Anda di halaman 1dari 6

BERI YANG TERBAIK KEPADA TUHAN

Minggu ke-1 Mei 2021


Ayat : Kejadian 4:2b – 4
Adam dan Hawa dikurniakan dengan dua anak lelaki iaitu Habel dan Kain. Habel menjadi gembala domba,
tetapi Kain menjadi petani. Beberapa waktu kemudian, Kain mengambil sebagian daripada hasil tuaiannya lalu
mempersembahkannya kepada TUHAN. Kemudian Habel mengambil seekor anak domba sulung dan
menyembelih anak domba itu, lalu memberikan potongan-potongan yang terbaik sebagai persembahan kepada
TUHAN. TUHAN berkenan kepada Habel dan persembahannya, tetapi Dia tidak berkenan kepada Kain dan
persembahannya. Maka Kain marah dan mukanya masam

Aktivitas
Terangkan kepada adik-adik TUHAN berkenan dengan pemberian Habel kerana dia memilih potongan-
potongan anak domba yang terbaik untuk diberi kepada TUHAN, lagipun anak domba yang disembelih itu
bukan sebarang anak domba tetapi yang sulung. Kita dapati Habel memang cuba untuk memberi hasilnya yang
terbaik kepada TUHAN manakala bagi Kain, dia ambil sahaja sebahagian daripada hasil tuaiannya. Sebab itu
TUHAN berkenan dengan persembahan Habel tetapi tidak berkenan dengan persembahan Kain. Demikianlah
apabila kita memberi sesuatu kepada TUHAN, pemberian itu dalam bentuk uang tunai ataupun tenaga, dan
khidmat, berilah yang terbaik kepada TUHAN. Pemberian kita haruslah timbul dari hati yang bersyukur dan
tanda kasih kepada TUHAN dan bukan kerana kita kita terpaksa.

Cetak gambar anak domba untuk adik-adik, beri mereka kapas dan kertas supaya boleh melekatkan kapas untuk
menjadi bulu domba. Akhirnya mereka boleh mewarnakan anak domba mereka.
ALLAH MENGASIHI ORANG YANG
MEMBERI DENGAN SENANG HATI
Minggu ke-2 Mei 2021
Ayat : 2 Korintus 9 :7

Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan
sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati. Anak-anak diajarkan tutup mata
sebelum memberi, setelah itu ditanyakan kira kira mau beri berapa kepada Tuhan hari ini. Ditanyakan juga
apakah memberi persembahan itu berat atau dengan senang hati. Dijelaskan kenapa kita harus memberi
persembhan setiap minggu.

Aktiviti
Beri setiap adik sekeping kertas bergambar Muka Gembira (Happy Face) dan bantu mereka menghias orang
itu. Mereka boleh melukis dengan menambahkan rambut, topi, misai, riben dan sebagainya pada gambar.
IMAN DAN PERBUATAN
Minggu Ke-3 Mei 2021

Yakobus 2 : 14 – 25

Saudara-saudaraku! Tidak ada gunanya seorang Kristian berkata, “Saya beriman,” jika perbuatannya tidak
membuktikan imannya. Iman semacam itu tidak dapat menyelamatkan dia. Andaikan seorang saudara lelaki
atau saudara perempuan memerlukan pakaian dan tidak mempunyai cukup makanan. Tidak ada gunanya kamu
berkata kepadanya, “Allah memberkati kamu! Pakailah baju panas dan makanlah dengan secukupnya!” – jika
kamu tidak memberikan keperluan sehari-hari kepadanya. Demikian jugalah dengan iman. Jika iman tidak
dinyatakan dengan perbuatan, iman itu sia-sia!

Mengapakah Allah berkenan kepada nenek moyang kita Abraham? Allah berkenan kepada Abraham kerana
perbuatan Abraham, iaitu mempersembahkan Ishak, anaknya di atas mazbah, sebagai persembahan kepada
Allah. Kamu tidak nampakkah bahawa Abraham menunjukkan imannya dengan perbuatannya? Oleh itu, iman
Abraham menjadi sempurna. Perkara itu sesuai dengan ayat Alkitab, “Abraham percaya kepada Allah, dan
kerana imannya Allah menerima dia sebagai orang yang melakukan kehendak Allah.” Itulah sebabnya Abraham
disebut sahabat Allah. Jelaslah sekarang bahawa Allah berkenan kepada seseorang kerana perbuatan orang itu,
dan bukan hanya kerana imannya.

Aktivitas

Terangkan kepada adik-adik maknanya iman – kepercayaan kepada Tuhan. Kemudian terangkan kepada
mereka makna perbuatan – kerja baik yang dilakukan disebabkan kasih dan iman seorang kepada Allah.
Ingatkan adik-adik iman dan perbuatan mestilah digerakkan bersama-sama – kita yang percaya kepada Allah
mesti melakukan perbuatan baik kerana Allah berkenan dengannya.

Cetak atau lukis rangka besi bagi adik-adik. (Gambar di bawah, kanan) Bantu adik-adik melukis, pada satu tayar
tulis “Iman” dan pada satu lagi tayar lukis “Perbuatan”. Iman dan perbuatan hendaklah digerakkan bersama-
sama semasa menunggang sebuah basikal

.
AMPUNI KESALAHAN ORANG
Minggu Ke-4 Mei 2021

Lukas 17 : 3-4

Yesus mengingati kita jika saudara kita berdosa, tegurlah dia. Jika dia bertaubat, ampunilah dia. Jika dia berdosa
terhadap kita tujuh kali dalam sehari dan tiap-tiap kali dia datang kepada kamu serta berkata, “Saya minta
ampun,” kamu harus mengampuninya. Perintah Yesus sangat jelas, iaitu kita patut mengampuni orang yang
berdosa terhadap kita kerana Tuhan telah mengampuni dosa-dosa kita.

Aktivitas

Sediakan kertas ukuran A4 untuk setiap adik. Potong garis atas kertas itu tetapi tinggalkan kira-kira 1cm pada
keempat-empat sisi kertas seperti dalam gambar di bawah. Selepas itu, seobek semua jalur-jalur kertas kecuali
satu dan berikan setiap adik kertas itu.

Beritahu adik-adik, kertas itu sepertii garis yang hampir putus. Garis ini mewakili perhubungan yang tidak
baik antara dua orang. Bantu adik-adik mewarnakan garis itu dan kemudian gunakan pita pelekat (tape) untuk
menyambung kembali titi itu. Ingatkan adik-adik meminta ampun itu sangat penting, anak anak harus selalu
mengampuni orang lain. .
BERDOA SETIAP MASA
Minggu ke-5 Mei 2021
Ayat : Filipi 4:6
Saat kita dalam kesenangan atau kesusahan kita harus berdoa kepada Allah. Apabila kita berdoa kepada Allah
sambil mengucapkan kesyukuran, kesejahteraan dari atas yang tak mungkin kita fahami akan menjaga fikiran
kita agar kita tidak memiliki pikiran buruk..

Aktivitas
Cetakkan ayat Filipi 4:6 di bawah bagi adik-adik. Mereka boleh mewarnakan perkataan-perkataan supaya
menjadi berwarna-warni dan melekatkan ayat-ayat Filipi 4:6 pada dinding bilik sebagai peringatan.

Anda mungkin juga menyukai