Teknik asas rakaman video yang digunakan untuk mendapatkan mood
bagi menggambarkan jalan cerita. Terdapat beberapa teknik utama yang kerap digunakan oleh videografer. Pertama sekali adalah
very long shot atau extreme long shot yang digunakan untuk rakaman
yang jaraknya terlalu jauh.
Kedua adalah teknik long shot, iaitu shot untuk jarak jauh.
Ketiga pula adalah teknik medium long shot, rakaman jarak sederhana
jauh.
Keempat, teknik medium close-up yang digunakan untuk merakam subjek
yang sederhana dekat.
Teknik kelima adalah teknik yang paling kerap digunakan, iaitu close-up,
iaitu rakaman dari jarak dekat yang menumpu yang memaparkan dari batas bahu hingga ke bahagian atas kepala. Keenam, teknik
big close-up atau extreme close-up, jarak rakaman paling dekat, iaitu
rakaman yang menampilkan bahagian tubuh atau subjek tertentu sehingga tampak besar. Ketujuh,
over the shoulder shot, iaitu rakaman yang diambil dari belakang atas bahu subjek. Teknik yang kelapan adalah
teknik point of view shot, iaitu rakaman yang diambil dari objek.
Teknik yang harus dikuasai oleh videografer adalah teknik menguasai kedudukan kamera atau aras kamera. Pertama adalah teknik rakaman sudut tinggi ataupun high angle shot. Kamera video diletakkan lebih tinggi daripada subjek yang dirakam dan menyebabkan subjek yang dirakam kelihatan lebih kecil, lemah dan tidak berkuasa. Teknik kedua adalah teknik rakaman sudut mata atau eye level shot. Rakaman ini dilakukan dari aras mata dan kamera diletakkan setara dengan subjek yang dirakam. Akhir sekali adalah teknik rakaman sudut rendah atau low angle shot. Rakaman ini memperlihatkan babak dari sudut lebih rendah dari subjek yang dirakam. Ianya akan memberi kesan besar kepada babak yang dirakam dan menjadikannya lebih besar, gagah dan berkuasa. Selain daripada teknik asas rakaman video dan pergerakan kamera, terdapat juga teknik gerakan kamera yang harus dikuasai oleh videografer. Teknik yang pertama adalah teknik panning. Teknik ini memerlukan videografer untuk menggerak kamera ke kiri atau kanan secara horizontal. Kedudukan kamera kekal sama hanya arah rakaman yang bertukar. Teknik ini sesuai bagi merakam keadaan persekitaran atau untuk memaparkan satu pandangan yang luas. Kedua adalah teknik tracking atau trucking (truck along). Teknik ini memerlukan pergerakan kamera mengikuti pergerakan subjek yang ingin dirakam. Digunakan untuk penggambaran di luar dan dalam studio seperti merakam seseorang yang sedang memandu atau menunggang kuda. Teknik ini merupakan teknik paling sukar kerana kamera dipegang tanpa tripod. Ketiga adalah teknik dolly. Teknik ini merupakan teknik pergerakan kamera menjauhi subjek yang dirakam. Dolly in atau track in merupakan pergerakan kamera ke arah hadapan mendekati subjek yang dirakam manakala dolly out atau track out merupakan pergerakan kamera ke arah belakang menjauhi subjek yang dirakam. Teknik keempat adalah teknik tilt. Teknik ini memerlukan videografer menggerakkan keseluruhan kamera ke arah atas atau bawah secara vertikal tanpa melibatkan pergerakan secara horizontal. Contohnya, memperlihatkan keadaan sebuah bangunan yang tinggi. Paparan awal menunjukkan keadaan bangunan pada aras mata sebelum sedikit demi sedikit menunjukkan keseluruhan hingga ke puncak. Teknik kelima adalah teknik zoom, iaitu hanya lensa bergerak dan bukannya kamera. Zoom in merupakan penggunaan kemudahan zoom pada kamera bagi mendapatkan kesan seolah subjek semakin dekat atau besar pada paparan skrin sementara zoom out merupakan penggunaan kemudahan zoom untuk mendapatkan kesan seolah subjek semakin jauh atau kecil.