Anda di halaman 1dari 16

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang ”

            Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah swt. Dari-Nya kita memohon
pertolongan dan keampunan, seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan.
Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah swt, maka mereka tidak sesat
selamanya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi
Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya.

Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam
untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta
siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat.

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya ,
saya telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Terima kasih
diucapkan kepada semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahan
bahan dan maklumat untuk di jadikan bahan folio saya terutamanya kepada
keluarga saya. Seterusnya, tak lupa juga kepada pensyarah saya, yang banyak
memberi dorongan dan tunjuk ajar secara atas talian tanpa mengira masa dan
tenaga agar folio ini dapat di siapkan mengikut ketetapan tarikh yang diberikan

.
            Seperti tajuk folio yang telah diberikan iaitu "Ibadah sembelihan, korban dan
akikah", skop penulisan saya merangkumi tentang maksud sembelihan dalam islam
serta menjelaskan tentang lebih mendalam mengenai korban dan akikah.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini, dapat memberi
manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca.

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 1


1. MENJELASKAN SEMBELIHAN DALAM ISLAM

i-Maksud sembelih dalam islam

Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang dan


menghalalkan dagingnya. Penyembelihan menurut bahasa ialah Thayyib iaitu
mengelokkan. Pengertian kedua adalah Tatmim membawa maksud
menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara
sembelihan. Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi
menghilangkan nyawa binatang.

Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan
dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk
membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :

Maksudnya:
“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”

(Riwayat Ibnu ‘Abbas)

ii-Hukum beserta dalil sembelihan dalam islam

Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal
dimakan. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai
bangkai dan najis.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:

َّ‫ ُب ُع إِال‬7 ‫الس‬ َ ِ‫ير َو َما أ ُ ِه َّل لِ َغي ِْر هّللا ِ ِب ِه َو ْال ُم ْن َخ ِن َق ُة َو ْال َم ْوقُو َذةُ َو ْال ُم َت َر ِّد َي ُة َوال َّنط‬
َّ ‫ َل‬7‫يح ُة َو َما أَ َك‬ ِ ‫ت َعلَ ْي ُك ُم ْال َم ْي َت ُة َو ْال َّد ُم َولَحْ ُم ْال ِخ ْن ِز‬
ْ ‫حُرِّ َم‬
‫ب‬ ُ ‫َما َذ َّك ْي ُت ْم َو َما ُذ ِب َح َعلَى ال ُّن‬
ِ ‫ص‬

Maksudnya:“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak


disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk
semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah,
dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 2


tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang
sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah Al-Ma’idah 5:3)

DALIL PENSYARI‘ATAN PENYEMBELIHAN

Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Maksudnya:“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut


nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-
ayatNya.”(Surah Al-An‘am, 6:118)

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana
itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu
menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah
pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Riwayat Muslim)

iii-Kepentingan sembelihan dalam islam

Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang
Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif
pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan
sebagainya. Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya
akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula.

Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat.
Antaranya adalah seperti berikut:

 Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara
orang kafir dalam soal mematikan haiwan.
 Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram
dimakan oleh orang Islam.
 Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa
ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 3


 Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini
seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada
dalam darah haiwan tersebut.
 Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wata‘ala kerana haiwan dan
manusia adalah makhluk Allah subhanahu wata‘ala yang bernyawa.

iv-Menjelaskan rukun sembelih

Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihan terhadap binatang terbahagi


kepada 4:

1. Penyembelih

2. Binatang sembelihan

3. Alat untuk menyembelih

4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan.

Penyembelih:

 Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.
 Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.
 Berakal dan berfikiran waras.
 Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).

Binatang Yang Disembelih:

Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan
mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan
sebagainya.

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 4


Alat Penyembelihan:

Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan
mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan
sebagainya. Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripada gigi, tulang,
rambut, tali atau kuku.

Bahagian Yang Disembelih:

Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan


mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri
karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan
vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.

v-Menjelaskan cara sembelihan yang sempurna

Disyaratkan penyembelihan itu:

a) Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran


makanan dan minuman).

b) Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.

c) Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu


daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh
halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak
ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging
binatang tersebut.

d) Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan


(tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada
binatang itu ketika disembelih).

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 5


.2. MENJELASKAN KORBAN DAN AKIKAH

i- Maksud korban dan akikah

Ibadah Korban dan akikah adalah dua ibadah yang hamper sama dari segi hokum
dan syarat-syaratnya. Kedua-dua ibadah ini adalah digalakkan oleh islam kerana
fadhilatnya cukup besar.

Maksud korban:

Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah
subhanahuwata’ala.

