Anda di halaman 1dari 2

GARIS PANDUAN

BANTUAN KHAS PENGURUSAN KEMATIAN


COVID-19 NADMA

Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off


sehingga kadar maksima RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia
berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan
COVID-19).

Syarat-Syarat Kelayakan

1. Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan
khas ini.

2. Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia


sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati

3. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat
lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan
mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

Kaedah Permohonan

1. Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap.


Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.
• Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang
memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
• Salinan Sijil Kematian
• Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
• Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)

2. Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp ke NADMA:-

➢ Ketua Pengarah
➢ Alamat rasmi E-mel
Agensi Pengurusan Bencana Negara
bkcovid19@nadma.gov.my
(NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA ➢ Whatsapp
(u.p. : Sekretariat KWABBN) +60 11-1321 8056

Kaedah Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon
yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang
lengkap.

Penafian

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang


dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah
ditetapkan.
Lampiran A

BORANG PERMOHONAN
BANTUAN KHAS PENGURUSAN KEMATIAN COVID 19 NADMA

Saya _____________________________________________________________________________
No. Kad Pengenalan _________________________________________________________________
No. Telefon Bimbit___________________________________________________________________
Alamat Penuh ______________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

merupakan waris kepada si mati _______________________________________________________


No kad pengenalan si mati ____________________________________________________________
Ingin memohon Permohonan Bantuan Khas Kematian COVID 19. Bersama-sama ini saya lampirkan :

• Salinan Sijil Kematian.


• Salinan Kad Pengenalan pemohon.
• Salinan Penyata Bank pemohon yang masih aktif.

Saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa akuan ini adalah benar.
Saya faham bahawa –
a) Sekiranya saya memberi atau menggunakan apa-apa dokumen yang mengandungi maklumat atau
butiran yang palsu dan silap dengan niat untuk memperdayakan bagi kepentingan atau keuntungan
peribadi, saya boleh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 yang mana disabitkan oleh Mahkamah, saya boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh
tidak melebihi 20 tahun dan denda lima (5) kali nilai suapan / nilai pemalsuan atau RM10,000.00
mengikut mana-mana yang lebih tinggi; dan
b) Sekiranya saya menipu atau menggunakan apa-apa dokumen dengan niat menipu, saya boleh
didakwa di bawah Seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan yang mana boleh disabitkan saya boleh
dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu (1) tahun dan tidak melebihi 10
tahun serta denda (Seksyen 420) dan tidak melebihi tujuh (7) tahun dan denda (Seksyen 468)
c) Sekiranya lebih dari satu permohonan diterima di atas penama si mati yang sama, NADMA hanya
akan membayar bantuan kepada pemohon pertama sahaja.
d) Keputusan NADMA adalah muktamad dan kelulusan adalah berdasarkan rekod kematian COVID-19
yang diberikan oleh KKM Malaysia sahaja.

Pengesahan dari hospital yang memaklumkan kematian


Tandatangan pemohon: berkaitan COVID-19

Nama dan Cop Pegawai Perubatan:


_______________________________
No. Pendaftaran Penuh (MMC):
Tarikh : ________________________
Tarikh:

Alamat Hospital:

Anda mungkin juga menyukai