Anda di halaman 1dari 70

Skip to content

Menu

Home » Blog » Ibadah » Seruan Bilal & Doa

SERUAN BACAAN BILAL SOLAT


TARAWIH & DOA SELEPAS SOLAT
TARAWIH
Oleh Muhamad Naim

Ini adalah panduan seruan bacaan bilal solat tarawih

Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda.

Doa selepas solat tarawih juga turut disediakan untuk membantu anda mengerjakan
ibadah tarawih dengan lebih sempurna.

Semoga panduan ini dapat membantu anda.

Isi Kandungan

 Bacaan Bilal Solat Tarawih


 Pembukaan
 Selepas Rakaat 2
 Selepas Rakaat 4
 Doa Selepas Rakaat 4
 Selepas Rakaat 6
 Selepas Rakaat 8
 Doa Selepas Rakaat 8
 Doa Selepas Solat Tarawih
 Bacaan Sebelum Solat Witir
 Wirid & Doa Penutup Selepas Witir
 Hukum Membaca Selawat dan Taradhi (Menyebut Nama Sayyidina Abu
Bakar, Umar, Utsman dan Ali) Dalam Solat Tarawih
 Penutup
BACAAN BILAL SOLAT TARAWIH
Bacaan-bacaan ini telah disusun mengikut urutan dan dilabelkan untuk bacaan Bilal,
Makmum dan Imam.

Tuan puan hanya perlu mengikut susunan yang telah disediakan:

Pembukaan
Bilal

Untuk memulakan solat tarawih, bilal akan menyebut lafaz ini:

2
  Subhanallah Walhamdulillah Wa Laa ilaaha illallaah Wallahu Akbar, Walaa Haula
Walaa Quwwata illaa Billa Hil Aliyyil ‘Azim  

Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, dan Allah Maha
Besar. Tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan  Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Agung.

Bilal

Seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:

3
 Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad

Makmum

Kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

4
 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

5
Bilal

Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh


Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad 

Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami
(kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.

Makmum

6
Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Allah mencurahkan  rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz: 

 al Badrul Muniiru Muhammad 

Bulan yang bercahaya Nabi Muhammad

7
Makmum

Para jemaah menjawab  beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

Bilal

Bilal menyeru jemaah untuk mendirikan Solat Sunat Tarawih dengan lafaz:

8
 Solaatut Taraawiihi Min Qiyaami Syahri Ramadhona Asaa Bakumullah 

Solat Tarawih menghidupkan Bulan Ramadan, semoga Allah memberikan ganjaran pahala

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Assolatu laa ilaha illallaah 

Dirahmati, tiada Tuhan melainkan Allah

Maka bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih yang pertama


sebanyak 2 rakaat.

Selepas Rakaat 2
Bilal

Sesudah salam solat 2 rakaat yang pertama, bilal akan melafazkan:

9
 Fadlan minallahi wa ni’mah 

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.

Makmum

Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

10
 Wamaghfirotaw Warahmah, Laa ila Ha illallahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul-
Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wa Yumitu, Wahuwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir 

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya,
Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan
Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

Bilal

Bilal berselawat lagi:

11
 Allahumma solli ‘ala Muhammad 

Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

Makmum

Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

Bilal

12
Disambung bilal dengan lafaz selawat:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad

Makmum

Makmum menjawab selawat:

13
 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

14
 al-Khalifatul Awwalu Ba’da Rasulillahi Sollallahu ‘Alaihi Wasallama Amiirul
Mu’minin Sayyidina Abu Bakrin as-Siddiq 

15
Khalifah pertama setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin
orang-orang beriman, Saidina Abu Bakr As-Siddiq  RA.

Makmum

Para jemaah menjawab:

 radiyallahu anh 

Telah reda Allah ke atas beliau

Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya  

Selepas Rakaat 4
Bilal

Sesudah salam solat kedua, bilal akan menyebut lafaz:

16
 Subhanal malikil ma’bud 

Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)

Makmum

Para jemaah beramai-ramai menjawab:

17
18
 Subhanal Malikil Maujud, Subhanal Malikil Hayyillazi Laa YanaaMu WaLaa
YamuuTu Walaa YafuuTu Abada. Subbuhun Quddusun Robbuna WaRobbul
Malaa-’ikati Warruhi, Subhanallahi WalHamdulillahi WaLaa ilaHa illallahu Wallahu
Akhbar, WaLaa HauLa Walaa QuwwaTa illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azim. 

Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus,
Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan
melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah
Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Bilal

Seterusnya bilal berselawat:

 Allahumma solli ‘ala Muhammad 

Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW.

Makmum

Makmum menjawab selawat:

19
 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

Bilal

Disambung oleh bilal dengan selawat:

20
 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

21
 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh
Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad 

Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami
(kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.

Makmum

22
Para jemaah menjawab:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

23
Doa Selepas Rakaat 4

24
Imam

25
26
Audio Player

00:00

00:00

Allahumma inna Nas Aluka Ridho Ka Waljannah Wa Na’Uzubika Min SaKhotika-


wannar. Allahumma innaka ‘Affuwwun Karimun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anna, Wa
‘An Waa Lidinaa Wa An Jami’il Muslimina Wal Muslimat, Birahmatika Ya
Arhamarrohimin. Wasollollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi
Wasohbihi Wabaaroka Wasallam 

Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan
syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha
pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin
dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita
Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.

Bilal

Sesudah doa, bilal menyebut:

27
Al-Khilafatus Tsani Ba’da RasuuLillahi Sollallahu ‘Alaihi Wassallama Amiirul
Mu’minin Sayyidinaa Umar Ibni al-Khattab Radhiyallahu Anh

28
Khalifah kedua setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin
orang-orang beriman, Saidina Umar Al-Khattab RA.

Makmum

Para jemaah menjawab:

 radiyallahu anh 

Telah reda Allah ke atas beliau

Maka bangun untuk mengerjakan solat tarawih yang seterusnya

Selepas Rakaat 6
Bilal

Sesudah salam solat 2 rakaat yang pertama, bilal akan melafazkan:

29
 Fadlan minallahi wa ni’mah 

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.

Makmum

Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

30
 Wamaghfirotaw Warahmah, Laa ila Ha illallahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahul-
Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wa Yumitu, Wahuwa ‘Ala Kulli Syai-in Qadir 

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya,
Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan
Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.

31
Bilal

Bilal berselawat lagi:

 Allahumma solli ‘ala Muhammad 

Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad

Makmum

Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

32
Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

Bilal

Disambung bilal dengan lafaz selawat:

 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad

Makmum

33
Makmum menjawab selawat:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

34
Al-Khilafatul Tsalist Ba’da RasuuLillahi Sollallah ‘Alaihi Wassallama Amiirul
Mu’minin Sayyidinaa ‘Utsmaan Ibnu ‘Affan Radhiyallahu Anh

35
Khalifah kedua setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin
orang-orang beriman, Saidina Umar Al-Khattab RA.

Makmum

Para jemaah menjawab:

 Radiyallahu Anh 

Telah reda Allah ke atas beliau

Selepas itu bangun untuk mengerjakan Solat Tarawih seterusnya  

Selepas Rakaat 8
Bilal

Sesudah salam solat kedua, bilal akan menyebut lafaz:

36
 Subhanal malikil ma’bud 

Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)

Makmum

Para jemaah beramai-ramai menjawab:

37
38
 Subhanal Malikil Maujud, Subhanal Malikil Hayyillazi Laa YanaaMu WaLaa
YamuuTu Walaa YafuuTu Abada. Subbuhun Quddusun Robbuna WaRobbul
Malaa-’ikati Warruhi, Subhanallahi WalHamdulillahi WaLaa ilaHa illallahu Wallahu
Akhbar, WaLaa HauLa Walaa QuwwaTa illa Billahil ‘Aliyyil ‘Azim. 

Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus,
Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan
melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah
Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Bilal

Seterusnya bilal berselawat:

 Allahumma solli ‘ala Muhammad 

Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad SAW.

