan mampu menerap teknologi canggih asing.
 Dalam jangka panjang Malaysia akan mampu mencipta teknologi(R&D) sendiri.
 (Membolehkan pertukaran idea, ilmu dan maklumat yang berguna.)
4. Globalisasi juga menyebabkan penjajahan ekonomi oleh negara-negara maju.

 Globalisasi menyebabkan negara maju mengetahui kedudukan ekonomi kita dengan telus.
 Mereka juga dengan mudah terlibat dalam perniagaan saham BSKL kita.
 Mereka juga dapat membuat spekulasi mata wang kita.
 Akibatnya penyangak mata wang barat seperti George Soros berjaya meruntuhkan
ekonomi Asia.
 Kegawatan ekonomi Asia 1997/1998 sehingga hari ini belum pulih sepenuhnya.
 Selain itu, negara maju dapat menguasai pasaran negara membangun.
 Dengan kekuatan kewangan dan kemajuan TM, mereka dapat mempengaruhi minda
Dunia Ketiga.
 Propaganda melalui TM menyebabkan rakyat D Ke-3 membeli barangan mereka.

5. Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku.

 Kini, TM/telekomunikasi begitu canggih sehingga melampaui sempadan negara.


 Budaya liar dari barat dapat kita ikuti melalui internet, TV dsn.
 Budaya liar ini langsung tidak dapat ditapis.
 Maka generasi muda terikut-ikut dengan nilai runtuh seperti….
 Seluruh dunia akan dipengaruhi oleh budaya barat yang dominan.
 Budaya tempatan yang murni akhirnya dikikis oleh globalisasi.
 Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh.

Penutup:

 Globalisasi telah membawa kesan besar dari segi ekonomi, politik dan sosiobudaya.
 Penduduk dunia perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan keimanan yang
tinggi bagi menapis kesan globalisasi.
 Dengan ini, barulah globalisasi benar-benar memberi faedah kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai