Anda di halaman 1dari 3

AHMAD FAISAL BIN ROSLI (PDPP BM1)

Soalan : Jelaskan Pendekatan Modular dari aspek penerapan Kerangka Standard


Bahasa Melayu (KSBM) Tahap 5.

Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali
sebagai modul. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat lima modul iaitu Modul
Mendengar dan Betutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul
Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni
Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan
kecekapan berbahasa .

Pendekatan modular ini amat berkesan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang
baru ingin menguasai kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Hal ini kerana,
dengan adanya modul ini, kemahiran-kemahiran tersebut akan dipecahkan dan menjadi lebih
sistematik untuk diajar kepada pelajar-pelajar di sekolah. Perkara ini tidak akan memeningkan
pelajar kerana silibus yang diajar adalah berpandukan modul yang telah dikecilkan skopnya
mengikut kemahiran-kemahiran yang tertentu. Pendekatan Modular ini juga akan
memudahkan guru-guru mendekati murid-murid dalam kelas terutama sekali apabila
melakukan aktiviti mengikut kemahiran yang ditetapkan. Murid-murid tentu akan dapat
menguasai kemahiran tersebut dengan lebih mudah, lantas kemahiran berbahasa mereka akan
lebih meningkat.

KSBM merupakan satu dokumen rujukan bagi menentukan tahap pemerolehan dan
penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Sehubungan dengan
itu, KSBM akan dijadikan piawai bagi mengukur kecekapan berbahasa penggunaannya.
Dalam hal ini kerangka bermaksud garis panduan terhadap konsep-nilai dan amalan yang
dibina bagi menggambarkan pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu. Standard pula
merujuk kepada sesuatu yang dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sebagai satu
ukuran, dijadikan dasar dan diterima untuk diiktiraf.

Dalam KSBM, dalam kerangka ini terdapat enam tahap, Sangat Terbatas, Terbatas,
Memadai, Memuaskan, Cekap dan Paling Cekap. Bagi Tahap 1 penguasaannya adalah sangat
terbatas. Dalam konteks ini, keupayaan aspek bahasa, penggunaan kemahiran dan penerapan
nilai dalam bahasa adalah sangat minimum. Bagi Tahap 2, penguasaan bahasa adalah terbatas.
Untuk Tahap 2 ini keupayaan aspek bahasa, penggunaan kemahiran dan penerapan nilai
dalam bahasa adalah minimum. Penguasaan bagi Tahap 3 ialah Memadai. Dalam konteks ini,
AHMAD FAISAL BIN ROSLI (PDPP BM1)

keupayaan aspek bahasa, penggunaan kemahiran dan penerapan nilai dalam berbahasa adalah
memadai. Berikutnya ialah Tahap 4; memuaskan. Pada tahap ini, keupayaan aspek bahasa,
penggunaan kemahiran dan penerapan nilai dalam berbahasa memuaskan. Tahap 5 pula
merujuk kepada Cekap. Pada tahap ini, keupayaan aspek bahasa, penggunaan kemahiran dan
penerapan nilai dalam berbahasa sangat baik. Tahap tertinggi ialah Tahap 6 iaitu Paling
Cekap. Dalam tahap ini, keupayaan aspek bahasa, penggunaan kemahiran dan penerapan nilai
dalam berbahasa cemerlang. Setiap tahap ini akan dibahagikan kepada enam aras berasaskan
kepada Taksonomi Bloom.

Bagi tahap penguasaan 5 kerangka ini iaitu merujuk kepada cekap. Penguasaannya
perlulah merangkumi keupayaan untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan
bahasa berbudaya. Seterusnya, berupaya untuk berbincang dalam pelbagai laras dengan
menggunakan bahasa berbudaya. Selain itu, berupaya untuk membuat penilaian maklumat
berdasarkan pelbagai bidang. Terakhir, berupaya untuk menghasilkan penulisan yang koheren
dalam pelbagai bidang. Jika dilihat dari aspek ini, pendekatan modular yang sesuai digunakan
dalam tahap ini ialah Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa.

Hal ini kerana, dalam modul seni bahasa ianya merujuk kepada aspek kebahasaan,
keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid.
Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan
menghayati bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan
mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi
teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang
menyeronokkan secara didik hibur.

Di samping itu, Modul Tatabahasa pula merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa
Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan dan
dilaksanakan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan
supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai
konteks secara lisan dan bertulis.

Rumusannya, kedua pendekatan ini dilihat sesuai dengan tahap penguasaan 5 dalam
kerangka KSBM ini. Namun begitu, pendekatan modular ini juga hendaklah mengambil kira
faktor-faktor tertentu yang harus dititik beratkan oleh guru. Guru Bahasa Melayu memerlukan
modul yang sesuai dengan situasi setempat dan semasa. Jadi, kandungan modul itu perlu
pelbagai dan luas. Hal ini membolehkan guru untuk memilih modul yang sesuai dengan
AHMAD FAISAL BIN ROSLI (PDPP BM1)

keperluan murid agar murid-murid dapat menguasai kemahiran berbahasa sekurang-


kurangnya kemahiran 2M iaitu membaca dan menulis.

Anda mungkin juga menyukai