Makmum

Makmum menjawab selawat:

39
 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

Bilal

Disambung oleh bilal dengan selawat:

40
 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wa Maulana Muhammad 

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami ketua kami Nabi Muhammad

Makmum

Para jemaah menjawab beramai-ramai:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

Bilal

Disambung oleh bilal dengan lafaz:

41
 Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Wanabiyyina Wahabibina Wa Syafi-‘Ina WaZukh
Rinaa Wa Maulaanaa Muhammad 

Ya Allah, anugerahkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami
(kelak), pertaruhan kami, dan pemimpin kami Nabi Muhammad.

Makmum

42
Para jemaah menjawab:

 Sollallaah Wasallama ‘Alaih 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.

43
Doa Selepas Rakaat 8

44
Imam

45
46
Audio Player

00:00

00:00

Allahumma inna Nas Aluka Ridho Ka Waljannah Wa Na’Uzubika Min SaKhotika-


wannar. Allahumma innaka ‘Affuwwun Karimun, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anna, Wa
‘An Waa Lidinaa Wa An Jami’il Muslimina Wal Muslimat, Birahmatika Ya
Arhamarrohimin. Wasollollahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Alihi
Wasohbihi Wabaaroka Wasallam 

Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan
syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha
pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin
dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita
Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.

Bilal

Sesudah doa, bilal menyebut:

47
48
Al-Khilafatur-raabi’ Ba’da RasuuLillahi Sollallahu ‘Alaihi Wassallama Amiirul
Mu’minin Sayyidinaa Ali Ibni Abi Thalib Karamallahu Wajhah

Khalifah keempat setelah Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian, pemimpin
orang-orang beriman, Saidina Ali bin Abi Talib RA.

Makmum

Para jemaah menjawab:

 Radiyallahu Anh 

Telah reda Allah ke atas beliau

Setelah selesai tarawih 8 rakaat Tarawih, maka bacalah doa Tarawih


seperti di bawah ini

DOA SELEPAS SOLAT TARAWIH


Setelah selesai 8 atau 20 rakaat dan bacaan selawat, imam mengakhiri solat sunat Tarawih dengan
membaca doa ini:

49
50
Kredit bacaan doa kepada Ustaz Ikmal Zaidi Hashim

Bismillahirrahmanir rahim.

Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala


Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin,  walifara idhika muaddin. Wa
lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil
hudaa mutamassikiin.

Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i
raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i
sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal
haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.

Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min
sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa
mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma
‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa
iwassoolihin.

Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail
maqbuuliin. Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana
Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali
ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa

wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il
muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal
amwaat.

Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati


wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.

Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh
tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,

51
Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam.
Walhamdulillahi robbil  Aalamin.

Maksudnya:

Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan
mencukupkan pertambahannya. Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian
ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan
keluarga serta sahabat-sahabatNya. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna.
Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan
keampunanMu kami harapkan. Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia,
zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan
bersabar dengan bala bencana. Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian,
kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang
mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan
makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah
Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh. Ya Allah, jadikan
kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima
amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami. Ya Tuhan kami,
afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami,
suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke
atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing
kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami
wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat. Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan
keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah,
peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut
daripada orang Islam. Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami menghadapi orang
kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon. Dan sempurnakanlah untuk kami wahai
Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang
mengasihani. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan
Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.

BACAAN SEBELUM SOLAT WITIR


Selepas berdoa, diikuti dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat.

Solat witir didirikan sebanyak 3 rakaat dengan dua salam.

52
Bilal

Untuk memulakan solat sunat witir, bilal menyeru:

A.Lafaz bilal untuk awal Ramadan sehingga malam 15 Ramadan

Autiruu Wa Majjidu Wa ‘Azzimu Syahrokum Syahrossiyami Rahimaku-mullah. 

Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa. Mudah-mudahan
kamu semua dirahmati Allah.

