Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan

salam sejahtera

Yang Berusaha, EN. ABDUL RAHMAN TALIB BIN A.KARIM, GURU BESAR
SKTM2.
Yang dihormati, Barisan GURU Penolong Kanan, Barisan GURU2, DAN
Yang diraikan, Encik KAMARUL ZAMAN BIN AHMAD DAN PN. SITI
SHUHADA BT LUKMAN
YG DIKASIHI ANAK-ANAK MURID SEKALIAN
                                                                                      
PAGI INI KITA BERSAMA2 DLM : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran”
Encik KAMARUL ZAMAN DAN PN. SITI SHUHADA

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh En.
MOHD ADIL
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada En. ADIL atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan


kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En ZULKARNAIN BIN ABDUL


HAMID selaku PENGERUSI KELAB GASABIRUl untuk menuyampaikan
ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. ZULKARNAIN atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan GURU


BESAR SKTM2 untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengetua Encik ABDUL


RAHMAN TALIB BIN A.KARIM atas ucapan itu tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada
Yang Diraikan En. KAMARULZAMAN BIN AHMAD. Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan En. KAMARUL ZAMAN BIN AHMAD atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan


PN. SITI SHUHADA BT LUKMAN. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan PN. SITI SHUHADA BT LUKMAN atas ucapan itu tadi

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Encik KAMARUL ZAMAN
BIN AHMAD DAN PN. SITI SHUHADA BT LUKMAN

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Tuan GURU BESAR untuk mengiringi Yang Diraikan  Encik
KAMARUL ZAMAN BIN AHMAD DAN PN. SITI SHUHADA BT LUKMAN untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan KELAS DARI PRA SEKOLAH, ……………Terima Kasih.

Dipersilakan DARIPADA ALIRAN TAHUN 1…………….Terima Kasih.

Dipersilakan DARIPADA ALIRAN TAHUN 2…………….Terima Kasih.

Dipersilakan DARIPADA ALIRAN TAHUN 3…………….Terima Kasih.

Dipersilakan DARIPADA ALIRAN TAHUN 4…………….Terima Kasih.

Dipersilakan DARIPADA ALIRAN TAHUN 5…………….Terima Kasih.

Dipersilakan DARIPADA ALIRAN TAHUN 6…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada Yang diraikan kerana sudi bersama kita pada PAGI ni
dan kami semua mendoakan agar Encik KAMARUL ZAMAN DAN PN. SITI
SHUHADA ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua .

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai