Anda di halaman 1dari 8

Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

by Hanna Illy5:18 PM0 Comments

Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui
oleh setiap kanak-kanak. Ia sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan
dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan
dengan proses perkembangan intelek seseorang dan perkembangan mental.
Kemahiran kognitif adalah kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,
memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Ia melibatkan aktiviti mental kanak-kanak seperti mengingati, berimaginasi dan lain-
lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan
pemikiran kanaka-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang
berlaku dalam satu perkembangan kepada yang seterusnya. Teori utama
perkembangan kognitif telah dikemukakan oleh Jean Piaget telah membahagikan
perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat
perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza. Jean Piaget
berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-
kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk mamahami persekitaranya.
Keadaan ini berlku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai
persekitaran fizikalnya. Jean Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif
kepada empat tahap:
(i)        SKEMA ( Schema)
(ii)      PENYERAPAN ( Assimilation)
(iii)    PENGUBAHSUAIAN (Accomodotion)
(iv)    KESEIMBANGAN (Equilbrium)
(i)       SKEMA ( Schema)
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu
mengurus dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah
rak yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Seorang bayi
apabila dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema
yang diperolehi semakin lama semakin meningkat dan skema itu diperhalusi. Skema
juga ditakrifkan sebagai proses memperhalus, membuat perubahan, mencipta,
menyusun dan mengurus. Apabila seseorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada
bayi itu adalah menghisap susu dan menggengam. Apa sahaja benda yang
dimasukkan ke mulut akan dihisapnya. Seperti putting susu atau jari tangan. Bayi
berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu
atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
  
(ii)     PENYERAPAN (Assimilation)
Penyerapan merupakan poses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-
maklumat baru atau pengalaman–pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada,
iaitu penyerapan (asimilasi) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi
berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan
pengalaman. Contohnya, kanak-kanak mengetahui struktur asal motosikal dan
spesifiknya informasi berkenaan itu di simpan dalam fail (skema). Bermula dengan
motosikal yang biasa kepada motosikal yang mempunyai pelbagai jenama, bentuk dan
maklumat setiasa ditambahkan. Proses ini berlaku sepanjang masa kerana manusia
sentiasa melalui pelbagai informasi dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan
dengan gelas yang diisikan air dalamnya secara berterusan ia akan memenuhi gelas
tersebut. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan
kualitatif.

(iii)    PENGUBAHSUAIAN (Accomodation)
Pengubahsuaian merupakan proses kognitif yang dikenali sebagai proses
penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema
(development of scheme). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang
ada, maka ia akan disera[ ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai,
maka maklumat itu akan ditolak, diubah  atau diuabahsuai.  Oleh itu, proses
penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk
digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman baru. Peningkatan
maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini
berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang
stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

(iv)  KESEIMBANGAN (Equilbrium)
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan
proses penyerapan an pengubahsuaian. Malah, jika dia sudah mencapai tahap
keseimbangan yang memberangsangkan kanak-kanak akan memperhalusi informasi
yang diterima. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru,
ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses
keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat
itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru.
Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka  tahap keseimbangan akan tercapai.
Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
Dari kajian dan pemerhatian, Jean Piaget mendapati bahawa perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat sensori motor, pra
opersi, opersi konkrit dan operasi formal.
·         Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)
Dalam peringkat umur ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya
untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan
selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam
prsekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang
yang sudah difahami. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria
motor dengan gerakannya serta cuaba mengaitkan perkataan-perkataan dengan
objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.
·         Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan
sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh
bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan
kognitif kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan
orang lain adalah serupa dengannya. Kanak-kanak mula berupaya memberi
sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh megelaskan objek
mengikut ciri tertentu dan memahami konsep bilanagn. Menurut Piaget, kanak-
kanak pada peringkat ini bersikap egosentrik iaitu mereka melihat dan
memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. Contohnya, apabila
menonton kartun, kanak-kanak akan beranggapan bahawa semua orang
mempunayi minat yang sama dengannya.

·         Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)


Kanak-kanak mula memperolehi konsep tranformasi, menguasai proses
kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-
kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa.
Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat
menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir
secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak
mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka masih
tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini,
kebanyakkan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada
objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
·         Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun dan ke atas)
Remaja telah berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang
lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan
menggunakannya untuk membuktikan teoram atau hukum matematik serta
membuat rumusan atau generalasasi daripada aktiviti matematik. Remaja juga
boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep
yang abstrak, mengaitkan satu kensep dengan konsep yang lain serta
menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.
4.3 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau
proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria.
Maka perkembangan kognitf kanak-kanak adalah berkait rapat dengan
perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan
sebaya yang lebih berpengalaman. Hal in bermaksud, perkembangan
kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak dan
sensori motor(fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih
berpengalaman, iaitu perkembanagn sosial.