B.Lafaz bilal untuk malam 16 Ramadan hingga akhir Ramadan (ada doa qunut):

53
Autiruu Wa Majjidu Wa ‘Azzimu  WaqNutu  Syahrokum Syahrossiyami Rahimaku-
Mullah. 

Berwitirlah kamu, muliakan dan agungkanlah serta berqunutlah kamu akan bulan kamu iaitu bulan puasa.
Mudah-mudahan kamu semua dirahmati Allah.

Makmum

Makmum menjawab beramai-ramai:

54
 Assolatu laa ilaha illallaah  

Dirahmati, tiada Tuhan melainkan Allah

Bilal

Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad

Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, Nabi Muhammad.

Makmum

55
Sollallahu Wasalllama ‘Alaihi

Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.

Bilal

Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidina WamaulaaNaa Muhammad

Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, ketua kami, Nabi Muhammad.

Makmum

56
Sollallahu Wasallama ‘Alaihi

Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.

Bilal

57
Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Wa Nabiyyinaa Wa Habibina Wa Syafii’Inaa Wa
Zuhrina Wa Maulaanaa Muhammad

Ya Allah, rahmat dan salam sejahtera kepada junjungan besar kami, kekasih kami, ingatan kami, ketua kami,
Nabi Muhammad.

Makmum

58
Sollallahu Wasallama ‘Alaihi

Selawat dan salam dari Allah ke atasnya.

Lakukan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam.


Nota

Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan, disunatkan membaca Doa Qunut para rakaat yang
akhir solat sunat witir.

Doa Qunut tersebut adalah sama seperti doa qunut solat fardu subuh

WIRID & DOA PENUTUP SELEPAS WITIR


Selesai Solat Witir, bacalah wirid dan doa penutup sebagaimana berikut:

1.Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek

Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:

59
 Yaa Latiffu Ya Kafii Ya Hafizu Ya Syafii 

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.

2.Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.

 Yaa Latiffu Ya Wafii Ya Karimmu Antallah 

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.

3.Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:

60
 Laa ilah Ha illallah 

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

4.Selesai wirid, maka tutuplah solat pada malam tersebut dengan Doa Penutup ini:
Imam

61
62
Kredit bacaan doa Inteam Digital

Allahumma Rabbana Taqabbal Minna Solatana Wasiyamana Waqiyamana Waruku


Aana Wasujudana Wata Khosyu Aana Wata Aabbu Dana Wata Dorru Aana
Watammim Taksii Rana Ya Allah, Birahmatika Ya ArhamarRaahimin, Ya Rabbal
Aalamin. Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi
Wabaroka Wasallam, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. 

Maksudnya:

Ya Tuhan, Tuhan kami, terimalah doa dan puasa kami, doa kami, doa kami, sujud kami, ibadah kami,
penghormatan kami, dan keletihan kami, dan kesulitan kami, dengan rahmatMu, kasihanilah wahai Tuhan
sekalian alam. Dan selawat dan salam Allah kepada ketua kita Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan
keberkatan serta kedamaian, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

HUKUM MEMBACA SELAWAT


DAN TARADHI (MENYEBUT NAMA SAYYIDINA ABU
BAKAR, UMAR, UTSMAN DAN ALI) DALAM SOLAT
TARAWIH
Perkara ini diperbolehkan, bahkan disunatkan jika berniat untuk membaca selawat
atau taradhi secara umum.

Boleh rujuk:

1. Bughyah al-Mustarsyidin, ms.25


2. Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 1/266 (Sumber ambilan: Ngaji Fiqih, 1/251-
252)
3. 1157 Persoalan Solat, Ustaz Muhadir Haji Joll, ms.1294
PENUTUP
Setelah selesai melaksanakan solat witir, maka selesailah solat sunat tarawih untuk
malam tersebut.

63
Ambillah peluang ini untuk beramah mesra sesama keluarga untuk mengeratkan
hubungan silaturrahim.

Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini.

Kongsikan artikel ini:

 Click to share on Facebook (Opens in new window)


 Click to share on Twitter (Opens in new window)
 Click to share on Telegram (Opens in new window)
 Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
 2Click to share on Pinterest (Opens in new window)2

Artikel Berkaitan:

CARA SOLAT TARAWIH (Panduan Lengkap Rumi)

64
NIAT & CARA QADA SOLAT (Ganti Solat Fardu)

Panduan Bacaan Al-Fatihah Dalam Solat (Siri Solat Sempurna)

TagsBacaan Solat, Ramadan

Tinggalkan Komen Anda..


