Anda di halaman 1dari 4

Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

NASIONALISME DAN
PERJUANGAN MENUNTUT
KEMERDEKAAN
oleh: Alwi B. Sudin

'~erangan Dunia Kedua' dan keupayaan


tentera Jepun menyingkirkan pemerintahan
penjajah British secara mendadak ke atas
Semenanjung Tanah Melayu atau lebih di kenali
sebagai Malaya ketika itu, turut merombak corak
nasionalis dan mengubah struktur kepimpinan politik
yang sedia ada. Walaupun 'Zaman Pemerintahan
Jepun' dikenang sebagai zaman yang penuh
dengan kepayahan, keperitan hidup, kesengsaraan ,
ketakutan serta kekejaman , namun baiknya
pemerintahan Jepun kerana memberi kesedaran,
ruang , peluang dan galakan terhadap pertubuhan
serta perkembangan semangat juang dikalangan pejuang-pejuang kebangsaan. Situasi ini amat berguna dan membawa
impak penting dalam usaha membebaskan Negeri Perlis bersama negeri-negeri Melayu lain di Semenanjung Ta nah
Melayu kemud iannya.

'Nasionalisme' atau 'Fahaman Kebangsaa n atau 'Perjuangan Kebangsaan' di Perlis adalah seal ira n dengan
kebangkitan 'Nasionalisme di Negeri-negeri lain di Tanah Melayu. 'Kesedaran Awal' atau asas perubahan di cetuskan
oleh cerd ik pandai golonga n agama Islam berpunca daripada kebang kitan atau pembaharuan yang berlaku di Timur
Tengah pada akhir abad ke-19. Di Perlis idea pembaharuan atau 'Islah' ini di ketuai oleh Dato' Wan Ahmad Wan Daud
dan rakan-rakannya. Puak ini terkenal dengan jolokan 'Kaum Muda'. Matlamat dan tujuan asal perjuangan golongan
ini tertumpu kepada pembaikan dalam hal-hal keagamaan disamping memperlihatkan kesedaran bagi menghadapi
cabaran-cabaran terhadap perubahan-perubaha n radikal yang di bawa oleh pihak British, orang Cina dan India yang
memasuki Perlis semakin ramaL Dalam masa yang sama golongan ini memperlihat bibit-bibit perjuangan ke arah anti-
penjajah dan mula cenderung kepada 'berpolitik' seperti mana di tunjukkan oleh Tuan Hj.Mohamad Nor seorang Kadhi
dan adiknya Tuan Hj. Ahmad. Namun demikian golongan ini tidak dapat bergerak jauh kerana tidak mendapat sokongan
ketika itu. Walau bagaimanapun pembaharuan dan perubahan dalam bidang agama Islam dapat di perkuatkan ,
sebahagian besar amalan-amalan 'bid'ah' dan 'khurafat' yang memundurkan rakyat Perlis dapat di lenyapkan.

Golongan nasionalisme kedua yang muncul di Perlis di pelopori oleh para pegawai Melayu yang berkhidmat dengan
kerajaan British di Perlis. Mereka ini mendapat pendidikan Inggeris dan berhubung baik dengan pegawai-pegawai
I't,j
atasan British, maka perjuangan mereka hanya berupa tuntutan dan rayuan untuk menambahbaik sedikit nasib bangsa "".
Melayu terutama di bidang pendidikan, ekonomi dan layanan yang lebih istimewa berbanding dengan kaum lain . ~
Ketika itu , rakyat Melayu Perlis jauh ketinggalan dalam semua aspek jika di bandingkan dengan kaum pendatang dari
benua kecil India dan China. Sebagai landasan perjuangan puak elit ini berjaya membentuk 'Persatuan Melayu Perl is'
di awal tahun 1930-an. Persatuan ini dipimpin oleh Tuan Syed Mahazar B. Syed Husain selaku Yang Dipertua, Ustaz
Salleh B. Osman menjadi Naib Yang Dipertua, manakala Syeikh Ahmad Mohd Hashim memegang jawatan Setiausaha
dan Bendaharinya En.Tahrin B. Arifin . Perjuangan golongan ini adalah bersandar kepada berkerjasama dengan pihak
British untuk mencapai segala hasrat dan tuntutan mereka . Kumpulan ini mempunyai pelbagai pengistilahan, ada
sejarawan menamakan 'nasionalis sederhana' ada pula yang menyebut 'nasionalis kanan ' dan ada juga yang memberi
nama 'nasionalis tengah'. Nasionalis ini tidak menentang British , tidak anti-British mereka bekerjasama dan taat kepada
pemerintahan British walaupun terdapat percanggahan .

