Anda di halaman 1dari 13

PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN.

ANBUKARASI UNNAMALAI

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 KONSEP PROFESIONAL DAN BUKAN


PROFESIONAL 2–5

2.0 SIFAT – SIFAT DAN KUALITI PERGURUAN 5–9

3.0 CARA – CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN –


KEMAHIRAN PROFESIONAL 9 – 11

4.0 PERANAN GURU DALAM ALAF BARU KHAS 11

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN 11 – 12

6.0 SENARAI RUJUKAN 12

LAMPIRAN

1 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

1.0 KONSEP PROFESIONAL DAN BUKAN PROFESIONAL


1.1 KONSEP ROFESIONAL

Konsep Kemahiran Profesional


Kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan pakar
dalam bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional
mampu melaksanakan tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi seseorang
yang profesional, dia bukan hanya mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga
mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain.

Tiga ciri kemahiran profesional guru :-

1. Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas yang diikhtiraf,


guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi
dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya.
2. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi.
3. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-
murid.

Tiga bidang ilmu yang diperolehi dari kemahiran belajar melibatkan penggunaan
mental :-

1. Bidang kognitif
2. Bidang afektif
3. Bidang psikomotor

2 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

Ciri guru yang menguasai kemahiran profesional berfikir


1. Dapat menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah.
2. Mahir dalam penyusunan maklumat, konsep atau idea.
3. Berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baru terutamanya dalam
pengajaran.

Peranan guru sebagai pemudahcara


1. Memberi bimbingan, motivasi dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya
agar menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran.
2. Memastikan penggunaan strategi pengajaran berpusatkan murid dan
berpusatkan bahan belajar.

Ciri – ciri profesional perguruan

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor
Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya ilmu.
 Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
 Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
 Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

3 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

 Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri


(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu).
 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah
bahagi.
 Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

1.2 KONSEP BUKAN PROFESIONAL

Konsep bukan profesional bermaksud tidak mempunyai kemahiran yang khusus


untuk mengajar. Pekerjaan sebagai guru merupakan perkhidmatan yang penting
kepada individu dan negara. Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.
Namun, keguruan dalam konsep bukan profesional merujuk kepada pekerjaan
guru yang tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai
latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia
menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu
pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah,
buku-buku dan sebagainya.

Guru yang tidak mempunyai kelulusan iktisas ini mengajar berdasarkan


pengalaman orang lain dan melalui beberapa pemerhatian dan sumbang saran
daripada rakan-rakan yang berpengalaman. Guru-guru ini memerlukan masa
untuk memahami dan mengaplikasikan pedagogi semasa melaksanakan tugas
sebagai seorang guru. Sikap ingin belajar dan mengajar ini merupakan suatu
kekuatan bagi seorang guru yang bukan profesional.

Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan atau ingin mengajar adalah tidak
sukar dan tidak banyak persaingan. Autonomi seseorang guru adalah terhad.
Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh

4 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

pentadbir sekolah dalam erti kata lain guru tidak mempunyai kuasa mutlak.
Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar
di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
kesatuannya. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru.
Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat
penubuhan mereka yang berbeza.

2.0 SIFAT – SIFAT DAN KUALITI PERGURUAN

Phillip Van Hooser (1998) menyatakan bahawa ada tiga unsur penting dalam
menentukan kejayaan. Tiga unsur ini  berkait  rapat antara satu sama lain dan
ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu
pengetahuan, kemahiran dan sikap).
 
Ilmu Pengetahuan: Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan
bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, bukan satu ukuran yang tepat
berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan
berkhidmat di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman
(understanding) terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan dalam
pengetahuan kerja yang praktikal.Misalnya, mengapliksikan ilmu pedagogi dalam
pengajaran dalam atau luar kelas bergantung kepada permasalahan yang
berlaku.

Kemahiran: kemahiran sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan


personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application).
Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task'
merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan.
Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme,
ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran (bertutur, membaca,
menulis , mendengar dan menaakul).

5 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

Sikap: Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Individu-indidvidu


yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap,
kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan
yang mereka hadapi dengan jayanya.

2.1 SIFAT – SIFAT PERGURUAN

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor
Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya ilmu.
 Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
 Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
 Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
 Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu).
 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.