Secara holistiknya juga, perkembangan kognitif boleh ditakrifkan sebagai


proses peningkatan keupayaan fikiran, pengetahuan dan keintelektualan
seorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai
aktiviti penyelasaian masalah, memahami, menganalisa dan membentuk
pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman baru yang
dilaluinya.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap


pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan
pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan
kepada yang seterusnya.

4.4 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

Mengikut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Mok Soon


Sang(2009), perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi kepada
empat peringkat iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra-
Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun) dan akhir sekali ialah
Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).

Bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun, mereka berada pada tahap ketiga
berdasarkan teori Piaget yang dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu
berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini,
kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku
pada tahap praoperasi.

Pada ketika ini, sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan
keperluan orang lain akan beransur hilang kerana pada peringkat ini
kanak-kanak akan bersifat lebih matang dan terbuka serta bakal
menempuhi peringkat seterusnya iaitu awal remaja. Selain itu, Jean
Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan
perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh konsep
transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati
proses songsang. Pada peringkat ini, perasaan ingin tahu kanak-kanak
mula meningkat dan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat
mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat
inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat
orang lain.
Mengikut Jean Piaget dalam buku Mok Soon Sang(2009), kanak-kanak
akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya
kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.
Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit
sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan
konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padanan. Mereka juga faham
akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun,
kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul
tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan,
ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami
konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan,
tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958)
menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan
sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke
atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

Di dalam Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970), terkandung lima


konsep yang asas, iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan
akomodasi yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang
individu.

Skema merujuk kepada kebolehan atau pengalaman individu yang


dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-syarat yang diwarisi untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan,
bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali
sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai,
merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan
memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak
menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-
benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada
pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan
persekitarannya.

Adaptasi pula merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di


antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari
dengan kehendak persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap
tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau,
perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya
akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang
sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru


diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku
membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada
pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji
epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema
memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya,
kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya
berkenaan “sebiji epal”.

Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami


perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat
menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan
kognitif kanak-kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai
suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua
tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke
dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet
itu.

Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky (1934-1986)

Lev Vygostsky (1934-1986) merupakan ahli psikologi Russia. Beliau


mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang perubatan dan kemudian beralih
kepada pengajian undang-undang dan pada masa yang sama mendalami bidang
kesusateraan. Penerbitan dan kajian beliau yang bertajuk The Psychology of
Art telah mendapat perhatian masyarakat (Wong Kiet Wah et al, 2013). Lev Vygotsky
berpendapat bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaraan
sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu. Lev Vygotsky
menyatakan bahawa pergaulan kanak-kanak dengan individu yang lain
menyebabkan pemikiran mereka berkembang. Pergaulan dan interaksi yang
bermakna selalunya berlaku di antara kanak-kanak dengan individu yang lebih
berpengetahuan daripadanya. Menurut Lev Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat
membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran tanpa bimbingan individu
yang lebih kompeten. Pengetahuan kanak-kanak harus dibina melalui interaksi sosial
dengan indlvidu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibubapa, adik-
beradik, keluarga terdekat atau rakan sebaya. Individu-individu tersebut  bertindak
memberi arahan, maklumbalas dan membimbing komunikasi kanak- kanak. Kanak-
kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat dalam interaksi-
interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan
situasi yang hampir sama di masa akan datang. menurut Vygotsky, perkembangan
kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat sosial dan peringkat
individu.

Mksd kognitif tmbhn


Raugbir Kaur Joginder Singh (2013) dalam bukunya yang bertajuk Panduan Ilmu
Pendidikan untuk DPLI Psikologi pula mentakrifkan perkembangan kognitif sebagai
satu bentuk perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran.
Perkembangan kognitif dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan
percakapan individu. Perkembangan kognitif mempunyai hubungan dengan
keupayaan seseorang individu itu memerima maklumat dari persekitaran,
menyimpan maklumat dan mengingati semula maklumat untuk menyelesaikan
masalah. Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan dan keupayaan
kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di sekitar
mereka. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan
memproses maklumat iaitu proses memperkembang daya fikir atau membina
pengetahuan kanak-kanak.
Mok Soon Sang (2009) menyatakan bahawa perkembangan kognitif
dipelopori oleh Jean Piaget da Lev Vygotsky. Teori-teori perkembangan kognitif
tersebut memainkan peranan penting dalam membantu guru untuk memahami cara
kanak-kanak berfikir dan memainkan peranan dalam memperkembang kognitif
kanak-kanak. Seorang pendidik perlu mengetahui teori-teori perkembangan tersebut
dalam membantu pembelajaran kanak-kanak untuk  mencapai satu tahap yang
optimum. Terdapat dua teori utama berkenaan dengan perkembangan kognitif
kanak-kanak iaitu Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Anda mungkin juga menyukai