Anda di halaman 1dari 1

Tatabahasa SPM

LATIHAN SET 1

Soalan 3 : Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat sepuluh kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat sembilan
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Langkah untuk membanteras krisis kegawatan ekonomi adalah pihak kerajaan


mengawal pengaliran keluar wang negara ke negara lain. Jika sekiranya sebelum ini,
masyarakat Malaysia gemar melancong ke negara asing, maka sekarang mereka seharusnya
melancong di dalam negara sendiri dan membatalkan rancangan untuk melancong di luar
negara. Dengan membuat demikian, kita dapat mengelakkan pengaliran mata wang ke negara
yang dilawati oleh kita kerana salah satu penyebab dan punca kegawatan ekonomi ialah
pengaliran wang yang banyak ke negara lain. Pengaliran mata wang Malaysia juga dapat
dikurangkan dengan mengurangkan import dan menambahkan eksport. Ini perlu diberi
penekanan yang sewajarnya kepada sektor tertentu. Unit pelancongan negara juga memainkan
peranan penting, terutamanya dalam kawasan pendalaman yang belum diusahakan
sepenuhnya. Pengusaha tempat pelancongan harus meningkatkan atau meluaskan promosi ke
seluruh dunia untuk mengalakkan pelancong asing datang ke negara ini.

Sumber : https://stpm-study.blogspot.com/2013/10/langkah-langkah-untuk-
menangani.html
[10 markah]

Petikan 2

Kepenggunaan pengangkutan awam memang banyak kelebihannya jika hendak


dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian. Oleh itu, anggota masyarakat
digalakkan untuk mengunakan pengangkutan awam jika hendak pergi ke sesuatu destinasi.
Sekiranya suruhan ini tidak masyarakat ikuti sudah tentu banyak masalah-masalah yang
terpaksa akibat pencemaran alam yang berpunca dari asap kereta dan motosikal. Jadi, kita
perlulah menyokong langkah kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam
melalui kempen perngongsian kereta atau "car pool" untuk ke tempat kerja. Hal ini
menyebabkan pencemaran udara dikurangkan dan anggota masyarakat dapat menghirup udara
yang segar dan hidup di dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.

Sumber :http://khirkassim.blogspot.com/2010/01/karangan-spm-
berdasarkan-buku-teks.html
[9 markah]

Perkongsian Ilmu © Cikgu Khairul MBSSKL 2021

Anda mungkin juga menyukai