Anda di halaman 1dari 13

BIL PERKARA MUKASURAT

1 PENDAHULUAN

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN


PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5
2
- MERUNGKAI KURIKULUM
- BACKWARD DESIGN
3.1PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH
KONTEMPORARI YANG DIPILIH DALAM PELAN
3 PEMBELAJARAN
3.2 PENDEKATAN
3.3 STRATEGI DAN KAEDAH

4 PENUTUP

5 RUJUKAN

6 LAMPIRAN
1.0 PENDAHULUAN

Pedagogi Pembelajaran Bermakna bukanlah satu perkara yang baru muncul dalam
dunia pendidikan. Namun begitu, oleh kerana wujudnya elemen-elemen tambahan
baharu yang seiring dengan kemajuan negara, pembelajaran bermakna mendapat
penjenamaan semula iaitu Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna atau nama
lainnya New Pedagogy for Deep Learning (NPDL).Ia dijenamakan semula agar
pendekatannya sesuai dengan situasi pembelajaran masa kini (Ellyza Karim,2019).
Empat elemen baru yang muncul banyak dipengaruhi oleh Fullan, Quin dan McEachen
(2018). Elemen yang bergabung dan saling melengkapi ini membawa kepada
kemantapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang terkandung
dalam NPDL ini ialah amalan pedagogi, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan
persekitaran pembelajaran. Turut ditekankan Kompetensi Pembelajaran Bermakna 6C
yang juga dikenali sebagai Kompetensi Global 6C yang akan menghasilkan konsep
pembelajaran bermakna. Ia nya memberi kesan pada cara pemikiran seseorang
pendidik dimana mereka perlu berfikir dengan lebih mendalam, dalam usaha
menyediakan murid dengan kaedah yang sesuai dengan zaman mereka.

2.0 MERUNGKAI KURIKULUM DAN BACKWARD DESIGN DOKUMEN STANDARD


KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5

Perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru dalam merangka pelan pengajaran dan
pembelajaran ialah merungkai kurikulum. Dalam proses merungkai kurikulum, kejelasan
guru terhadap kurikulum yang yang ingin diajar di dalam kelas adalah penting (Michael &
Libarkin, 2016). Proses ini adalah bertujuan supaya guru mendapat kejelasan tentang
topik yang akan disampaikan, mengenalpasti matlamat dari standard kandungan dan
standard pembelajaran, serta aktiviti yang bersesuaian akan dirangka seiring untuk
mencapai matlamat tersebut di samping mencapai matlamat pembelajaran bermakna
yang diingini. (KPPB, IPG). Antara elemen yang terlibat semasa merungkai kurikulum
ialah mengetahui Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP),
Perkembangan Pelajaran dapat dikenal pasti, Hasrat Pembelajaran(HP) dan Kriteria
Kejayaan(KK) dapat dianalisis melalui Standard Pembelajaran.
Berpandukan DSKP Pendidikan Islam Tahun 5, dibawah bidang adab, saya memilih
tajuk “Alam Ceria, Hidup Sejahtera” bagi memenuhi kehendak tugasan penulisan
akademik ini. Untuk memastikan ketepatan isi kandungan tugasan ini dengan
pembelajaran bermakna, saya telah menggunakan Model Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna sebagai bahan rujukan. Merujuk kepada standard
kandungannya, 6.4, merumus dan mengamalkan adab terhadap alam sekitar dalam
kehidupan harian. Berikut adalah standard pembelajaran tajuk ini:

STANDARD PEMBELAJARAN
6.4. Menyatakan adab terhadap alam sekitar
1
6.4. Menjelaskan kepentingan menjaga alam sekitar
2
6.4. Murid dapat mengaplikasi adab memelihara dan memulihara alam sekitar yang
3 menepati syarak
6.4. Murid dapat menganalisis kepentingan memelihara dan memulihara alam
4 sekitar yang menepati syarak
Rajah 1: Kandungan Standard Pembelajaran

Melalui standard yang telah disebutkan, elemen kemahiran Abad-21 iaitu penyayang
dan prihatin dapat diterapkan apabila murid komited dalam memastikan kelestarian alam
sekitar. Kemahiran berfikir aras tinggi melalui pengaplikasian dapat digunakan apabila
murid boleh menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam memahami tajuk
pembelajaran yang dipelajari. Bagi mencapai hasil pembelajaran yang bermakna,
langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan haruslah bertepatan
dengan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi kontemporari.
Merujuk kepada toolkit merungkai kurikulum, pengetahuan yang ingin dicapai melalui
tajuk ini ialah murid dapat menyatakan maksud alam sekitar dengan betul, murid dapat
menerangkan hukum memelihara dan memulihara alam sekitar berdasarkan dalil naqli
dengan tepat,murid dapat menerangkan adab memelihara dan memulihara alam sekitar
yang menepati syarak dengan tepat, murid dapat menganalisis kepentingan memelihara
dan memulihara alam sekitar dengan tepat. Seterusnya, kemahiran yang dapat dikuasai
oleh murid dengan merujuk standard pembelajaran adalah, menyatakan maksud,
menerangkan hukum, mengaplikasikan adab beserta menganalisis kepentingan dalam
memelihara dan memulihara alam sekitar seperti yang terdapat dalam Lampiran 1.
Melihat kepada hasrat pembelajaran, murid akan mempelajari maksud istilah
memelihara dan memulihara alam sekitar, mempelajari hukum berdasarkan dalil,
mempelajari adab dan mempelajari kepentingan memelihara dan memulihara alam
sekitar.Elemen merungkai kurikulum terakhir yang perlu ada ialah kriteria kejayaan.
Kriteria kejayaan yang dapat dikuasai oleh murid ialah murid dapat menyatakan maksud
memelihara dan memulihara alam sekitar, dapat menyatakan hukum memelihara dan
memulihara alam sekitar adalah wajib berdasarkan dalil naqli, dapat mengamalkan adab
menjaga alam sekitar mengikut syarak seperti sentiasa menjaga kebersihan, menjaga
dan tidak merosakkan alam tanpa tujuan dan memelihara serta memulihara sumber
alam seperti air ,udara dan tanah sekaligus mampu berfikir dengan kritis akan
kepentingan menjaga alam sekitar dari sudut individu, masyarakat mahupun negara.
Backward Design pula ialah satu model baru untuk membuat reka bentuk bahan
pengajaran yang mana guru akan memulakan proses merekabentuk dengan
memfokuskan kepada hasil pembelajaran yang diharapkan (Michael & Libarkin,
2016).Dalam proses ini, guru perlu membantu murid dengan adanya The Big Idea(TBI)
atau dikenali sebagai idea utama iaitu Kelestarian Alam Sekitar, manakala Essential
Questions (EQ) yang dirangka juga perlulah menjurus kearah murid memahami idea
utama dan EQ yang direka ialah bagaimana cara untuk mengekalkan kelestarian alam
sekitar seperti yang terdapat pada Lampiran 2.

3.0 PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH KONTEMPORARI YANG DIPILIH DALAM


PELAN PEMBELAJARAN KONTEMPORARI

3.1 PENDEKATAN KONTEMPORARI

Pendekatan bermaksud cara guru mengajar atau konsep pendekatan yang digunakan
oleh guru bagi mencapai objektif pembelajaran (Noriati Rashid, 2017).Pendekatan
kontemporari pula terdiri dari tiga unsur iaitu Heutagogy, Peeragogy dan Cybergogy.
Didalam melaksanakan pelan pembelajaran bermakna, saya telah memilih pendekatan
kontemporari “Peeragogy” dan “Cybergogy” dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung menjadi pembelajaran kontemporari.
Jika dilihat maksud Peeragogy, Peer ialah menyokong peribadi atau individu, gogy ialah
pendidikan atau bimbingan. Seterusnya, Peeragogi iaitu peribadi yang menyokong dan
membantu rakan sebaya dalam pembelajaran. Ini adalah merujuk kepada pembelajaran
berkumpulan di mana pelajar berkomunikasi untuk mencapai sesuatu matlamat
pembelajaran atau pendidikan. Menurut Rheingold,(2014), pembelajaran rakan sebaya
telah lama wujud, akan tetapi disebabkan oleh kemajuan dalam abad digital ini, ia telah
mendapat penjenamaan semula. Justeru, saya memilih pendekatan peeragogy ini
adalah disebabkan pendekatan ini merupakan satu strategi pendidikan yang
membiasakan murid untuk fokus kepada belajar bekerjasama dan mencipta bersama-
sama. Melalui pendekatan ini, murid mengalami persekitaran pembelajaran yang terbuka
dan cara baru untuk melihat dan bekerjasama juga belajar bersama rakan sebaya.
Konsep yang dibawa oleh pendekatan ini ialah menghasilkan budaya berkongsi
interaktiviti dan kerjasama antara murid dan membentuk budaya kerjasama dan
kolaboratif sebagai satu kumpulan berdasarkan pada kemahiran yang mesti ada dalam
diri murid pada Abad-21 ini. Kompetensi 6C melalui komunikasi dapat diterapkan apabila
murid berkomunikasi antara satu sama lain didalam mendapatkan hasil pembelajaran.
Melalui cara ini, murid akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka dan mampu berkongsi pengetahuan dan seterusnya membangkitkan motivasi
dikalangan mereka. Ini adalah kerana, kemahuan dalaman pelajar datang sendiri untuk
memperbaiki kelemahan masing-masing atas faktor unsur pengaruh rakan sebaya yang
bertindak sebagai pendorong.
Manakala, Cybergogy pula membawa maksud pendekatan yang menggalakkan
penglibatan pembelajaran dalam talian.Ia juga mewujudkan persekitaran pembelajaran
maya berpusatkan pelajar, autonomi dan kolaboratif.Pemikiran, tingkah laku, dan emosi
pelajar sangat berkaitan dengan budaya komputer, teknologi, dan Internet. (Wang &
Kang, 2006). Pendekatan Cybergogy digunakan apabila saya meminta murid-murid
secara kendiri untuk mencari tahu tentang kemusnahan yang terjadi pada alam sekitar
dan juga puncanya dengan cara melayari internet. Cara ini dapat menyumbang kepada
kompetensi global 6C iaitu Sahsiah melalui pemanfaatan digital yang mana dapat
meningkatkan kesan,nilai dan kualiti terhadap pembelajaran yang akan atau telah
dipelajari. Melalui pelan pembelajaran saya, aktiviti yang akan dilaksanakan adalah
aktiviti berkumpulan, yang mana murid akan diagihkan kepada empat kumpulan dan
mencari maklumat di internet semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
tentang cara memelihara alam sekitar dan kesan yang berlaku jika kita tidak beradab
dengan alam sekitar.Seterusnya, murid diminta untuk menulis segala maklumat yang
diperolehi didalam apa sahaja aplikasi yang tersedia contohnya penggunaan
Powerpoint, Canva dan dibentangkan dihadapan saya dan rakan-rakan kelas. Semasa
proses ini, murid akan saling bekerjasama dan mempunyai maklum balas antara rakan
sebaya. Strategi yang dipilih adalah strategi berpusatkan murid, aktiviti dan bahan.

3.2 STRATEGI

Strategi bermaksud pelan tindakan atau blueprint yang dirancang sebagai pemudah
cara proses pembelajaran (Noriati Rashid, 2017). Strategi yang saya gunakan dalam
pelan pembelajaran bermakna saya ini ialah strategi berpusatkan guru, berpusatkan
murid, berpusatkan aktiviti dan berpusatkan bahan. Saya telah mengarahkan murid
untuk melayari internet secara kendiri bagi mencari tahu tentang kemusnahan yang
terjadi pada alam sekitar dan juga puncanya tiga hari sebelum kelas berlangsung dan
menghantar hasil carian ke Telegram saya sebagai bukti keterlibatan murid dalam
proses pembelajaran ini. Ini berkait dengan Model Kerangka 3E iaitu Engagement
(keterlibatan) yang mengambil kira bagaimana alatan teknologi membantu pelajar untuk
fokus pada matlamat pembelajaran dan tugasan yang diberikan. Elemen
Extension(perluasan/perkembangan) juga turut diaplikasikan kerana adanya
penggunaan teknologi yang dapat membawa pelajar untuk belajar di luar kelas dalam
kehidupan seharian mereka.
Semasa hari pembelajaran berlangsung, saya memulakan pembelajaran dengan set
induksi yang bertujuan menarik perhatian murid untuk meneruskan lagi. Menurut Mok
Son Sang (2007), pembelajaran mesti dimulakan dengan komponen yang pertama iaitu
set induksi di mana ia bertujuan untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid
supaya fokus kepada isi pelajaran yang hendak disampaikan. Saya membawa murid
keluar dari kelas dan melihat persekitaran sekolah dari sudut udara, dan juga air iaitu
dengan membawa murid melihat saliran parit dihadapan sekolah dan ini melibatkan
pengaplikasian Model Reka Bentuk Pembelajaran iaitu saya mencipta suasana
pembelajaran luar kelas. Seterusnya saya bertanya soalan-soalan berkaitan dengan
tugasan yang telah saya beri beberapa hari sebelum pembelajaran berlangsung.
Strategi berpusatkan guru diaplikasikan kerana disini saya bertindak sebagai pencerita
dalam proses pengajaran yang berlangsung.
Setelah selesai set induksi, saya menerangkan dan memberi kefahaman kepada murid
tentang tajuk pembelajaran yang akan berlangsung pada hari tersebut dan apa yang
akan murid perolehi setelah tamat sesi pembelajaran seperti menerangkan maksud
istilah memelihara dan memulihara alam sekitar, menjelaskan hukum yang terkandung
dalam dalil naqli bagi topik ini, adab-adab yang perlu diaplikasikan bagi memelihara dan
memulihara alam dengan berpandukan syarak.
Seterusnya, saya mengaplikasikan strategi berpusatkan murid. Menurut Noriati Rashid
(2017), strategi berpusatkan murid ialah murid mengawal pembelajaran mereka
berdasarkan pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri. Murid melaksanakan
aktiviti seperti yang diarahkan bersama ahli kumpulan yang saya telah tetapkan. Aktiviti
mencari maklumat di internet semasa proses pembelajaran berlangsung tentang cara
memelihara alam sekitar dan kesan yang berlaku jika kita tidak beradab dengan alam
sekitar. Melalui Kerangka 3E, Enhancement (peningkatan) iaitu penggunaan teknologi
maklumat membantu pelajar memperoleh maklumat di luar buku teks, memahami
dengan mendalam dan memberi pemahaman yang senang mengikut cara belajar
pelajar itu sendiri, kreatif dan inovatif. Seterusnya, murid diminta untuk menulis segala
maklumat yang diperolehi didalam aplikasi yang dipilih dan strategi berpusatkan bahan
juga diaplikasikan disini dan dibentangkan dihadapan saya dan rakan-rakan kelas.
Aktiviti PAK 21 yang diterapkan disini ialah Round Robin dimana murid bersama rakan
kumpulan berkongsi maklumat yang diperolehi kepada rakan-rakan lain.Kompetensi 6C
Kolaboratif dapat diterapkan apabila murid saling belajar dan menyumbang kepada ahli
kumpulan.Terdapat unsur KPPB iaitu Model Pembelajaran Murid berdasarkan elemen
Belajar Cara Belajar dilihat dari sudut metakognitif yang membolehkan pelajar
memahami pembelajaran dengan baik dan guru serta rakan-rakan dapat memberi
maklum balas kepada maklumat yang disampaikan. Semasa sesi pembentangan
berlangsung, saya dapat melaksanakan pentaksiran berdasarkan maklumat yang
disampaikan oleh murid terhadap kefahaman mereka dalam topik yang dibincangkan.

3.3 KAEDAH DAN TEKNIK KONTEMPORARI


Terdapat beberapa kaedah pengajaran kontemporari yang dapat diaplikasikan dalam
pedagogi pembelajaran bermakna. Kaedah pertama yang saya gunakan dalam pelan
pembelajaran ini ialah pembelajaran koperatif. Koperatif atau cooperation membawa
maksud bekerjasama. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara
berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan
memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan
daripada guru. Pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana pelajar-
pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil (Efendi
Zakaria, 1998). Kaedah ini dilaksanakan apabila murid saling bekerjasama dalam
kumpulan untuk melaksanakan tugasan yang diarahkan iaitu mencari maklumat
bersama ahli kumpulan di internet semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung tentang cara memelihara alam sekitar dan kesan yang berlaku jika kita
tidak beradab dengan alam sekitar.Murid juga sentiasa berada dalam kumpulan dan
setiap ahli terlibat dengan segala proses yang dilalui. Kaedah PAK 21 iaitu Round Robin
merupakan pembelajaran berstruktur dibawah pendekatan kaedah pembelajaran
koperatif.
Kaedah yang turut digunakan dalam menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran
ini ialah Kaedah Terbalik(Flipped Classroom) apabila saya meminta murid-murid secara
kendiri untuk mencari tahu tentang kemusnahan yang terjadi pada alam sekitar dan juga
puncanya dengan cara melayari internet tiga hari sebelum pembelajaran sebenar
berlangsung. Maklumat yang telah diperolehi dirumah akan dibawa kesekolah dan
seterusnya berbincang bersama guru dan rakan-rakan. Modul Reka Bentuk
Pembelajaran dapat diterapkan di dalam aktiviti ini di mana guru dan rakan berperanan
sebagai rakan pembelajaran ketika aktiviti tugasan ini dijalankan.
Seterusnya, saya mengaplikasikasikan kaedah pembelajaran teradun (blended
learning) apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung mempunyai
pengajaran di dalam bilik darjah, di adun dengan aktiviti pembelajaran media digital.
Saya juga telah menggunakan aplikasi Telegram sebagai platform pembelajaran kerana
murid menghantar hasil carian tentang kemusnahan yang terjadi pada alam sekitar dan
juga puncanya sebagai bukti keterlibatan murid dalam proses pembelajaran tersebut.
Bagi memastikan murid dapat mengaplikasi adab memelihara dan memulihara alam
sekitar, dengan menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek, saya
menjalankan projek “Penghijauan Sekolah”. Dari sudut pengurusan sumber, murid-
murid digalakkan menjimatkan penggunaan kertas, air dan elektrik disekolah seperti
aktiviti tadahan air hujan yang seterusnya digunakan untuk menyiram pokok-pokok
dikawasan sekolah, membersihkan longkang dan sebagainya. Melaksanakan sebaik
mungkin amalan 5R untuk pengasingan sampah disekolah. Kemudian, taman sekolah
yang sudah sedia ada ditambah baik dengan cara meletakkan keterangan dan fungsi
pada setiap pokok yang terdapat di kawasan taman sekolah. Aktiviti ini juga melibatkan
ibubapa untuk menyumbang satu keluarga satu pokok.Elemen kewarganegaraan
diterapkan apabila murid diterapkan dengan kepentingan menjaga alam sekitar untuk
kepentingan negara pada masa kini dan akan datang. Ini dapat memupuk semangat
cintakan negara dan menyelamatkan negara dari mengalami kemusnahan alam sekitar.
Melalui projek ini, melibatkan Kerangka 3R, murid melalui proses taksonomi
pengetahuan seperti menganalisis tentang kepentingan memelihara dan memulihara
alam sekitar.

4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna merupakan gabungan antara


murid dan guru didalam membina hubungan pembelajaran yang direka untuk menggalakkan
murid memperkembangkan Kompetensi Global 6C, Elemen 3E, dan juga 3R. Kemahiran-
kemahiran yang diaplikasi ini menyumbang kepada penyediaan pelajar kepada kehidupan
luar dan kehidupan selepas sekolah yang seterusnya akan menghasilkan pembelajaran
bermakna yang akan memberi kesan sepanjang hayat. NPDL diperkenalkan untuk
menggantikan pembelajaran tradisional agar minat murid dapat dimaksimumkan (Ellyza et
al., 2020).
5.0 BIBLIOGRAFI
1) DSKP Pendidikan Islam Tahun 5 Semakan. (2017). Bahagian Pembangunan
Kurikulum, KPM.
2) Efendi Zakaria (1998). “Pembelajaran Koperatif”. Bangi:Universiti Kebangsaan
Malaysia.
3) Ellyza Karim. (2019). Reka Bentuk Pembelajaran dalam Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Jurnal Refleksi
Kepimpinan Jilid II (ISSN-2636-9885). Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPGKPT.
4) Ellyza, K., Nor Azah, A. S., Noor Haslinda, S., Haliza, H., Norhayati, H. & Mohd
Paris, S.(2020). 6C Levels among Trainee Teachers upon the Implementation of
NPDL in aTeacher Training Institute. International Journal of Innovation, Creativity
and Change,11(11), 705-727.
5) Fullan, M., Quinn, J. & McEachen, J.J. (2018). Deep learning: Engage the world
change the world. Thousand Oaks: SAGE.
6) Michael, N. A. & Libarkin, J. C. (2016). Understanding by Design: Mentored
Implementation of Backward Design Methodology at the University Level. Journal of
College Biology Teaching, 42(2), 44-52.
7) Minjuan Wang, Myunghee Kang. (2006). Cybergogy for Engaged Learning, A
Framework for Creating Learner Engagement Through Information and
Communication Technology. San Diego University. USA.
8) Model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna. (2018). Institut Pendidikan Guru
Malaysia.
9) Mok Song Sang. (2007). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Edisi Ketiga. Siri Pendidikan
Guru. Kumpulan Budiman SDN. BHD, Subang Jaya.
10) Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid
dan Pembelajaran. Siri Pendidikan Guru: OxfordFajar Sdn. Bhd.
6.0 LAMPIRAN
LAMPIRAN 1