1500

552 COMMENTS

Komen Terbaru 

DIN

 1 hari yang lalu

Salam tuan…. Saya sembahyang di masjid di perlis…. Imam buat witir 3 rakaat 1 salam….
Bukankah biasanya buat 3 rakaat 2 salam? Mohon pencerahan tuan….
 Balas

Muhamad Naim

Penulis

Reply to  DIN

65
 22 jam yang lalu

Wassalam.
Boleh tuan witir 3 rakaat 1 salam, hukumnya harus.
Tapi yang lebih afdal adalah solat witir 3 rakaat 2 salam.
 Balas

Hafizah Mohamad Alias

 2 hari yang lalu

Alhamdulillah terima kasih. Panduan yang sgt berguna. Semoga Allah memberi kebaikan kpd
penulis dan kepada kita semua. InsyaAllah
 Balas

Muhamad Naim

Penulis

Reply to  Hafizah Mohamad Alias

 1 hari yang lalu

Aminn Ya Rabb
 Balas

M. A. Razak

 2 hari yang lalu

Sangat bagus utk para2 Belia yg hendak berlatih belajar menjadi Bilal


 Balas

Muhamad Naim

66
Penulis

Reply to  M. A. Razak

 1 hari yang lalu

Alhamdulillah, semoga bermanfaat untuk semua.


 Balas

Hazima

 3 hari yang lalu

Alhamdulillah…semoga Allah membalas jasa tuan membuat blog ini. Sgt bermanafaat.
 Balas

Muhamad Naim

Penulis

Reply to  Hazima

 1 hari yang lalu

Alhamdulillah.
Aamin Ya Allah.
 Balas

Azdmir

 5 hari yang lalu

Salam …ada kekeliruan dan kmusykilan di bahagian bawah doa rumi selepas terawih…(daripada
orang islam??) Di bawah ni sya ada copy paste

67
. Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu
yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah,
musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam…..
Last edited 5 hari yang lalu by Azdmir

 Balas

Izzuddin

Reply to  Azdmir

 4 hari yang lalu

Mungkin Tuan tersalah tafsir barangkali


 Balas

Azdmir

Reply to  Izzuddin

 4 hari yang lalu

Boleh tuan betulkan kslahan sya..?


 Balas

Muhamad Naim

Penulis

Reply to  Azdmir

 1 hari yang lalu

Wassalam,

68
Maksud ayat tersebut adalah para musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut yang
terdiri daripada orang Islam.
( wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin)
 Balas

LIHAT KOMEN YANG TERDAHULU ➽

Sertai Channel Telegram Kami


Dapatkan update terbaru dari kami melalui Telegram secara PERCUMA!

 Sertai Sekarang!

Panduan Lengkap

 Doa Selepas Solat


 Panduan Solat Fardu
 Qada Solat (Cara Ganti Solat)
 Panduan Solat Jenazah
 Panduan Solat Taubat
 Panduan Solat Tahajjud
 Panduan Solat Dhuha
 Panduan Solat Jamak & Qasar
 Panduan Solat Hajat
 Solat Sunat Rawatib (Ba’diyyah & Qabliyyah)
 Panduan Solat Sunat Tasbih
 Panduan Solat Tarawih
 Panduan Solat Witir
 Panduan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
 Panduan Solat Sunat Fajar
 Senarai Solat-Solat Sunat

69
 Senarai Doa-Doa Harian
 Panduan Taubat Nasuha
 Panduan Melaksanakan Qiamullail
 Niat Puasa Ganti Ramadan

Lihat Senarai Penuh Panduan 🌷

IKUTI AKUISLAM DI:


 Notis Privasi
 Disclaimer
© 2021 Hak Cipta Terpelihara akuislam.com





70

Anda mungkin juga menyukai