Anda di halaman 1dari 4

POSTMOTEM DAN TIPS YANG SANGAT BERGUNA UNTUK MENCARI JENGGO DI SUNGAI TIMUN

PERAMBUT
~ Perambut lebih kurang 2 jengkal dengan 2 mata kail di ikat atas dan bawah.. Jarak antara 2 mata kail
lebih kurang 1 inci..

MATA KAIL
~ Gunakan mata kail udang saiz no 1

BATU LADUNG
~ Batu ladung hidup saiz no.4-6 ikut arus sungai

UMPAN
~ Umpan cacing, udang kapas/gantung, umpun2 dan ikan gapi / ikan longkang boleh
digunakan di sini..Tetapi umpan ikan gapi / ikan longkang adalah yang paling efektif..

PARANG
~ Sediakan parang untuk tujuan memotong tali sauh jika perlu..

HANDPHONE
~ Pastikan handphone anda ada di tangan dan sentiasa beroperasi... nak pindah tempat
atau bagi maklumat boleh roger dengan pantas...

LUBUK UDANG…~ bergantung kepada keadaan air..

a) Jika Air Rasa Sejuk…


~ Cari kawasan yang berbatu atau cetek kerana udang perlukan haba untuk
memanaskan badannya..

b) Jika Air Ada Arus..


~ Udang bergerak mengikut arus dalam satu kumpulan… waktu ini mancen lah di kat mana
jer…tapi pastikan arusnya tidak begitu laju..Jika ada udang di situ pastikan mancen
sampai udang dah tak makan.. Sebaliknya hanya ikan sahaja yang membahan umpan..
baru berpindah ke lubuk yang lain..

c) Jika Air Tidak Ada Arus..


~ Mancen di kawasan tengah sungai kerana ditengah - tengah sungai mungkin ada
sedikit arus dan masih dalam airnya..Guna teknik gantung iaitu lepaskan tali hingga
ke dasar kemudian karau atau gulung tali sedikit hingga dalam keadaan tergantung
umpannya..
TIPS MENGENAL LUBUK DAN KEHADIRAN PCO AKA BUAYA

a) Kawasan terdapatnya Monyet..


~ Jika boleh jangan mancen di kawasan yang banyak monyet bermain kerana buaya ada
disitu dan selalunya mencari peluang membaham monyet tersebut…

b) Berbau Hanyir dan terdapatnya Agas


~ Jauhi segera tempat ini kerana kawasan ini adalah tempat buaya menyimpan
makanannya..

c) Amaran supaya beredar dari PCO aka Buaya..


-->>> Amaran Pertama ~ Buaya tunjuk mukanya 1 jam sekali dari jauh sambil melibas
ekornya di permukaan air..
-->>> Amaran Kedua ~ Buaya keluarkan bunyi seperti gajah menjerit dan mengeselkan
badannya dibawah bot…
-->>> Amaran Terakhir ~ Buaya tunjuk mukanya semakin dekat dan silap haribulan dia
ngap bahagian depan bot..
### Sekiranya berlaku kejadian ini ~ langkah utama potong tali sauh dan bawa bot
menuju ke tebing… sbb bot akan bocor dan karam...panjat pokok atau duduk di
tempat tinggi sehingga bantuan sampai….
TIPS UMPAN

1. bahan-bahan:

dedak halus 1 kg
belacan 1 keping
air secukup rasa

cara membuat:

1: bakar belancan tadi sampai keluar bau


2: hancurkan belancan tadi dah campur dedak
3 : gaulkan sampai cukup rasa..

tuk ikan pecu, patin, talapia, baung, rohu, ara

2. bahan-bahan :
1. dedak ayam (halus)
2. hati ayang
3. frieskies perisa tuna
cara-membuat :
1. dedak tu di bahagi dua bahagian.
2. hati ayam tu di campur dengan dedak tadi dan digaul sehingga sebati(jangan terlalu lembik)
3. satu bahagian dedak lagi gaulkan dengan frieskies tu...sama jugak jangan terlalu lembik.
cara-cara nak guna :
1. ni untuk perambut dua mata.
2. satu mata letak dedak campur hati ayam satu lagi letak dedak campur frieskies.

3. Ni utk Rohu kat tasik...@lampam@talapia@bnyk ikan ar mkn...


Dedak Padi 1kg
Dedak Omega no2
Perasa pisang (utk buat kek tu) 2-3 tutup cukup
Campurkan hingga sebati (jgn lembik sgt jgn keras sgt)
Ni utk Patin kolam..
Roti pandan + pewangi power
@ Ichiban + pewangi power
@Roti Gardenia + Air soya pasar malam tu (takde gula)
@ perut ayam (wek busuk giler)
4. umpan fresh water
PATIN
1. DEDAK 926+ DEDAK BOM CAP KEPALA HELANG+PATI PANDAN SIKIT
2. ROTI GARDINEIA + PATI PANDAN +PATI STRAWBERY+ HAMPAS KELAPA GORENG JANGAN
BAGI HANGUS
    MAURIPAN N PERAM DUA HARI

PACU
1.CACING
2.HATI AYAM
3.DEDAK BOM KEPALA HELANG

ROHU
DEDAK 929+DEDAK MERAH KEPALA HELANG +MATA RAMBAI TALI WARNA MERAH (ROHU
BERANGIN NGAN WARNA MERAH)

TALAPIA
1. PALET
2.CACING
3.PERUT AYAM

5. Cacing tanah yang diperam ngan perut ayam.

6. Pertama;
Buka sarden dan tuangkan pada sebuah wadah.

Kedua;
Tuangkan pelet dan telur bebek kedalamnya, aduk-aduk sampai menyatu dan....
Umpan SIAP digunakan ;-)

Anda mungkin juga menyukai