Toolkit Merungkai Kurikulum


Hasrat Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan

Standard Kandungan (SK)


6.4 Merumus adab terhadap alam sekitar yang menepati syarak dan mengamalkannya
secara istiqamah.
Standard Pembelajaran (SP)
6.4.1 Menyatakan maksud alam sekitar.
6.4.2 Menerangkan hukum memelihara dan memulihara alam sekitar berdasarkan dalil
naqli.
6.4.3 Mengaplikasi adab memelihara dan memulihara alam sekitar yang menepati syarak.
6.4.4 Menganalisis kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar yang menepati
syarak.

Pengetahuan Kemahiran
Menyatakan
1. Memelihara dan memulihara alam
Menerangkan
sekitar.
Mengaplikasi
2. Hukum memelihara dan memulihara
Menganalisis
alam sekitar adalah wajib merujuk
pada dalil naqli.
3. Adab memelihara dan memulihara
alam sekitar mengikut syarak.
4. Kepentingan memelihara dan
memulihara alam sekitar mengikut
syarak.

Perkembangan Pembelajaran
6.4.1 Menyatakan maksud alam sekitar.
6.4.2 Menerangkan hukum memelihara dan memulihara alam sekitar berdasarkan dalil
naqli.
6.4.3 Mengaplikasikan adab memelihara dan memulihara alam sekitar yang menepati
syarak.
6.4.4 Menganalisis kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar yang menepati
syarak.

Hasrat Pembelajaran Kriteria Kejayaan


6.4.1 Saya belajar mengenai maksud 6.4.1 Saya dapat menyatakan apakah
memelihara dan memulihara alam sekitar. maksud memelihara dan memulihara alam
sekitar.

6.4.2 Saya belajar mengenai hukum 6.4.2 Saya boleh menyatakan hukum
memelihara dan memulihara alam sekitar memelihara dan memulihara alam sekitar
berdasarkan dalil naqli. adalah wajib berdasarkan Surah Al Qasas
ayat 28.

6.4.3 Saya belajar mengenai adab-adab 6.4.3 Saya dapat mengamalkan adab
memelihara dan memulihara alam sekitar memelihara dan memulihara alam sekitar
mengikut syarak. mengikut syarak seperti sentiasa menjaga
kebersihan, menjaga dan tidak merosakkan
alam tanpa tujuan dan memelihara serta
memulihara sumber alam seperti air, udara
dan tanah.

6.4.4 Saya belajar mengenai kepentingan 6.4.4 Saya boleh berfikir secara kritis
memelihara dan memulihara alam sekitar. kepentingan memelihara dan memulihara
alam sekitar dari aspek individu,
masyarakat dan negara.
LAMPIRAN 2

Toolkit ‘Backward Design’

Hasil Pembelajaran (Goals)

1. Menyatakan maksud alam sekitar.


2. Menerangkan hukum memelihara dan memulihara alam sekitar berdasarkan dalil
naqli.
3. Mengaplikasikan adab memelihara dan memulihara alam sekitar yang menepati
syarak.
4. Menganalisis kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar yang
menepati syarak.
Kefahaman (Understand): BIG IDEA Soalan Pencetus Idea (EQ)
“Kelestarian Alam Sekitar” Bagaimanakah cara untuk mengekalkan
kelestarian alam sekitar?

Pengetahuan Kemahiran
Menyatakan
1. Memelihara dan memulihara alam
Menerangkan
sekitar.
Mengaplikasikan
2. Hukum memelihara dan memulihara
Menganalisis
alam sekitar adalah wajib
berdasarkan dalil naqli.
3. Adab memelihara dan memulihara
alam sekitar mengikut syarak.
4. Kepentingan memelihara dan
memulihara alam sekitar mengikut
syarak.
Tahap Penguasaan
Merumus adab terhadap alam sekitar yang menepati syarak serta mengamalkannya
secara beradab dan istiqamah.

Anda mungkin juga menyukai