" ' ~~Awat' ateue a4<U~ fit ~ old ~~ ~


~1~~dau~ateue~
fI4«9 ~ fit 7~ 7~fuu14 ~ akd k-ltJ ..

Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

"P~fJ~~~~Petrta
~deut~~~
di~~~ja4"

Golongan nasionalis yang ketiga muncul di Perlis ialah pada pertengahan tahun 1930an terdiri daripada cendekiawan
sekular berpendidikan Melayu, kebanyakan pemimpinnya terdiri daripada guru-guru Melayu dan guru-guru Melayu
lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) Tanjung Malim, Perak. Nasionalis-nasionalis ini amat terpengaruh dengan
perjuangan Parti Nasional Indonesia (PNI) yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajahan Belanda secara
revolusi. Prinsip perjuangan golongan ini bersifat anti pemerintahan British dan bertindak keras dalam segal a tuntutan
dan perjuangan bagi mencapai cita-cita mereka. Tetapi agak malang ketika itu tidak wujud kesepaduan yang kukuh
keseluruhan nasionalis di negeri-negeri di Tanah Melayu.

Usaha untuk mewujudkan perjuangan bersama antara penduduk negeri-negeri Tanah Melayu bermula dengan
penubuhan 'Persatuan Sahabat Pena' yang termuat dalam akhbar 'Saudara' pada tahun 1936, diterbitkan di Pulau
Pinang. Keahliannya terbuka kepada seluruh rakyat Tanah Melayu, Sarawak dan Brunei . Di Perl is yang menjadi ahli
'Sahabat Pena' terutama guru-guru Melayu tetapi tidak aktif dan berkesan. Arus kebangkitan semangat bencikan penjajah
dan membaranya semangat cintakan negara dan bangsa di seluruh benua Asia mendorongkan Ibrahim Hj.Yaakub
membentuk sebuah parti politik radikal dengan nama 'Kesatuan Melayu Muda' (KMM) dimana keahliannya terbuka
kepada seluruh bangsa Melayu di Tanah Melayu. Ekoran tertubuh KMM, ramai ahli 'Sahabat Pena' beralih menjadi ahli
KMM, yang lebih jelas serta agresif dasar dan matlamat perjuangannya. Perjuangannya jelas iaitu menghalau British
dari negara ini hatta, terpaksa menggunakan kekerasan. Menurut Tn.Hj.Ab.Malik b. Hj .Ab.Ghani, KMM tidak mempunyai
cawangan di Perl is tetapi mempunyai ahli dan pejuang-pejuang yang seiringan dengan KMM. Antara mereka ialah
Yahya Baginda, Cikgu Kamal , Ahmad Hj.Shamsuri, Cikgu Wan Din b. Che Mat, Rosli Hassan dan ramai lagi. Oleh
kerana perjuangan KMM terhalang di sebabkan undang-undang mal<a geral<an untul< menentang dan mengha)au British
dibuat secara sulit dan di rahsiakan daripada pengetahuan umum . Sebelum KMM dapat bergerak lebih jauh Jepun
telah mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu daripada kekuatan British dalam 'Perang Dunia Kedua' . Semasa
Jepun memerintah gerakan nasionalisme Melayu dan KMM mendapat sokongan dan galakan daripada pihak Jepun .
Anggota-anggota KMM berusaha mengguna dan mempengaruhi Jepun untuk mencapai mati am at sosial dan politik
mereka, manakala Jepun pula mengharapkan mereka akan memperolehi manfaat dengan bekerjasama dengan KMM
bagi muslihat ekonominya.

Semasa Jepun memerintah, telah muncul beberapa pertubuhan nasionalis radikal di peringkat negara dan diikuti
penubuhannya di peringkat negeri. Negeri Perl is juga tidak ketinggalan dalam arus kebangkitan seman gat dalam era
pemerintahan Jepun. Antara pertubuhan itu ialah API (Angkatan Pemuda Insaf), PETA (Pembela Tanah Air) pertubuhan
separa tentera yang di wujud oleh Jepun untuk kepentingannya menentang penyerang-penyerang Cina. Kesatuan
Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan ditukar menjadi Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung , pimpinan Ibrahim
Hj.Yaakub dan Dr.Burhanuddin AI-Helmy di peringkat pusat. Pemerintahan Jepun banyak menyedarkan penduduk Perlis
khasnya akan betapa buruknya berada di bawah pemerintahan penjajah. Kekalahan Jepun secara tiba-tiba membantut
semua kegiatan yang di rancang dan kemaharajalelaan orang Cina khasnya ahli-ahli MPAJA (Malayan Peoples Anti
JapaneseArmy) atau dikenali sebagai 'Bintang Tiga' bertindak menguasai kerajaan Tanah Melayu mencetuskan huru-hara
dan pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina. Terdapat beberapa orang Melayu yang di bunuh secara zalim dan
menyeksa secara kejam kononnya membalas dendam terhadap orang Melayu yang berkerjasama dengan Jepun.

Setibanya kembali British ke Tanah Melayu pada Ogos 1945, mereka telah menubuhkan kerajaan sementara
di bawah pentadbiran tentera British. Matlamatnya untuk membersih saki baki tentera Jepun yang masih berada di
Tanah Melayu, memperbaiki jalan-jalan perhubungan, menggiatkan semula sistem ekonomi yang di hancurkan Jepun
dan membuat persediaan pembentukan Kerajaan baru yang akan di wujudkan di Tanah Melayu. Di samping itu Kerajaan
British menghantar Harold Mac Micheal sebagai utusan menemui sultan-sultan dan raja Melayu bagi mendapat
tandatangan persetujuan bagi melaksanakan 'Gagasan Malayan Union'. Dengan perjanjian tersebut pihak British telah
menguasai secara langsung negara ini dan ketuanan Melayu akan terhapus .

Pada akhir Januari 1946 pihak British telah mengumumkan 'Rancangan Malayan Union' kepada rakyat dalam satu
'Kertas Putih' . Mengikut 'Perlembagaan Malayan Union' semua negeri di Tanah Melayu di gabungkan menjadi sebuah
'negara kesatuan' kecuali Singapura dan di perintah oleh seorang 'Gabenor British'. Dan amat menghiris hati orang
Melayu kerana hak kedaulatan dan ketuanan Melayu di rampas oleh British. Pemimpin-pemimpin Melayu di seluruh
negara terkejut dan cemas manakala rakyat jelata berada dalam keadaan panik dan resah. Akibat daripada peristiwa
Gagasan Malayan Union' yang di umumkan itu segenap lapisan masyarakat dari istana hingga kepada petani serta kaum
ibu bangkit melaungkan penentangan yang keras dan bersepadu meminta British menarik balik dan memansuhkan

Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

.. s~ ~ ~ ~ ~ ~ td44 ~"td fwti4ti«ta


d<-1Ha44~fJ~~~-~~~~
~~ ?ltPrlfJrI af4u '~~ 7'94' ..
rancangan tersebut. Situasi ini amat bertentangan dengan jangkaan British yang mengandaikan orang Melayu akan
berdiam diri dan menerima sahaja setiap rancangan mereka. Lanjutan daripada itu, pada Mei 1946 tertubuhlah 'Parti
Kebangsaan Melayu Bersatu' (UMNO) merupakan parti ulung yang menyatupadukan bangsa Melayu di seluruh negara
setelah melalui perjumpaan dan kongres. Presiden pertama Dato'Onn Bin Jaafar terpaksa menjelajah keseluruh ceruk
rantau bagi menjelas dan membakar semangat pejuang-pejuang Melayu dan rakyat seluruhnya dan paling menakjubkan
ialah kebangkitan kaum ibu yang secara berani dan lantang menentang Gagasan Malayan Union.

Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) peringkat Negeri Perlis ditubuh berikutan dengan penubuhan UMNO
dinegeri-negeri lain. Pemimpin UMNO pertama di Perlis ialah Tahrin b Arifin. Matlamat dan tujuan utama diawal
penubuhannya ialah untuk menumbangkan kerajaan Malayan Union yang di tubuh oleh British. Slogan perjuangan
yang menjadi laungan dan pekikan ketika itu ialah 'Hidup Melayu'. Semangat orang Melayu amat tinggi lantaran telah
dibakar oleh peristiwa di masa pemerintahan Jepun kemudiannya huru-hara semasa peralihan kuasa angkara tindakan
MPAJA atau 'Bintang Tiga '. Di samping UMNO, di Arau golongan muda radikal secara sulit menubuhkan 'Persatuan
Benet Nibong' diketuai oleh Syed Mahadi Bin Syed Husain. Tujuan penubuhannya ialah bagi menyatukan orang Melayu
bagi perjuangan menentang British secara kekerasan sekiranya perlu.

Pada penghujung tahun 1946 Dato' Onn b. Jaafar melawat Perlis dalam siri penjelajahannya ke seluruh negara
dalam usaha menyedar dan membangkitkan semangat orang Melayu bagi melancarkan gerakan menentang dan
menumbangkan 'Malayan Union'. Kehadiran Dato'Onn di Kelab Indera Kayangan, Kangar Perlis mendapat sambutan
yang amat luar biasa. Golongan kaum ibu yang sebelum ini sukar di temui dalam majlis-majlis telah membanjiri
perkarangan kelab ini. Dalam majlis ini selain daripada Dato' Onn,Tuan Haji Mokhtar,Dato' Sheikh Ahmad Mohd. Hashim
berucap. Pihak kaum ibu penghormatan utama di beri kepada Cikgu Melor Bt.lsmail untuk berucap di ikuti oleh
Pn .Shahrom Bee dan Pn.Maimoon. Selepas perhimpunan ini beberapa siri perhimpunan diadakan di seluruh negeri
Perlis. Kemuncak daripada segala penentangan ini ialah perarakan besar-besaran rakyat Perlis untuk menyerahkan
surat bantahan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perl is, Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau .
Penentangan dan perarakan yang sarna berlaku di setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu , sepanduk dan
kain rentang yang pelbagai ragam di gantung antaranya berbunyi 'Pertahankanlah hak kami sementara kami besar'
sepanduk daripada kanak-kanak, 'Jahanam Mac Machael Imperialisme' dan pelbagai lagi. Kebangkitan nasionalis dari
kalangan kaum wan ita secara mend adak mengukuhkan wadah perjuangan menghancurkan Gagasan Malayan Union
dan menarik perhatian wakil Parlimen British iaitu Kapten UJ . Gammans. Selain daripada kalangan kaum wanita
secara mendadak mengukuhkan wadah perjuangan menghancurkan Gagasan Malayan Union dan menarik perhatian
wakil Parlimen British iaitu Kapten UJ. Gammans. Selain daripada tentangan dan bantahan dari rakyat, pihak British
juga berhadapan dengan bantahan daripada Raja dan Sultan-Sultan Melayu yang di sampaikan melalui surat juga di
sokong oleh pegawai British. Akhirnya pihak British terpaksa akur dan mengalah kerana tidak mendapat sokongan
daripada Sultan, raja dan bangsa Melayu. Justeru pihak British bersetuju supaya di bentuk 'Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu' dan pembentukan secara rasmi di isytiharkan pada 1 Februari 1948. Kejayaan UMNO menyanggah
'Malayan Union' dan pihak kerajaan British mengisytiharkan pembentukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1
Febuari 1948 membangkitkan kemarahan kaum Cina khasnya yang bergiat aktif dalam 'Parti Komunis Malaya' (PKM).
PKM berhasrat dan cuba membentuk 'Republik Komunis Malaya sebaik·sahaja Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945.
Golongan radikal Melayu menubuh PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat ) bagi menentang perlembangaan Persekutuan
Tanah Melayu kerana menganggap UMNO banyak bertolak ansur dan banyak perkara menguntungkan bukan Melayu
dan British.Akibat daripada rasa tidak puas hati dan kemarahan yang melampau PKM-PUTERA bergabung bang kit
menentang British secara ganas dan kekerasan. Ekoran daripada keadaan huru-hara dan tindakan-tindakan ganas di
seluruh negara angkara daripada PKM, kerajaan British terpaksa mengisytiharkan darurat dan PKM diharamkan.

