Anda di halaman 1dari 2

Membaca merupakan proses yang paling banyak dilalui oleh pelajar semasa

mereka menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Mereka membaca untuk


mencari bahan tugasan, menganalisis teks untuk mendapatkan maklumat,
membaca jurnal, laporan dan sebagainya. Dapatan kajian pada keseluruhannya
menujukkan aspek kemahiran membaca berada pada tahap sederhana
(Baharin, Othman, Syed Mohd Shafeq, & Jaliza, 2007). Menurut Kamarul Azmi
dan Ab. Halim (2007) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan
teknologi pendidikan boleh dipraktikkan bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran guru terutama pendidikan Islam, di samping
minat dan tumpuan pelajar dapat ditarik menerusi perancangan penggunaan
yang rapi. Menurut Kamarul Shukri (2010) mendapati penggunaan teknologi
dalam proses pembelajaran menjadi lebih berkesan, cekap dan menunjukkan
pencapaian positif sekiranya berada dalam pengajaran dan pembelajaran
yang betul

Aktiviti pengajaran berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai


penyampai ilmu. Keberkesanan pengajaran banyak bergantung kepada
kejayaan guru dalam mencapai objektif pengajarannya untuk membantu
pelajar. Kedua-dua peranan tersebut amat penting dalam usaha meningkatkan
keinginan pelajar untuk terus menerokai pengetahuan baru yang kadangkala
menjangkaui batasan keupayaan seseorang pelajar (Awatif, Hairun Najuwah,
Ku Fatahiyah, & Nor Syaidah, 2016). Kajian yang dilakukan mendapati bahawa
masih terdapat guru yang tidak memanfaatkan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran mereka dan mereka masih mengamalkan kaedah pengajaran
secara tradisional yang lebih berpusatkan guru (Khadijah & Shahrin, 2006
dalam Siti Fatimah & Ab. Halim, 2010). Namun faktor ini dapat di atasi dengan
kehadiran ICT dalam pendidikan di Malaysia. Pengintegrasian teknologi dalam
pengajaran akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan
penggabungjalinan penggunaan multimedia. Oleh itu, media Internet sangat
sesuai digunakan bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran membaca
bahasa Arab dalam kalangan pelajar.
Sehubungan itu, berdasarkan beberapa isu dan permasalahan yang
diperbincangkan menunjukkan bahawa kemahiran membaca merupakan salah
satu kemahiran asas berbahasa yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk
mencapai tahap kecekapan berbahasa yang baik. Seiring dengan
perkembangan teknologi, kemahiran membaca dapat dipelajari melalui
Internet. Oleh itu, pengkaji mengambil langkah positif untuk menjalankan
kajian bagi meninjau manfaat penggunaan internet dalam mempelajari
kemahiran membaca bahasa Arab.

Menurut Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007) bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar berasaskan teknologi pendidikan boleh dipraktikkan bagi
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru terutama
pendidikan Islam, di samping minat dan tumpuan pelajar dapat ditarik
menerusi perancangan penggunaan yang rapi. Menurut Kamarul Shukri (2010)
mendapati penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran menjadi lebih
berkesan, cekap dan menunjukkan pencapaian positif sekiranya berada
dalam pengajaran dan pembelajaran yang betul

‫وتظهر‬.‫القراءة هي واحدة من أمهية يف احلياة البشرية وكذلك لتطوير وتعزيز اجملتمع‬


& ،‫ سيد حممد شفيق‬،‫ عثمان‬،‫النتائج أن مهارات القراءة يف مستوى معتدل (هبارين‬
‫) إن استخدام الوسائط التمعددة مثل‬2008( ‫ وقال زمري و حممد أمني‬.)2007 ،‫جليزا‬
.‫اإلنرتنت ميكن أن خيلق بيئة تعلم ممتعة مع تقدمي املعلومات بسرعة ودقة وقادرة على جذب الطلبة‬
‫) إن استخدام التكنولوجيا يف عملية التعلم تصبح أكثر‬2010( ‫وأجرى قمرالشكري‬
‫ لذلك اختذت‬.‫تأثري وكفاءة ويظهر إجناز اجيايب إن كان التعليم والتعلم يف طريق صحيح‬
‫الباحثة خطوة إجيابية يف إجراء دراسة الستعراض فوائد استخدام اإلنرتنت يف تعلم مهارة‬
‫القراءة العربية‬.

Anda mungkin juga menyukai