Dari sudut syara’, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada
masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu
wata’ala

Maksud akikah: Aqiqah ialah sembelihan binatang an’am yang dilakukan kerana
menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada
Allah subhanahu wata’ala

Dari sudut syara’, akikah ialah penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan
anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak
itu.

ii- Hukum beserta dalil korban dan akikah

Hukum ibadah korban ialah sunat muakkad. Makruh meninggalkannya bagi yang
mampu.

Ibadah sunat ini menjadi wajib jika dinazarkan. Bagi sebuah keluarga, ibadah
korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan
ibadah korban bagi pihak ahli keluarga yang lain. Abu ‘Ayyub RA menceritakan;
“Pada zaman Nabi SAW seorang lelaki menyembelih korban bagi pihak dirinya dan
juga ahli keluarganya” (Muwatta’ Imam Malik; 1770). Harus melakukan korban untuk
orang telah mati atau meniatkan pahala korban untuknya.

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 6


Allah SWT telah mensyariatkan kurban dengan firman-Nya, “Sesungguhnya
Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah salat
karena Tuhanmu, dan berkurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membencimu
dialah yang terputus.” (Al-Kautsar: 1 — 3).

“Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar Allah. Kamu banyak
memperoleh kebaikan dari padanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu
menyembelihnya.” (Al-Hajj: 36).

Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung
sara hidup kanak-kanak tersebut.

Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika
anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti
lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala
jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang menyebutkan:

ٌ‫شاة‬ ِ ‫ان َو َع ِن ا ْل َج‬


َ ‫ار َي ِة‬ ِ ‫ان ُم َكافِ َئ َت‬ َ ‫س ْك َع ِن ا ْل ُغالَ ِم‬
ِ ‫شا َت‬ ُ ‫َمنْ ُولِ َد لَ ُه َولَ ٌد َفأ َ َح َّب أَنْ َي ْن‬
ُ ‫س َك َع ْن ُه َف ْل َي ْن‬

Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya,


maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak
perempuan pula seekor kambing”.

– Riwayat Abu Daud (2842)

iii- Hikmah korban dan akikah

a) Akikah:

Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang
dikurniakan oleh Allah. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara
kebaikan. 

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 7


b) Korban

Mendapat keberkatan Allah kerana melakukan korban adalah amalan yang mulia
dan ia membawa berkat .Kerana ia mensedekahkan daging korban kepada orang
sekeliling atau di kampung halaman.

iv- Menjelaskan waktu dan jenis bintang korban dan akikah

a)Waktu pelaksanaan korban

 Penyembelihan hendaklah dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah)


dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan
13. Qurban tidak sah dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10
Zulhijjah). Ia juga tidak sah dilakukan pada malam 14 Zulhijjah.

 Penyembelihan dilakukan apabila berlalu masa dua rakaat solat sunat


Hari Raya Adha serta bacaan khutbah. Sebagai contoh: Masa yang
ditetapkan untuk solat sunat Hari Raya pada jam 8.30 pagi dan selesai
pada jam 9.30 pagi. Maka waktu berqurban bermula pada jam 9.30
pagi.

 Penyembelihan yang dilakukan selepas tempoh tersebut, sama ada


imam menunaikan solat atau tidak, sama ada orang berqurban
menunaikan solat atau tidak, sama ada imam menyembelih haiwan
qurban atau tidak, hukumnya adalah sah.

 Waktu penyembelihan qurban berterusan siang dan malam (tetapi


makruh dilakukan pada waktu malam) sehingga Hari Tasyrik yang
terakhir (13 Zulhijjah) sebelum terbenamnya matahari. Bagi
penyembelihan qurban yang dilakukan sebelum terbit fajar, maka
hukumnya adalah tidak sah.

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 8


 Penyembelihan qurban yang dilakukan selepas terbit matahari dan
sebelum waktu solat sunat Hari Raya Adha adalah tidak mendapat
pahala sunat dan tidak dikira sebagai ibadah.

b) Waktu pelaksanaan akikah

Hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal
untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak
tersebut. Jenis haiwan akikah ialah kambing dan lembu.

c) Jenis binatang korban dan akikah

Binatang Yang Disembelih:

Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak
mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik,
lembu, kambing dan sebagainya.

v- Menjelaskan cara pengagihan daging korban dan akikah

 Wajib sebahagian dari daging korban disedekahkan kepada fakir


miskin dalam keadaan mentah, iaitu sekurang-kurangnya satu kadar
yang dapat dinamakan sedekah (iaitu 1/2 kilo atau 1 kilo).