6 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah


bahagi.
 Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

2.2 KUALITI PERGURUAN

Kualiti guru berkait rapat dengan tanggungjawab seorang guru kepada


profesionalisme keguruan. Sebagai seorang guru berkualiti harus
bertanggungjawab terhadap kurikulum yang ditugaskan kepadanya. Guru
memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk dalam
bidang pengajarannya, guru juga merupakan perancang pelajaran, penyedia
bahan pengajaran dan pembelajaran, fasilitator dan penasihat kepada murid.
Seorang guru perlu mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan
mampu mengeluarkan idea yang inovatif. Guru perlu mempunyai kepakaran
yang mencukupi untuk menjalankan tugas beliau secara efisien.

Guru yang berkualiti juga harus mempunyai tingkah laku kendiri. Guru harus
mempunyai sifat-sifat terpuji yang boleh diteladani oleh murid-murid. Aspek-
aspek yang perlu dimiliki oleh guru berkualiti dari segi emosi ialah sentiasa
menghayati nilai-nilai murni, norma dan etika perkhidmatan. Mempunyai
pemikiran yang positif dalam menjalankan tugas iaitu menganggap pergi
kesekolah sebagai pergi ke medan jihad dan menganggap kerja mengajar
sebagai satu ibadah tanpa sebarang alasan.

Guru juga harus berkualiti dari segi jasmani dengan mempunyai penampilan
dan imej diri yang baik iaitu cara berpakaian ,tingkah laku dan tutur kata. Imej
diri yang dipamerkan akan menjadi penilai diri seorang guru kepada murid.
Guru juga semestinya memiliki tubuh badan yang sihat agar dapat
menjalankan tugas dengan berkesan. Kemahiran fizikal seperti mahir dalam

7 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform bertujuan untuk melatih
murid. Hal ini penting kerana guru merupakan sumber rujukan murid dalam
menangani apa-apa masalah yang memerlukan keputusan dibuat secara adil.
Melibatkan diri dalam kokurikulum penting untuk pembentukan jati diri murid
kerana guru pemberi maklumat yang boleh dipercayai.

Kualiti perguruan juga terletak kepada taraf pencapaian kemajuan serta


kelakuan murid-murid. Kualiti pengajaran menjadi kayu ukur kepada
pencapaian murid. Guru perlu menguasai pengetahuan tentang teori-teori
pembelajaran yang mutakhir seperti teori pembelajaran behavioral, kognitif,
pembelajaran humanis dan teori pembelajaran kontruktivis. Terdapat juga
model-model pembelajaran yang dirancang untuk menghasilkan perubahan
tingkah laku murid seperti yang dijangkakan. Diantara model pengajaran yang
perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah model pengajaran ekspository,
model pengajaran pemerosesan maklumat, model pengajaran inkuiri dan
sebagainya.

Kualiti perguruan juga mementingkan guru yang intelek agar guru dapat
memberikan pengetahuan yang maksima kepada murid. Sebagai seorang
guru perlu ada sikap ingin tahu kebolehan akan kekal dalam diri sekiranya
guru menanamkan sifat ingin tahu. Sifat ini akan mendorong guru mempelajari
dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah
baik dari segi sukatan kurikulum mahupun kaedah mengajar. Kegemaran
membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu
pengetahuan.pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi
keyakinan kepada guru untuk menyampaikan pengajaran dengan
berkesan.sikap suka membaca juga dapat membezakan antara orang yang
berilmu dan orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca penting dalam
meningkatkan kualiti profesion guru.

Guru juga perlu peka akan perubahan persekitaran. Penggunaan ICT perlu
dikuasai oleh guru dalam menjaga kualiti perguruan. Perkembangan Sains

8 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

dan teknologi maklumat mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Untuk


kekal sebagai guru berkualiti setiap guru perlu mengaplikasi ICT di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan kita mengemas kini
kemahiran menggunakan komputer dengan menghadiri kursus-kursus IT dan
juga sentiasa bertanya rakan guru yang mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini
membolehkan kita mengajar dengan menggunakan ICT.

