Anda di halaman 1dari 2

Nama: NurFatiha Iwani bt Mohd Yatim Kelas: 6s1 Tanjung

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN DI BELANDA


Pada abad ke-16 hingga abad ke-18, kegiatan ekonomi yang penting di Belanda. Kegiatan
perdagangan di Belanda terdiri daripada perdagangan dalam negara, perdagangan luar negara dan
perdagangan maritime. Perdagangan dalam negara melibatkan wilayah, provinsi dan bandar-bandar di
Belanda. Pada masa yang sama Belanda turut menjalin hubugan perdagangan degan negara-negara
Eropah yang lain. Pada masa yang sama, Belanda telah terlibat dalam perdagangan rempah dengan
Timur. Oleh itu, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan dan perniagaan
di Belanda menjelang abad ke-16 hingga 18 M.
Antara faktor-faktor perkembangan perdagabgan dan perniagaan di Belanda adalah kedudukan yang
strategik. Kegiatan perdagangan berkembang kerana kedudukan strategik Belanda di pertengahan laluan
perdagangan. Dari segi geografi, Belanda terletak di tengah-tengah laluan perdagangan yang
menghubungkan bahagian Timur Laut dan Barat Daya Eropah. Kedudukan yang strategik ini
menyebabkan Belanda berperanan sebagai pusat pengedaran barang-barang dagangan di benua Eropah.
Belanda juga memiliki industri pembinaan kapal. Kapal-kapal ini membawa barang keperluan negara-
negara Eropah. Sebagai contoh, gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia. Oleh itu, medudukan
yang strategik ini telah membolehkan Belanda memainkan peranan penting sebagai pusat pengedaran
barang dagangan di Eropah dan seterusnya berlakunya kepesatan perdagangan dan perniagaan di Belanda.
Selain itu, kekurangan sumber alam juga merupakan faktor yang membawa perkembangan
perdagangan dan perniagaan di Belanda. Hal ini menyebabkan Belanda tidak dapat mengeluarkan barang
keperluan yang mencukupi kecuali produk hasil tenusu. Jadi, Belanda terpaksa mengimport barang
keperluan penduduknya dari negara lain. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan dalam
aktiviti perdagangan dan perniagaan Belanda. Oleh itu, Kekurangan sumber alam ini secara tidak
langsung menyebabkan Belanda terlibat dalam aktiviti perdagangan import bagi memenuhi keperluan
negara.
Seterusnya, kemudahan perbankan juga salah satu faktor yang membawa perkembangan perdagangan
dan perniagaan di Belanda. Menjelang awal abad ke-17 Masihi, mucuk institusi-institusi perbankan di
Belanda bertujun untuk menyediakan modal dan memberi pinjaman kepada peniaga-peniaga yang terlibat
dalam kegiatan perdagangan. Penubuhan Bank Amsterdam memudahkan pemindahan wang dan pinjaman
kepada pedagang sebagai pelaburan jangka panjang. Institusi bank juga turut ini memainkan peranan
dalam menyelaraskan pinjaman dan memperkenalkan sistem pembayaran menerusi cek. Sebagai contoh,
pada tahun 1609, sebuah institusi pertukaran wang dikenali sebagai Wisselbank telah ditubuhkan di
Amsterdam. Oleh itu, penubuhan institusi perbankan meningkatkan kegiatan perdagangan kerana dapat
menyediakan modal dengan mengenakan kadar faedah yang rendah dan kegiatan perdagangan dapat
dijalankan dengan sistematik dan teratur.
Di samping itu, insurans maritime turut diperkenalkan di Belanda. Insurans ini diperkenalkan bagi
pedagang-pedagang yang terlibat dalam perdagangan menggunakan laluan laut. Insurans ini
diperkenalkan sejak pertengahan abad ke-16 M sebagai langkah menanggung risiko yang dihadapi oleh
pedagang semasa barang2 diangkut menggunakan jalan laut. Premium bagi insurans berbeza dari semasa
ke semasa berdasarkan harga belian barang yang diangkut. Kadar premium insurans yang diperkenalkan
pada tahun 1650 adalah antara 5% hingga 11% daripada harga barangan. Oleh itu, Pengenalan insurans
maritim ini turut membantu perkembangan perdagangan dan perniagaan Belanda.