 Daging korban harus jika hendak disedekah kesemuanya kepada fakir


miskin. Namun sunat orang yang melakukan korban menikmati sedikit
darinya mengikut sunnah Nabi SAW dan mengambil berkat darinya.

 Sunat daging korban diagihkan kepada tiga pihak; (1) Untuk dimakan
diri dan ahli keluarga, (2) Disedekahkan kepada fakir miskin, (3)
Dihadiahkan kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan sebagainya
sekalipun mereka kaya/berada.

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 9


 Dilarang menjual apa-apa bahagian dari binatang korban. Ia
menghilangkan pahala korban. Termasuk dilarang ialah memberi upah
kepada tukang sembelih atau orang-orang kerja dengan daging
korban. Jika diberikan atas nama hadiah atau sedekah diharuskan.

 Sebahagian ulamak mengharuskan memberi daging korban kepada


orang kafir yang berbaik dengan orang Islam. Sebahagian ulamak
melarangnya.

 Korban nazar dan korban untuk orang telah mati; wajib disedekahkan
kesemua dagingnya kepada fakir miskin.

 Disunat menyedekahkan daging aqiqah yang sudah dimasak.

 Seelok-eloknya, tulang binatang aqiqah tidak dipatahkan sebaliknya


dipotong pada sendinya.

3. MENGAMALKAN SIFAT-SIFAT IHSAN DALAM PENYEMBELIHAN

 Menggunakan pisau yang tajam.

 Tidak tergesa-gesa ketika melapah binatang.

 Mengelakkan menyembelih binatang di hadapan haiwan lain.

 Membaringkan binatang sembelihan di tempat yang rata.

 Memberi minum kepada binatang sebelum menyembelih.

 Melakukan sembelihan secara cepat dengan sebaik-baiknya.

 Tidak menyembelih binatang yang bunting/menyusukan anak kerana


binatang dalam keadaan lemah.

 Tidak mengheretnya secara kasar atau menyeksa badannya ketika


dibawa ke tempat sembelihan.

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 10


PENUTUP

Ibadah sembelihan qurban dan akikah merupakan amalan yang sangat dituntut
dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada
Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya
sabit dengan al-Quran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36.
Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah).

Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila
tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik,
iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia
diuruskan secara individu, saya dapati ada syarikat atau agensi pengurusan qurban
menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu perniagaan kepada
mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk urusan atas talian yang dianggap lebih
cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk melaksanakan ibadah
qurban dan akikah.

Dalam kita menangani pandermik yang melanda dunia pada ketika ini,
pengurusan ibadat qurban juga tidak terkecuali dari mematuhi semua garis panduan
yang ditetapkan oleh Kerajaan. Pengurusan ibadat qurban perlu melalui
permohonan dan mendapat kelulusan daripada Pejabat Agama Islam Daerah
masing-masing sebagai syarat utama kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
Jabatan Perkhidmatan Veterinan (JPV). Penetapan garis panduan ini adalah
tertakhluk pada perubahan keadaan semasa yang diumumkan oleh pihak Kerajaan.

Di Malaysia, inisiatif untuk menubuhkan syarikat perkhidmatan qurban dan


akikah ini semakin mendapat sambutan walaupun terdapat segelintir kecil
masyarakat yang masih belum menerima sistem ini kerana perasan ragu dan
bimbang ditipu kerana segala urusan adalah secara atas talian. Syarikat
perkhidmatan qurban dan akikah yang diuruskan secara sistematik dapat mambantu
memudahkan urusan masyarakat dalam menjalani ibadah qurban terutamanya
semasa musim pandermik berpanjangan seperti hari ini.

Semoga amalan penyembelihan ibadah qurban dan akikah yang dilakukan


memberi kesan yang mendalam serta galakan kepada orang lain untuk berusaha
melaksanakan qurban sebagai salah satu tuntutan dalam Islam.
HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 11
RUJUKAN

1. https://qurban-aqiqah.ikram.org.my/blog/info-qurban/

2. Buku teks Pendidikan Islam

3. Keluarga terdekat

4. Guru-guru & Pensyarah KV

5. Imam dan ustaz

6. www.hmetro.com.my 2020/06

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 12


LAMPIRAN

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 13


Bahagian Yang Perlu Diotong Semasa Menyembelih

CARA PENYEMBELIHAN DALAM ISLAM

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 14


ALATAN PENYEMBELIHAN

AGIHAN DAGING AKIKAH YANG DI MASAK

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 15


AGIHAN DAGING QURBAN

HAZIQ HUZAIDI BIN HAFIZAN 050811020415 BAKERI & PASTRI 16