Kualiti profesionalisme guru perlu dipertingkatkan. Selain daripada kursus


perguruan pra –perkhidmatan, satu program latihan guru dalam perkhidmatan
jangka panjang dan bersistem perlu dirancangkan, guru perlu diberi latihan
dalam perkhidmatan secara berkala. Selain daripada Bahagian Pendidikan
Guru, Jabatan Pendidikan Negeri juga digalakkan membuat perancangan
jangka panjang dan latihan dalam perkhidmatan ini. Selain itu, peningkatan
dalam penguasaan bahasa Inggeris juga juga perlu diberi perhatian.
Penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas dan guru perlu sentiasa
berusaha meningkatkan penguasaan bahasa ini.

3.0 CARA – CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN – KEMAHIRAN


PROFESIONAL

Kemahiran menggurus bilik darjah oleh guru.

1. Pengurusan rutin bilik darjah


• Kemahiran tersebut termasuklah menanda jadual kedatangan murid setiap hari
persekolahan, mengutip yuran yang dikenakan kepada murid-murid, menyemak
keadaan fizikal bilik darjah dan sebagainya.

2. Pengurusan peraturan-peraturan bilik darjah


• Guru harus menyediakan dan mengurus peraturan-peraturan yang perlu ada di
dalam bilik darjah. Kita juga harus memastikan murid-murid mematuhi peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan itu.

9 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

• Memberi ganjaran atau hukuman yang setimpal sekiranya murid-murid melanggar


peraturan juga merupakan salah satu kemahiran yang perlu dalam kemahiran
mengurus peraturan-peraturan bilik darjah.

3. Penggunaan komputer dalam pendidikan.


Tiga bidang komputer dalam konteks pendidikan ialah:
a. Komputer Membantu Pendidikan (CAE)
• Iaitu penggunaan sistem komputer yang akan digunakan oleh guru sebagai bahan
bantu mengajar semasa proses pengajaran serta membantu mencapai objektif
pelajaran.

b. Komputer Membantu Pengajaran (CAI)


• Merupakan penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran.
Aplikasi komputer digunakan oleh pelajar terutamanya ketika mengikuti pelajaran
terancang atau penggunaan modul-modul pengajaran.

c. Komputer mengurus pengajaran (CMI)


• Penggunaan teknologi dan sistem komputer bagi tujuan mengumpul maklumat data
dan menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran di bilik darjah.

Dua kemahiran profesional yang perlu dikuasai oleh guru untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan.

1. Kemahiran Belajar
• Guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu
pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa.
• Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat
menerima ilmu pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya seseorang itu telah
memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajarannya,
maka dia akan dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya
murid-murid.

10 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

2. Kemahiran Merancang
Guru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran
akan berupaya memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan
kaedah mengajar serta dapat merancang aktiviti pengajaran yang sistematik.
Sekiranya guru dapat merancang pengajarannya dengan baik, ini akan menjamin
keberkesanan pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu
perkhidmatannya.

4.0 PERANAN GURU DALAM ALAF BARU KHAS

Peranan Guru sebagai Pendidik


1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan
pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta
pengetahuan ikhtisas keguruan.
2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada
diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang


sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan
keperluan pendidikan dan masa depan.
5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk
merangsang perkembangan pelajar.

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang


gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang

11 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri


mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang
profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah
patah semangat.
 
Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan
bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang
jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada
penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang
berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di
sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia
belajar dari kesilapan dan kelemahan.
 
Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah,
merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang
optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan
meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.
 
Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah
di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;

" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan,


menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat
dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian
hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan
berwawasan sebagai pendidik yang unggul."

6.0 SENARAI RUJUKAN

Arifin, I. 2000. Profesionalisme Guru: Analisis Wacana Reformasi Pendidikan dalam


Era Globalisasi. Simposium Nasional Pendidikan di Universitas Muhammadiyah
Malang

12 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)
PENSYARAH ILMU PENDIDIKAN : PN. ANBUKARASI UNNAMALAI

Sanusi, Ahmad. 1991. Studi Pengembangan Model Pendidikan Profesional Tenaga


Kependidikan. Bandung : IKIP Bandung

Usman, Uzer. 2000. Menjadi Guru Profesional. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya.

13 KDPM/KDC/SABK/BM/KSM AMBILAN NOV 2007 (Nur Habibah, Hamidah, Saadiah & Fazilah)

Anda mungkin juga menyukai