Kesimpulannya, perkembangan kegiatan perdagangan dan perniagaan di Belanda didorong oleh
pebagai faktor. Keadaan ini membawa kepada kejayaan Be;anda muncul sebagai kuasa ekonomi Eropah
bermula abad ke-16.
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN DI
PORTUGAL
Pada abad ke-15 dan ke-16, Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman penerokaan di
Eropah kerana berjaya membina empayar besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia. Kejayaan
pelayar-pelayar Portugal membangunkan empayar perdagangan disebabkan oleh pencapian mereka dalam
ekspedisi maritim. Portugal adalah kuasa Barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan
perdagangan di Timur pada abad ke-16. Oleh itu, terdapat pelbagai faktor perkembangan perdagangan
dan perniagaan Portugal pada abad ke-16 hingga ke-18.
Antara faktor-faktor perkembangan perdagangan dan perniagaan di Portugal adalah peranan Putera
Henry. Putera Henry telah merancang pengembaraan ke serata dunia dan mendirikan sekolah pelayaran
di Sagres. Pelayar-pelayar yang mendapat Latihan di sekolah tersebut telah menakluki Kepulauan
Madeira dan Azores serta belayar di sepanjang pantai selatan benua Afrika. Kapten-kapten yang dihantar
oleh Putera Henry telah terlibat dalam perdagangan hamba yang amat mengunutngkan. Oleh itu, tindakan
Putera Henry telah membawa kepada perkembangan perdagangan dan perniagaan di Portugal.
Selain itu, Perang Salib juga merupakan faktor yang membawa faktor perkembangan perdagangan dan
perniagaan di Portugal. Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Semenanjung
Iberia yang sekaligus melahirkan masyarakat Eropah yang berfikiran terbuka. Penaklukan wilayah Islam
juga menyebabkan ilmu pelayaran Islam telah sampai kepada masyarakat Eropah dan membantu mereka
untuk menjelajah negara luar. Oleh itu, penjelajahan negara luar telah membawa kepada kegemilangan
Portugal dalam bidang perdagangan dan perniagaan.
Seterusnya, kemajuan dalam penemuan baharu juga merupakan salah satu faktor perkembangan
perdagangan dan perniagaan di Portugal. Penemuan seperti carta pelayaran (peta), kompas, reka bentuk
kapal telah mebawa kemajuan dalam bidang maritime. Malah dalam pembinaan kapal, orang Portugal
mempunyai kemahiran dalam membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan yang kuat dan mampu
mengharungi lautan luas. Oleh itu, faktor ini membuka luas peluang pelayar Portugal dan kegemilangan
mereka semakin terserlah apabila dapat belayar jauh ke dunia luar dan seterusnya menyumbang kepada
perkembangan perdagangan dan perniagaan Portugal.
Di samping itu, perkembangan penjelajahan orang Portugal juga didorong oleh kemunculan tokoh
pelayaran. Kemunculan tokoh pelayar seperti Diego cam, Bartholomew Diaz dan Vasco da Gama
menjadikan Portugal sebagai negara yang memiliki pakar-pakar pelayaran yang boleh menjelajah dunia.
Pada tahu 1497, Vasco da Gama telah melancarkan ekspidisi ke Timur. Beliau berjaya mengelilingi
Tanjung Harapan dan belayar hingga ke Malindi. Kejayaan Vasco da Gama menyebabkan banyak kapal
Portugis belayar ke Timur untuk memperoleh lada hitam, sutera, batu permata dan rempah ratus yang
sangat penting sebagai sumber perdagangan Portugis. Awal abad ke-16, Portugal Berjaya menguasai
Cochin yang dijadikan ibu pejabat pentadbiran Portugis di Timur. Sejak itu, Portugak telah memulakan
usaha untuk menghapuskan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar Islam.
Kesimpulannya, pada abad ke-16, Portugal muncul sebagai kuasa dunia yang terunggul. Namun, pada
abad ke-18, Portugal semakin kehilangan kekayaan dan status apabila Belanda, British dan Perancis
mengambil alih perdagangan rempah ratus dan perdagangan hamba.

Anda mungkin juga menyukai