Di Perlis keganasan komunis tidak begitu ketara, hanya berlaku di Pauh, Kaki Bukit dan sepanjang sempadan
Perlis -Thailand . Keadaan darurat yang berlaku tidak menjejaskan kegiatan politik tanah air. Perjuangan UMNO untuk
mencapai kemerdekaan diteruskan melalui rundingan, perbincangan dan tuntutan melalui perlembagaan. Langkah awal
ialah dengan mengadakan pilihanraya peringkat bandaran dan pada tahun 1955 diadakan 'Pilihanraya Umum' bagi
memilih 52 ahli Dewan Undangan Persekutuan Tanah Melayupertama manakala 46 lagi di lantik oleh kerajaan . Perl is
diperuntukkan memilih dua orang wakil rakyat. Dalam pilihanraya urn urn pertama pad a 27 Julai 1955. Parti Perikatan
Perlis berjaya memenangi kedua-dua kerusi Parlimen tersebut menewaskan calon-calon PAS di peringkat negara,

Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis


Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

.. Pada- K P~ 195K 'Pett~ .L~' di metetuU tJtd if!4j4-if!4j4


~, PM-U P~ ~ ~j44H- '&iti44. ~ /tett~ ~
Pett4~~ 7~ ~ ~ ~ futd4 aMa 8~ t)~ 1957. ..

Parti Perikatan memperolehi kemenangan besar iaitu 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Berikutan
dengan keputusan pilihanraya umum 1955 penjajah British terpaksa menerima hakikat Parti Perikatan mendapat
sokongan padu daripada rakyat Tanah Melayu. Tunku Ab.Rahman Putra dilantik menjadi 'Ketua Menteri' pertama. Pad a
Jan 1956 rombongan Parti Perikatan ke London bagi membincangkan kemerdekaan dengan kerajaan British. Pada 8
Pebruari 1958 'Perjanjian London' di meterai oleh Raja-Raja Melayu, Parti Perikatan dengan kerajaan British. Menurut
perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada akhir Bulan Ogos 1957. Tepat jam dua belas tengah
malam 31 Ogos 1957, di hadapan Bangunan Kerajaan Negeri Perlis, bendera Union Jack diturunkan dan Ab.Malik b.
Hj.Ab Ghani diberi penghormatan menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diiringi dengan laungan merdeka.
Dengan permasyhuran kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1 Ogos 57 oleh YTM Tunku Ab.Rahman Putra di Stadium
Merdeka Kuala Lumpur maka berakhirlah penjajahan British ke atas negara tercinta ini.

Temubual:
Tn. Hj.Ab. Malik b.Ab.Ghani, Dato Hj.Ust.Nordin b. Ismail

Sumber Rujukan:
1. Khoo, Gilbart, Dorothy Lo. Asia Dalam Pembangunan Kuala Lumpur; PHEB, 1978.
2. Abdul Rahman Ismail, Ami Ariffin Nasionalisme dan Revolusi Pulau Pinang; USM, 2006
3. Tang Su Chin, Julie Sejarah Kerajaan Per/is 1841 - 1957, Kuala Lumpur; MBAS, u.d.

Hakcipta Terpelihara © 2008 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Anda mungkin juga menyukai